Saturday, July 31, 2010

LING SUDAH KENA, MUSA AMAN BILA LAGI?





Mantan Menteri Pengangkutan, Tun Dr Ling Liong Sik telah diberkas dan dihadapkan ke Mahkamah atas tuduhan Pecah Amanah menyebabkan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman semakin tidak sabar untuk menjadi Tuan Yang Terutama Yang Di Pertua Negeri Sabah bagi mengelakkannya diberkas SPRM dan polis atas tuduhan Pecah Amanah dalam Kes Wisma Bandaraya.

Mengikut kertas pertuduhan, Dr Ling didakwa telah menipu Kerajaan Malaysia antara 25 September, 2002 dan 6 November, 2002 di Tingkat 4, Pejabat Perdana Menteri, Bangunan Perdana Putra di Wilayah Persekutuan Putrajaya iaitu dengan memperdayakan Jemaah Menteri untuk memberikan persetujuan pembelian tanah di Pulau Indah untuk projek mega 'distribution hub' di Pelabuhan Klang mengikut terma-terma yang dipersetujui antara Kuala Dimensi Sdn Bhd dengan Lembaga Pelabuhan Klang yang antara lainnya ialah:

a) luas tanah ialah 999.5 ekar atau 43,538,200 kaki persegi;

b) kadar pembelian tanah adalah sebanyak RM25 satu kaki persegi menjadikan jumlah pembelian sebanyak RM1,088,456.

c) tempoh pembayaran balik berdasarkan kaedah ‘bayaran tertangguh’ selama 15 tahun dengan kadar faedah sebanyak 7.5 peratus setahun (jumlah RM720,014,600), dengan curangnya menyembunyikan fakta bahawa penilaian Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta, Kementerian Kewangan ke atas tanah tersebut pada kadar RM25 satu kaki persegi bagi tempoh bayaran balik 10 tahun atau RM25.82 satu kaki persegi bagi tempoh bayaran balik 15 tahun, adalah termasuk kupon/ faedah yang boleh dikenakan untuk tempoh bayaran balik tersebut.

Dengan demikian telah dengan sengaja mendorong Jemaaah Menteri untuk memberikan persetujuan kepada pembelian tanah tersebut yang mana Jemaah Menteri tidak akan memberikan persetujuan sekiranya fakta tersebut dimaklumkan kepada Jemaah Menteri.

Penipuan itu dilakukan dengan mengetahui bahawa tertuduh boleh menyebabkan kehilangan salah kepada Kerajaan Malaysia, yang kepentingannya dalam urusan yang berkaitan dengan penipuan itu bahawa tertuduh terikat oleh suatu kontrak di sisi undang-undang untuk melindungi dan dengan demikian telah melakukan satu kesalahan yang boleh dihukum mengikut Seksyen 418 Kanun Keseksaan.

Untuk makluman, Projek PKFZ, yang dibina di kawasan seluas 405hektar di Pulau Indah dekat Pelabuhan Barat, Pelabuhan Klang, sebagai hab penghantaran kargo bersepadu telah menimbulkan kontroversi apabila kosnya melambung daripada RM2 bilion kepada RM4.6 bilion.

Ia mengandungi 256 hektar kawasan terbuka untuk kilang/gudang, 512 lot perindustrian ringan dan 500,000 kaki persegi ruang pejabat untuk sewaan, 135-bilik hotel dan sebuah pusat pameran.

Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) yang menyiasat projek itu telah mencadangkan supata Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan polis menyiasat bekas menteri pengangkutan Tan Sri Chan Kong Choy dan Phang kerana pecah amanah.

