Sunday, July 11, 2010

THE MAN ABOVE THE LAW!





SELAIN daripada gelaran ‘Ketua Penyamun’ dalam episod ‘Pirate of Carry-BN’, Ketua Menteri Sabah juga digelar ‘The Man Above The Law’ kerana enggan menurut perintah Perdana Menteri Malaysia berhubung keputusan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu yang mengarahkan Kerajaan Negeri Sabah membayar sejumlah RM91 juta (tidak termasuk faedah) atau Konsesi Pembalakan seluas 9,000 hektar sebagai kaedah penyelesaian hutang.

Nota Perdana Menteri yang berbunyi, “Untuk Tindakan Kerajaan Negeri. Mahkamah Telah Pun Ambil Keputusan” pada 7 Julai 2009 di atas sepucuk surat plaintif yang mendapat Consent Order daripada Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu, namun Musa tetap mempertikaikan keputusan mahkamah berkenaan di luar mahkamah tanpa memfailkan sebarang rayuan dan sekaligus engkar dan ‘menderhaka’ kepada arahan Perdana Menteri Malaysia.

Sebagai ‘The Man Above The Law’ Musa akan terus engkar ‘Titah Perintah’ Perdana Menteri yang kini memihak kepada ‘musuh tradisinya’ Datuk Seri Shafie Afdal yang kemungkin besar akan dilantik untuk memimpin BN Sabah pada Pilihanraya Umum Ke-13; sesuai dengan kedudukannya sebagai Naib Presiden UMNO yang paling berkaliber di Malaysia kerana hubungan rapatnya dengan Presiden UMNO.

“Syarikat saya sudah buat surat rayuan kepada Perdana Menteri berhubung keengganan Musa dan selepas satu minggu Jabatan Perdana Menteri (JPM) ada menulis surat kepada Ketua Menteri dengan melampirkan surat syarikat saya bersama nota bidai Perdana Menteri,” ujar Plaintif yang meminta namanya dirahsiakan.

Kata Plaintif itu lagi beliau kesal kerana sudah setahun berlalu, namun Musa Aman belum menjawab surat Perdana Menteri yang menghendaki beliau mematuhi arahan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu tanpa sebarang dalih.

“Mungkin dia tidak berani menjawab surat tersebut untuk mengatakan tiada kawasan konsesi yang kosong kerana dia banyak menjual konsesi kepada kroni dan proksi termasuk Michael Chia Tien Foh, Admund Looh dan sebagainya,” ujar Plaintif yang bercadang untuk melakukan sesuatu tindakan yang dibenarkan undang-undang termasuk prosiding menghina mahkamah dan menyita ‘Wisma Innoprise’ sehingga Musa menjelaskan hutang yang telah diperakui mahkamah.

Dalam pada itu, adalah difahamkan bahawa kemungkinan besar Musa Aman membohongi Perdana Menteri yang tidak mengetahui rahsianya (Musa) yang ada menyimpan seluas 45,000 hektar konsesi pembalakan yang mempunyai isipadu balak berketumpatan tinggi pada kadar semasa RM10,000 sehektar untuk dirinya sendiri.

Apabila tiba masanya berundur, Musa hanya perlu menjual konsesi tersebut dan memperolehi RM450 juta sekelip mata kerana lesen pembalakan boleh dikeluarkan dalam masa satu hari sahaja.

Setelah isu penghinaan mahkamah ini tersiar di Sabahkini.net dan Freesabahkini, Musa mula gelisah kerana di saat akhir hakisan pengaruh yang mungkin menggelincirkan kerusi Ketua Menteri Sabah yang disandangnya kepada Datuk Nasir Tun Sakaran atau Datuk Rahim Ismail atau Datuk Pairin Kitingan atau Datuk Masidi Manjun atau sesiapa sahaja yang difikirkan patuh atau taat kepada Shafie; Musa dikatakan meminta seseorang menjadi orang tengah untuk merundingkan isu ini dengan plaintif agar tidak berpanjangan.
Taktik ‘delay’ ini yang menyebabkan kontrak Musa sebagai Ketua Menteri yang hampir langsai di era Pak Lah dan hampir punah di era Najib masih berkesan setakat ini dengan bantuan para penasihatnya yang kebanyakannya sudah diberkas SPRM dalam ‘Ops Money Laundering’ baru-baru ini.