Berbalik kepada Skandal Wisma Bandaraya, Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat telah membuat laporan polis dan SPRM yang kandungannya seperti berikut;

Saya, DATUK DR JEFFREY @ GAPARI KATINGAN @ GEOFFREY KITINGAN No. KPT: 471022-12-5367 membuat laporan polis ini atas kapasiti saya sebagai Timbalan Pengerusi Parti Keadilan Rakyat dan Pembayar Cukai yang merasakan adalah menjadi tanggung jawab saya melaporkan kegiatan Jenayah, Pecah Amanah, Salah Laku, Salah Guna Kuasa dan Rasuah agar pihak POLIS dapat menjalankan siasatan serta mengambil tindakan sewajarnya terhadap KETUA MENTERI SABAH, DATUK SERI MUSA HAJI AMAN, merangkap MENTERI KEWANGAN SABAH merangkap Ketua Perhubungan UMNO Sabah yang secara sedar telah melakukan kesalahan mengikut Seksyen 161, Bab IX, Akta 574, Kanun Acara Jenayah (Pindaan 1997); Seksyen 12 (1), (a), (b), (c), (d) Bahagian III Akta Pencegahan Rasuah 1997; Seksyen 15 (1) , (2), (3) Akta Pencegahan Rasuah 1997; Seksyen 8(1) Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960; Seksyen 4 (1) (a), (b) Bahagian II, Akta 613 AKTA PENCEGAHAN PENGUBAHAN WANG HARAM 2001; Akta 372, Akta Bank & Institusi Kewangan 1989; Seksyen 2(1) dan Seksyen 2 (2) Ordinan 22 (KUASA-KUASA PERLU) Darurat, 1970 dan sebagainya.

Kenyataan Lengkap saya disertakan bersama ini.

Tuduhan 1:

Membuat pengakuan palsu kepada Perdana Menteri mengenai pengisytiharan harta yang boleh disabitkan dengan kesalahan di bawah Seksyen 199 Kanun Keseksaan (FMS Cap.45) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 193 kerana TIDAK mengisytiharkan kepentingannya di dalam BESTCO SDN. BHD. iaitu sebagai Pemegang Saham Utama iaitu 840,000 unit daripada modal berbayar RM1.4 juta dan isterinya, DATIN FARIDAH HAJI TUSSIN sebagai Pengarah syarikat berkenaan mulai 12 Julai 1999 iaitu pemilik berdaftar tapak tanah dan bangunan yang di atasnya didirikan bangunan WISMA BANDARAYA.

Tuduhan 2:

Ketika menjadi Menteri Di Jabatan Ketua Menteri Sabah (2000) telah mempengaruhi Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, DATUK RUBIN BALANG (APRIL 1999-MAC 2001) agar melepaskan hakmilik tanah TL 017539856 seluas 3,564.8 meter persegi (0.356 hektar) di tengah-tengah bandar Kota Kinabalu yang didaftarkan di atas nama KOPERASI SERBAGUNA SANYA BHD yang terletak di bawah bidang kuasa Datuk Rubin kepada BESTCO SDN. BHD tanpa melalui sebarang tender dan pada harga paling rendah di pasaran setelah beberapa percubaannya sebelum ini gagal kerana ditolak oleh LEMBAGA PENGARAH KOPERASI SERBAGUNA SANYA BHD.

Tuduhan 3:

Ketika menjadi Menteri Kewangan Sabah (2003), telah mempengaruhi Ketua Menteri Sabah, Datuk Chong Kah Kiat agar mengarahkan Kementerian Pembangunan Sumber dan Teknologi Maklumat berpindah ke bangunan milik syarikatnya, WISMA BANDARAYA sedangkan pada ketika itu Kementerian Pembangunan Sumber dan Teknologi maklumat berpejabat di bangunan milik Kerajaan Negeri, Wisma MUIS secara PERCUMA.

Tuduhan 4:

Ketika menjadi Ketua Menteri Sabah (2007) telah bersubahat dengan Menteri Pembangunan Sumber dan Teknologi Maklumat, DATUK YEE MOH CHAI telah mempengaruhi Lembaga Pengarah dan Pengerusi Sabah Energy Corporation, AU KAM WAH (Wakil Rakyat Elopura), subsidiari Kementerian Pembangunan Sumber dan Teknologi Maklumat agar berpindah daripada WISMA BOON SIEW yang selesa dan murah ke WISMA BANDARAYA pada 1 Februari 2007 yang kadar sewanya lebih mahal dan tidak mempunyai cukup ruang untuk menampung jumlah kakitangan yang ramai.

Tuduhan 5:

Telah menggunakan kedudukannya sebagai Menteri Di Jabatan Ketua Menteri Sabah untuk mempengaruhi Malayan Banking Berhad memberi pinjaman bank sejumlah RM14.615 juta pada 25 September 2000 setelah mencagarkan tanah TL 017539856 yang dipindah milik pada hari yang sama dengan tarikh pindah milik daripada KOPERASI SERBAGUNA SANYA BERHAD kepada syarikatnya BESTCO SDN.BHD.

Tuduhan 6:

Ketika menjadi Ketua Menteri Sabah dan Menteri Kewangan Sabah telah menyalahgunakan kedudukannya mengikut Seksyen 2(2) Ordinan 22 (Kuasa-Kuasa Perlu, Darurat, 1970) untuk melengahkan membayar CUKAI TANAH sejumlah RM264,000 yang tertunggak sejak 1992 walaupun empat notis telah dikeluarkan kepada syarikatnya, BESTCO SDN.BHD setelah mengambil alih hakmilik tanah KOPERASI SERBAGUNA SANYA BERHAD. Seronoknya menjadi Ketua Menteri dan Menteri Kewangan kerana tidak perlu membayar Cukai Tanah sedangkan tunggakan cukai tanah milik rakyat biasa RM1,000 sudah diambil tindakan, namun tanah milik Musa sudah tertunggak cukainya sejumlah RM264,000, namun tidak ada sesiapa yang berani ’MELELONG’ tanah berkenaan bagi memungut cukai setelah notis tidak diendahkan.

Tuduhan 7:

Ketika menjadi Menteri Di Jabatan Ketua Menteri Sabah (2000), telah mempengaruhi Pengerusi dan Lembaga Pengarah KOPERASI SERBAGUNA SANYA BERHAD melepaskan pegangan ke atas hakmilik tanah berkenaan sedangkan sebelum ini tidak dipersetujui oleh Lembaga Pengarah KOPERASI SERBAGUNA SANYA BERHAD kerana tidak melalui tender dan tawaran pada harga yang rendah.

Tuduhan 8:

Ketika menjadi Menteri Kewangan Sabah (2000), telah menyalahgunakan kedudukannya mengikut Seksyen 2(2) Ordinan 22 (1970) mempengaruhi Pengarah Jabatan Pembangunan Koperasi Sabah membenarkan penjualan tanah milik KOPERASI SERBAGUNA SANYA BERHAD melupuskan pegangan ke atas tanah berkenaan sedangkan sebelum ini tidak dipersetujui oleh Lembaga Pengarah KOPERASI SERBAGUNA SANYA BERHAD.

Tuduhan 9:

Ketika menjadi Menteri Kewangan Sabah (2003), telah menyalahgunakan kedudukannya mengikut Seksyen 2(2) Ordinan 22 (1970) mempengaruhi PENGERUSI LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI untuk membuat keputusan memindahkan operasi LHDN daripada Wisma Persekutuan dan Bangunan KWSP ke WISMA BANDARAYA sedangkan banyak bangunan pejabat milik Kerajaan Persekutuan Kosong.

Tuduhan 10:

Ketika menjadi Menteri Kewangan Sabah (2003), telah menyalahgunakan kedudukannya mengikut Seksyen 2(2) Ordinan 22 (1970) mempengaruhi PENGARAH JABATAN PENDAFTARAN PERTUBUHAN (ROS) untuk membuat keputusan memindahkan operasi daripada Bangunan Pejabat Pos ke WISMA BANDARAYA sedangkan banyak bangunan pejabat milik Kerajaan Persekutuan Kosong.