Namun mampukah Musa Aman bertahan dan alangkah murahya kerusi Ketua Menteri Sabah yang hanya bernilai RM91 juta; jika jatuh atau dijatuhkan oleh isu ini yang akan dibahaskan di Parlimen oleh seorang ahli parlimen daripada Sabah untuk membersihkan nama Perdana Menteri dan membantu plaintif yang teraniaya; dalam masa yang terdekat ini.

139 comments:

  1. ada kemungkinan kenyataan ini bertujuan untuk melonjakkan shafie apdal untuk merampas kerusi ketua menteri Sabah. disebabkan shafie tidak mampu menandingi kepimpinan Musa, oleh itu muncul pihak lain yang sengaja menjatuhkan musa dengan menyebarkan gambaran buruk untuk memberi ruang kepada Shafie.

    ReplyDelete
  2. saya yakin pemimpin yang hanya tahu menggunakan taktik buruk ini untuk merampas kuasa tidak mampu membangunkan sabah dan rakyatnya. jika amalan memburuk2kan pihak lain ini berjaya membawa beliau ke puncak, tidak mustahil rakyat juga akan menerima nasib yang sama kelak.

    ReplyDelete
  3. entah benar ka tidak cerita yang ditulis miss Ida ni? kenapa nak burukkan pemimpin yang byk berjasa?

    ReplyDelete
  4. Musa Aman seorang pemimpin yang banyak berjasa kepada Negeri Sabah..tidak patut beliau diburuk-burukkan seperti ini..

    ReplyDelete
  5. Somehow, this article doesn't really bother me. I would rather choose Musa Aman all over again to be the CM (or someone better) rather than to choose Shafie Apdal. I'm not convince that Shafie would make a good CM. He is young, inexperience and his reputation is TARNISHED. My guess, Sabah will be even more poorer if he were to be the next CM

    ReplyDelete
  6. Kalau dengki tu cakap saja ba...tidak perlula tapuk2 mau ka c kena c Musa....deii...pandai2 saja buat cerita owhh...mana 2 surat 2? kenapa tidak ka c serta sama2 ini artikel? ka c scan ba kalau berani!!!!

    ReplyDelete
  7. hahaha Shafie mahu jadi KM sabah. hancurlah sabah kalau dia yang perintah. baguslah suruh orang lain oo selain dia.

    ReplyDelete
  8. Apa yang dilakukan oleh Datuk Musa Aman terhadap Shafie? benggong la minah sekor nie... apa yang dikatakan dalam artikel ini tidak habis2 pasal Surat Najib bagi kat Datuk Musa yang ntah betuk atau tidak...jangan2 c penulis ini dibayar kot oleh orang yang berkepentingan..

    ReplyDelete
  9. rakyat mahukah memilih Shafie untuk jadi Ketua menteri sabah dan PRU13.

    Kalau beginilah orang kita, macam miss ida ni. memang tidak akan amanlah negara ini dan bertambahlah masalah perbelahan antara satu sama lain akan berlaku.

    ReplyDelete
  10. Kalau mahu menduduki tempat CM, saya harap sesiapa itu boleh mendapatkannya dengan cara yang betul. Bukan menerusi taktik kotor.

    ReplyDelete
  11. kita seharusnya sokong CM kita, bukan memburukkannya.

    ReplyDelete
  12. Siasat sajalah perkara ini bagi memastikan artikel ini ditulus dengan betul ataupun sebaliknya.

    ReplyDelete
  13. Pasti ada motif disebalik perkara sebener yang boleh menjatuhkan kepimpinan Musa Aman selama ini.

    ReplyDelete
  14. Seems like the author wrote this article on behalf of the "plaintiff"...& i sense that the "plaintiff" has a long time grudge against Musa Aman..Maybe because the "Plaintiff" request is not fulfill by Musa Aman for any reason?