Tuduhan 11:

Ketika menjadi Menteri Kewangan Sabah (2003), telah menyalahgunakan kedudukannya mengikut Seksyen 2(2) Ordinan 22 (1970) mempengaruhi PENGARAH LEMBAGA PEMASARAN PERTANIAN PERSEKUTUAN (FAMA) untuk membuat keputusan memindahkan operasi daripada Sembulan ke WISMA BANDARAYA sedangkan banyak bangunan pejabat milik Kerajaan Persekutuan Kosong.

Tuduhan 12:

Ketika menjadi Menteri Kewangan Sabah (2000), telah menyalahgunakan kedudukannya mengikut Seksyen 2(2) Ordinan 22 (1970) mengarahkan pengambil alihan hutang KOPERASI SERBAGUNA SANYA BERHAD di RHB BANK BERHAD oleh anak syarikat Kementerian Kewangan Sabah, DANAHARTA MANAGERS SDN.BHD .

Tuduhan 13:

Ketika menjadi Menteri Kewangan Sabah (2003) dan KETUA MENTERI SABAH (2004 hingga kini) telah menyalahgunakan kedudukannya menerima lebih RM9.429 juta dalam bentuk sewa bangunan sejak 2003 oleh Kementerian Pembangunan Sumber dan Teknologi Maklumat dan Jabatan Pembangunan Sumber Manusia yang dibayar kepada BESTCO SDN.BHD oleh Kementerian Kewangan Sabah dan Musa adalah Menteri Kewangan Sabah.

Tuduhan 14:

Ketika menjadi Menteri Kewangan Sabah (2003) dan KETUA MENTERI SABAH (2004 hingga kini) telah menyalahguna-kan kedudukannya menerima lebih RM20 juta dalam bentuk sewa bangunan oleh LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI, FAMA dan JABATAN PENDAFTARAN PERTUBUHAN.

Tuduhan 15:

Ketika menjadi Menteri Kewangan Sabah (2003) telah bersubahat dengan Ketua Menteri Sabah DATUK CHONG KAH KIAT (Tan Sri) dan Menteri Pembangunan Sumber dan Teknologi Maklumat, DATUK YEE MOH CHAI meluluskan kontrak ubahsuai bangunan pejabat Kementerian Pembangunan Sumber dan Teknologi Maklumat serta Jabatan Pembangunan Sumber Manusia bernilai RM5 juta tanpa melalui tawaran tender sedangkan ianya memberi nilai tambah kepada WISMA BANDARAYA.

Tuduhan 16:

Ketika menjadi Ketua Menteri Sabah (2007) dan Menteri Kewangan Sabah (2007) telah bersubahat dengan Menteri Pembangunan Sumber dan Teknologi Maklumat, DATUK YEE MOH CHAI dan PENGERUSI SABAH ENERGY CORPORATION (SEC) meluluskan kontrak ubahsuai bangunan pejabat baru SEC di Tingkat 1,2 dan 3 Wisma Bandaraya bernilai lebih RM5 juta tanpa melalui tawaran tender sedangkan ianya memberi nilai tambah kepada WISMA BANDARAYA.

Tuduhan 17:

Ketika menjadi Menteri Kewangan Sabah (2003 hingga kini) dan Ketua Menteri Sabah (2004 hingga kini) secara sedar telah gagal menjimatkan Kewangan Kerajaan Negeri Sabah dengan melakukan pentadbiran songsang terhadap akauntabili Kerajaan Negeri setelah ’mengarahkan’ Kementerian dan Jabatan dan subsidiari berpindah ke bangunan persendirian MILIKNYA sehingga kerajaan terpaksa berbelanja lebih, sedangkan bangunan kerajaan dibiarkan kosong berbanding dengan semua Jabatan Persekutuan yang diarah berpindah ke Mini Putrajaya untuk menjimatkan belanja mengurus dan meningkatkan kecekapan.

Tuduhan 18:

Ketika menjadi Menteri Kewangan Sabah (2000) telah menyalahgunakan kedudukannya untuk mempengaruhi Jawatankuasa Pembangunan Daerah Kota Kinabalu, Majlis Perbandaraan Kota Kinabalu, Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar untuk meluluskan Pelan Pembangunan WISMA BANDARAYA walaupun bercanggah dengan peraturan yang sedia ada iaitu ketinggian bangunan yang akan dibina tidak boleh lebih tinggi daripada bangunan di belakangnya iaitu CENTURY HOTEL yang terlindung daripada pandangan dan menyediakan tempat letak kereta yang mencukupi.

Tuduhan 19:

Ketika menjadi Ketua Menteri Sabah (2004) telah menyalahgunakan kedudukannya untuk melantik salah seorang ahli lembaga Pengarah KOPERASI SERBAGUNA SANYA BERHAD yang juga Pengerusi Institut Kajian Pembangunan Sabah (IDS), DATUK MASIDI MANJUN sebagai MENTERI KEBUDAYAAN, BELIA DAN SUKAN sebagai membalas budi membantunya mendapat kelulusan Lembaga Pengarah KOPERASI SERBAGUNA SANYA BERHAD melupuskan hakmilik tanah TL 017539856 iaitu tapak WISMA BANDARAYA.

Tuduhan 20:

Ketika menjadi Ketua Menteri Sabah (2004) dan Menteri Kewangan Sabah telah memperdaya KABINET NEGERI SABAH dengan tidak menyatakan kepentingannya sebagai pemegang saham utama BESTCO SDN. BHD, pemilik WISMA BANDARAYA dan telah PECAH AMANAH sebagai Menteri Kewangan kerana telah membayar kepada dirinya sendiri dan memperoleh keuntungan daripada urusniaga penyewaan bangunan.

Sehubungan itu, bilakah SPRM dan Polis mahu bertindak menangkap Musa Aman atas tuduhan pecah amanah dan jenayah?

55 comments:

  1. Kaum hawa(tak semua)memang petah kalau berhujah,berpidato, bercakap@berleter, mengomel tapi kurang akal, bertindak lebih kepada perasaan daripada fikiran.
    Kenapa? Sama2 kita mencari jawapannya.

    ReplyDelete
  2. byknya tuduhan kat dia ni.. bagaimana dgn hasil siasatan dia?

    ReplyDelete
  3. biarlah Polis dan SPRM buat kerja mereka. bila dah selesai nanti kita semua akan tahu juga kebenarannya. tak perlu lah nak buat sebarang andaian.

    ReplyDelete
  4. tunggu dan lihat samada Musa Aman bakal menerima nasib yang sama dengan Dr Ling atau tidak.. tapi saya rasa tidak..

    ReplyDelete
  5. Kalau hebat, pergi la buat laporan bersama2 dengan dalil2 itue...

    ReplyDelete
  6. betul ka ni... apa ko ingat shafie afdal tu bersih ka pulak...

    ReplyDelete
  7. Kalau dia memang bersalah, dah lama dia kena tangkap. Apa2x pun, diharapkan pihak polis dan SPRM membuat siasatan dengan lebih teliti supaya kes ini dapat diselesaikan dengan cepat.

    ReplyDelete
  8. This accusation has been going on for several years & the SPRM (BPR at that time) has investigate it & conclude that there are no case...which means that there are no proof that Musa is indeed involve or done something related to all the allegation...what i can say is this is a person is not guilty until the court said so...so lets see how long will these alegation go on...

    ReplyDelete
  9. Lucas, i hope you on right track. i will exposed later who behind musang pakis and cover-up his case. If the building is belong to you, you rent it for government agensi and as finance minster you pay the rental direct to your pocket, what is this? commission or corruption? pls check either Bestco under some body name instead musang pakis and his wife? better use your head instead your dick mr lucas.