    Open your mind & see it from the other angle..Musa may be guilty in this matter, but the possibility that he is not is still there...dont believe i everything you read, but at the same time consider other significant possibility...

    Free your mind.......

    ReplyDelete
  15. Kenapakah Musa Aman sering dikaitkan dengan pekara yang kurang baik... huhuhu
    Hairan, kalau hal ni terbukti benar, rasanya dah lama tindakan Musa kena. Tapi sampai sekarang hanya 'cakap-cakap' ja yg semakin menular tanpa bukti nyata.

    ReplyDelete
  16. Musa and Shafie are both the same. Dua kali lima. Shafie would be just the same as Musa but LOT MORE worser than him as a CM. Btw Ida (if you are even real),do forget bout ur intention.Your blog is nothing but pure entertainment.No one would be that stupid to fall for ur trap.

    P.S: ur pic creeps me out!warrghh....>:(

    ReplyDelete
  17. Samada Musa Aman mampu bertahan atau tak, semuanya terletak pada rakyat. Saya yakin rakyat tahu membuat penilain yang terbaik :)

    ReplyDelete
  18. Macam muka pelakon pula si Miss Ida ni. hehhee
    So mesti artikel ni antara skirip yang perlu dihafal utk dilakonkannya.. hahhaa
    Btl ka tu Miss Ida???

    ReplyDelete
  19. gunner, betul atau tak cerita ni, hanya Miss Ida ja yang boleh jawab. Apapun, tak perlu layan lah... Sudah memadai jika kita yakin dan tidak mencurigai kewibawaan CM kita :)

    ReplyDelete
  20. Apapun, masing2 ada andangan tersendiri... yang penting jadilah undividu yg matang dan bijak menilai supaya tak mudah terpedaya.

    ReplyDelete
  21. Jika SPRM ada bukti untuk mencurigakan Musa Aman, mereka sepatutnya boleh menjalankan penyiasatan.

    ReplyDelete
  22. Tuduhan ini harus disokong dengan bukti atau dokumen yang kukuh. Tidak adil bagi orang yang dituduh tanpa bukti. Beliau berhak mendapat peluang untuk diberi penjelasan.

    ReplyDelete
  23. Hurm, this blog is so suspicious..Anyway, any confirmed sources on this "allegations"? Btw, Shafie has vowed not to come back to the State's politics. He is very comfortable in WM.

    ReplyDelete
  24. No man can above the law. Time will determine it. Wrong doing will face the judgment.

    ReplyDelete
  25. Sejauh mana kebenaran artika ini? Memang sukar hendak dipercayai.

    ReplyDelete
  26. blog2 seperti ni tak seharusnya wujud, banyak betul fitnah.

    ReplyDelete
  27. kasihan shafie yg terpaksa menggunakan blog2 seperti ini demi utk merebut kerusi CM Sabah. kebenaran akan ditegakkan dan sesiapa yg menduduki kerusi CM akan datang pastilah MA lagi dan lagi. saya tdk percaya akan apa yg dinyatakan oleh cik ida ini kerana semuanya bermotifkan menjatuhkan MA dan gambar cik ida ini pun bukannya ORI tapi buat apalah blog creator ni simpan rupa begitu. sungguh2 tak sesuai langsung dan saya rasa ini akan merosakkan nama baik kaum Melayu. betul tidak? dari kau saja bah!

    ReplyDelete
  28. FreeSabahKini bukan media bebas. tidak layak mengantikan SabahKini. ini media tidak tahu memihak kepada siapa..Pro Shafie atau Pro PEMBANGKANG. Kalau dia Pro Shafie, bagus terangkan kebaikan Sahfie dalam artikel ini.

    ReplyDelete
  29. kalau fitnah, musa pushtun harus saman. kenapa dia takut? semua yang komen tak pakai otak. baca artikel pertama bertajuk sabahkini.net dibeli musa aman

    ReplyDelete
  30. Saman menyaman bukan senang dik ooiiii, daripada dia pedulikan hal remeh ini bagus lagi beliau fokus kepada pembanggunan di Sabah... nanti kalau terganggu lagi la rakyat sengasara...betul ke x? Dan satu lagi, memangla komen guna otak kalau x, xkan ada perkataan yang ditulis...deiiii macha, matai tokou tie!!!!