    ReplyDelete
  10. i will agree with you Lucas if there is no person who can bring Musa to the court.

    ReplyDelete
  11. FSK..ini kalau tidak silap 2007-2008 punya artikel ini. FSK saja mahu kasih penuh blog dengan artikel COPI PASTE artikel orang lain.

    ReplyDelete
  12. FSK tidak tahu sudah cerita apa lagi mahu dipamerkan. jadi hentam artikel orang lain saja. FSK, adakah takut tersalah fakta dan memakan diri sendri kelak? apa pun, FSK berhentilah dengan kerja ini.

    ReplyDelete
  13. Free Sabahkini, Facts is still facts & BPR has said it that there are no case to answer...

    Jeffrey has been raising this accusation over & over again...no proof in it...is this bestco SDN BHD exist? the last time i check it was selling fuel injection pump...

    ReplyDelete
  14. If free sabahkini has the proof, then they should just hand over it to the responsible authorities and testify. It will make the case more easier to solve.

    ReplyDelete
  15. kalau Tun Dr Ling Liong Sik boleh kena tindakan, Musa Aman walau dengan gelaran TYT pun tidak mustahil boleh kena asalkan ada bukti yang kukuh.

    ReplyDelete
  16. I nearly fell from my chair watching the 8 o'clock news about Tun Ling Liong Sik.Hard to believe but then the news was in front of my very eyes.The first thing that came to my mind was how could this happen.A daring act by the government to catch a person who had a high profile in the government as well as party.Someone who is well-liked and respected.It is a huge political gamble,a risk that could cost the loss of political support from the chinese in MCA.Then I came to my senses and realised that 'a crime is a crime' and there is no two ways about it.A person who commits any wrongdoings whether he is a street peddlar or a person of high stature must face the might of the law,must be brought to justice and be judged for his crimes.The rakyat demands justice and the government being elected by the people must provide them and show them that it is just and fair.'Sweeping crimes under the carpet' on the other hand can cost the government the rights to govern.

    Datuk Najib had made that choice.He must have weight the decision and the consequences closely and arriving to such a decision perhaps was never easy.Now that he had made it,the people applaud him and hope that this is not the end but the beginning of more to come.The people want more 'heads to roll' and he must appease them if he wants to remain relevant.

    The PM had started with Tun Ling.Bullseye!He therefore has to move elsewhere after this.Its hard to believe that in the government the corrupt only comes from MCA.The members and supporters kept their silence on Tun Ling but deep in their hearts they also demand fairness.What about those from UMNO,MIC and other BN component parties.Najib's bravado act could also mean a political suicide if he stops here.He has to continue in his crackdown on corruption and without preference.

    In UMNO there are many 'goats' that need to be 'slaughtered.'There are leaders who had committed many wrongdoings in the discharge of their duties and responsibilities.They should be brought to justice as an example of just and fairness.

    Musa Aman is a case in point.He has become a liability to UMNO and BN in Sabah.His name had been linked to a money laundering scheme.The people therefore have the right to know the truth.The people continued loss of confidence in him must be checked and this can only happen by him resigning or be replaced by some one else.This perhaps will help to inject a new vigour in the government.

    If you are browsing the internet regularly you also will notice that Musa Aman is stepping-up his public relations drive to uplift his already spoiled image.His PR team even called his policy 'PAR EXCELLENCE.'What a mockery!You cannot hide a table that is dirty and full of termites by simply putting a new and beautiful table cloth on top of it.A dirt is always a dirt and you have to clean it and if you can't then replaced it with a new table.You cannot simply cover it.

    I hope the PM will be fair in his actions.Those in MCA,UMNO,MIC and others must be made to pay for their sins.If money is everything to them then to the ordinary and street people like us,JUSTICE is everything.We cannot allow leaders whom we used to trust and elevate to high positions to betray us.Bring them to book before the people begin to show their voice for more and more and worst still by showing their frustrations in the ballots.

    To Musa Aman I would just like to dedicate a phrase,'kecil dikandung ibu,besar dikandung adat,mati dikandung tanah.'Anyone knows what it means?

    ReplyDelete
  17. Baik kita bermula dari KM Sabah yang paling awal, dari Tun Fuad Stephen kepada Chong Kah Kiat. Semua kenalah siasat dahulu.

    ReplyDelete
  18. apa yang terjadi pada Tun Ling tak boleh dikait dan disamakan dgn Musa Aman.

    ReplyDelete
  19. byk sgt tuduhan diberkan terhadap Musa Aman, tp kenapa dia masih bebas hingga kini. nmpaknya tuduhan itu belum tentu benar.

    ReplyDelete
  20. sedangkan Dr Ling yang telah memiliki gelaran Tun pun tidak mampu lepas dari undang2 dan sprm, kenapa Musa Aman boleh?? ini bermakna belum ada bukti kukuh yang boleh membawa MA ke mahkamah..

    ReplyDelete
  21. Hurm. 81 Dalil by Gapari. Right.Not guilty until proven. Only then I will change my stance in this. For now, I'll just leave it.

    ReplyDelete
  22. So, what if Ling was caught. If Musa is guilty, he would have been send for trial. But, no he didn't.

    ReplyDelete
  23. Election is just around the corner, let's focus on who we want to elect. But definitely it wouldn't be Musa. He has contribute a lot. Its about time he got a break from politics. However, I would love to see a new competent CM being appointed.

    ReplyDelete
  24. Nah, meaning anyone with the TUN title is not immune from any legal actions. Thanks Free SabahKini for providing this article. I knew you have a soft spot for Musa. I guess, its ok to have Musa be awarded the Tun title after all. ;)

    ReplyDelete
  25. Musa Aman be awarded the Tun title? When?He could not get it under Mahathir,not even when his friend Badawi was PM and now Najib who perhaps is privately contemplating of replacing him.

    Only 7 years as CM and you think he is qualified for such a title when people like Taib Mahmud who is now holding the Sarawak CM post for more than 20 years can't even get it?

    Jacinta,I think you must be in some kind of infactuation.Wake up!The person you adore is not the person you think he is.

    What he is doing now is going to the rural areas,the kampungs trying to depict a new image of himself.Trying to fool the poor kampung folks that he is a likeable and charming person.You know why? That antics are no longer 'saleable' to the urban people because they now know who he really is and what type of leader he is.

    ReplyDelete
  26. dengan tertangkapnya seorang Tun, miss ida tidak perlu risau lagi pasal kebal dari tindakan undang2. ini membuktikan sprm semakin berani menangkap ikan besar. jadi biar dorang ja la yang memancing, miss ida tlg sediakan umpan ja.

    ReplyDelete
  27. Ini bukan lagi cakap pasal 'pancing dan umpan' kerana ikan dah buncit oleh umpan.Sekarang ini timbul dan terapong dilaut.

    ReplyDelete
  28. penahanan Tun Ling menunjukkan bahwa tiada yang kebal dari undang2 di negara kita.

    ReplyDelete
  29. i sense that someone is trying real hard to present his/her theory on Musa Aman action lately...

    My opinion is, instead of trying really hard to convinst others, how about presenting us a facts with hard evidence /proof to support it?

    ReplyDelete
  30. ya.. tiada yang kebal dari undang2. Sultan yang membuat kesalahan pun boleh dibicarakan apalagi rakyat biasa.

    ReplyDelete
  31. Penahanan tidak bermakna disabit kesalahan. Masih lagi jalan panjang untuk menyabitkan kesalahan Tun Ling melalui proses mahkamah.