    ReplyDelete
  31. Miss Ida nnti kau btul2 kena saman baru kau tau. tp wat pa jugalah Musa aman nak layan org mcm kau ni yang tau melaga lagakan orang sahaja! bgs lagi wat sesuatu yang lebih berfaedah.

    ReplyDelete
  32. Buat apa menyaman kau cik ida. sendiri la tidak pakai otak buat blog begini yg hanya berunsurkan fitnah dan menjatuhkan maruah seseorang. buang masa saja menyaman kau cik ida. hahahaha, jadi kalau betul MA beli, kenapalah...ada kau punya duit berkurangan? kwang3x...kalau org lain mampu beli, mampu pakai...apa ko kesah? saya rasa yg kau kesah sgt ni kau betul cemburu bah. kalau kau hebat sgt pergilah buat complaint. saman kau buat apa...buang masa saja.

    ReplyDelete
  33. saya setuju dengan kata bi...daripada KM peldulikan cik ida ni lagi baik beliu fokus kepada pemabangunan negeri Sabah. cik ida suka hati ja cakap orang tak pakai otak. kalau dah bertudung tu guna lah bahasa yang sopan. budak sekolah pun tahu juga bersopan tau.

    ReplyDelete
  34. Laman ini boleh dikatakan laman anti KM. Segala kebaikan dan sumbangan KM tidak diperkatakan walau satu perkataan tetapi dipenuhi tuduhan tidak berasas.

    ReplyDelete
  35. Jelas ada pihak yang jeles dengan pencapaian KM Musa.

    ReplyDelete
  36. Inilah yang berlaku jika ada sesuatu pihak yang tamakan kuasa dan menggunakan taktik yang kotor semata-mata untuk mengisi keghairahan kuasanya

    ReplyDelete
  37. I think she's one who is above the law!

    ReplyDelete
  38. Kalau kamurang baca guna mata musa aman, memanglah kamurang tidak nampak kecelakaannya yang suka rampas tanah rakyat. Apa jadi benta wawasan yang sudah jadi padang jarak padang tekukur? semua kelapa sawit. Hutan simpankah itu? orang kampung punya tanah dia rampas kasi warisan jaya makmur anak syarikat Saham sabah berhad. inikah pemimpin? macam taukeh pakistan sahaja. Tak dapat pungut hutang, bini orang pun dibantai. ada akalkah tarak?

    ReplyDelete
  39. Bagi saya, tiada apa yang kita boleh buat sekarang, SPRM perlulah menjalankan tugas mereka, bila kita dapat laporan, barulah kita berbincang lagi.

    ReplyDelete
  40. hahaha kami baca guna mata kamilah ba..mata MA susa juga mahu pinjam. tidak pun pinjam mata ko. boleh kah FreeSabahKini. ku pinjam mata mu jadilah FreeMataKini..hahaha

    sudah-sudahlah untuk memburukkan orang. buka mata itu besar2. bukan buka telinga dengar cakap orang saja. buka mata dan telinga..

    ReplyDelete
  41. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  42. freesabahkini, yakah.. yang saya dgr, Musa Aman nak dptkan balik tanah untuk penduduk.
    baca kat website ni.
    http://kgsilou.blogspot.com/2010/07/kerajaan-sabah-sedia-runding-ambil.html

    ReplyDelete
  43. KM sedang berusaha selesaikan isu-isu tanah di Sabah. jadi bila KM buat benda baik macam tu kita kena sokonglah kan.

    ReplyDelete
  44. rasanya lepas ni kita patut tukar budaya kepada suka memburukkan pihak lain dan kita berusaha menjatuhkan yang diatas.. kita buruk2kan semua pemimpin dan gagalkan usaha mereka supaya kita dapat duduk sebaris dengan negara2 yang paling teruk di dunia..