    ReplyDelete
  32. ya.. selagi blum didapati bersalah, ia tetap tak bersalah. kita tnggu ja hasil perbicaraan ini.

    ReplyDelete
  33. Siapa bilang Tun tidak bolen didakwa di mahkamah??

    ReplyDelete
  34. Manalah tahu kes ini diakhiri dengan 'didapati tidak bersalah dan dibebaskan.'

    ReplyDelete
  35. Sebelum ada keputusan dari mahkamah yang Tun Ling disabit kesalahan yang dituduh, beliau tidak boleh dianggap salah.

    ReplyDelete
  36. LIng sudah kena, kenapa pula Musa mesti dikaitkan??

    ReplyDelete
  37. tunggu & lihat sajalah apa kejadiannya nanti...

    ReplyDelete
  38. Saya pun mahu juga tahu perkembangan cerita si Tun Ling ni... hehe

    ReplyDelete
  39. Oo ya kan Ted Medresher, baru ku ingat si Miss Ida ni pernah cakap Tun ni kebal... so rasanya, maklumat si Miss Ida ni kurang tepat la kan. huhuhu

    ReplyDelete
  40. nunu, aku bilang 123.. hahhaha
    So siapa yg anggap Tun tu kebal maksudnya budak skema ba tu:P hehehe

    ReplyDelete
  41. bobby, Musa dikaitkan utk menyedapkan gosip ja ba... Kan Musa mmg popular & disukai ramai, sebab tu lah org suka kaitkan namanya. Bikin gimik la katakan:P hehehe

    ReplyDelete
  42. Hairan ni Paquin tulis sikit sikit tapi nama dia balik-balik keluar.Macam cakap sendiri.Tak ada orang sokong pun apa dia cakap.Mungkin kut dia macam buat sms kat kawan.Tapi tak ada respond.Kasian pula tengok.Syok sendiri mungkin atau orang tu sendiri ada masaalah.

    ReplyDelete
  43. paquin aku sokong kau.. kita kwn kan.. hihihi

    ReplyDelete
  44. Teringat saya waktu tonton wayang P.Ramlee dimana seorang wanita mengheret seorang Apek dengan mata apek itu ditutup.Dia suruh lompat dia lompat dia suruh pusing dia pusing.Ini lah apa berlaku kat korang.Suruh sokong semua sokong.Kan bodoh!Ini pula macam si bodoh heret sibodoh.'The blind leading the blind.'Ngam juga lah korang semua.

    ReplyDelete
  45. Pengomen2 dalam blog ini buta kononya. Buta tapi masih mampu baca, beri komen, mengutuk orang yang kurang sopan. Ok juga bah.

    ReplyDelete
  46. Si buta menulis blog, barangkali sibuta juga yang membaca.

    ReplyDelete
  47. Asalkan wanita itu bukan si Ida, saya ikut juga kalau disuruh lompat.

    ReplyDelete
  48. Pendakwa raya mempunyai bukti Ling terbabit dalam kes PKFZ, itulah sebab ia didakwa di mahkamah dan Ling juga berperluang membela diri. Kalau tiada bukti tiada kes, tidak perlu bawa ke mahkamah. Itulah sebab D Musa tidak kena.

    ReplyDelete
  49. Tun Ling didakwa ke mahkamah. Tun boleh didakwa?

    ReplyDelete
  50. kes Tun Dr Ling adalah bukti bahawa Tun boleh didakwa. berkenaan dengan kes Musa Aman, tidak perlu ada perkaitan dengan gelaran Tun kerana kalau beliau bersalah tetap dihadapkan ke mahkamah.

    ReplyDelete
  51. biarlah sprm yang siasat..napa pula kita sibuk2..

    ReplyDelete
  52. peliklah blog ni...banyak betul isu-isu panas dan membara dipaparkan...mana dia dapat bukti-bukti ni..

    ReplyDelete
  53. kaki penyibuklah blog ni..hahahaha

    ReplyDelete