    ReplyDelete
  45. Adeehh macam mana ba ko tau semua nie? mana 2 gambal2 ka c attached ba !!! kalau betul apa yang ko cakap nie, emm satu lagi cara ko tulis mcam bukan orang Sabah ooo, heran sy macam mana ko tau semua ini. Senang jak tanggan ko tulis kan tapi ko jangan lupa sama karma arrr, bertudung tu bertudung juga....

    ReplyDelete
  46. Never mind what others do; do better than yourself, beat your own record from day to day, and you are a success. - William J. H. Boetcker

    ReplyDelete
  47. BUAT APA SUSAH PAYA PERANG LIDAH DISINI.APA YANG KAMU DAPAT? HAL SEBENAR TETAP TERBONGKAR SATU HARI NANTI.

    ReplyDelete
  48. Miss Ida, sudah-sudahlah mahu jadi orang suruhan itu bah. Kesiankan diri itu, sia-sia mendapat dosa memfitnah orang lain. bertaubatlah miss Ida..

    ReplyDelete
  49. Bukankah SPRM pernah menjaminkan penyiasatan yang adil dan tiada siapa yang akan terlepas? Jika mereka betul-betul dirasuah, itu salah mereka sebab tidak menunaikan janji dan tanggungjawab mereka.

    ReplyDelete
  50. wakawaka, aku terpikat terus oo sama nickname ko.. mcm lagu shakira. hehehehe :)

    ReplyDelete
  51. *yawns* I'm getting sick and tired with all this BS. C'monlah. We will wait and see for the next 13th GE and lets see if your beloved Shafie Apdal will be choosen as the CM. I'm sure the people will not be happy and satisfied.

    ReplyDelete
  52. Hahhaa, Bi aku sokong ko.. hukum karma jangan dilupa... hehe

    ReplyDelete
  53. Satu yang pasti suatu hari ni kebenaran pasti akan terdedah. Sabar-sabarlah semua ya, sampai masanya nanti kita tahu juga tu apa cerita sebenarnya.

    ReplyDelete
  54. Betul zaimi. Saya sokong usaha murni CM kita ni. Kalau dia dapat selesaikan hal tanah di Sabah terutamnya yg di kawasan kampung kami, konpom saya tahu sudah mo sokong siapa:P
    Good luck Datuk Musa :)

    ReplyDelete
  55. Harap2 hal ni tak diperbesarkan lagi... Biarlah pihak yang berkenaan yg selesaikan k.

    ReplyDelete
  56. betul kata zaimi..bila KM buat benda baik kita kena sokong bukannya kita burukkan beliau pula. KM berusaha keras untuk selesaikan isu tanah di Sabah..so, good luck CM

    ReplyDelete
  57. saya harap orang-orang yang membaca blg ni tidak akan terpengaruh dengan mis ida. mis ida ni macam sengaja mau melaga-laga kan pemimpin-pemimpin kita. mungkin mis ida ni bukan orang sabah pun. dia saja ja masuk campur hal-hal di sabah ni.

    ReplyDelete
  58. Najib kah atau kau yang above the law nie????

    ReplyDelete
  59. Selagi dia masi KM kita, hormatilah dia. Dia telah buat byk perubahan yang positif terhadap negeri sabah.

    ReplyDelete
  60. musa aman telah berkhidmat dengan baik sekali. sehingga kini beliau masih cuba menyelesaikan isu-isu yang terdapat di sabah..jadi kita sokong lah KM kita..

    ReplyDelete
  61. mana ada MusaAman jadi penyamun pun..hahaha miss ida dengan sekutunya yang penyamun dan penyagak percayalah..

    ReplyDelete
  62. Kalau berani sangat, dedahkan siapa anda sebenarnya... kenapa perlu menggunakan gambar orang lain? cakap lebih xda action!!!

    ReplyDelete
  63. tidak patut mis ida kata Musa ketua penyamun..penduduk sabah kenal siapa musa dan mereka sedar dengan sumbangan yang telah musa berikan..

    ReplyDelete
  64. banyak kemungkinan yang kita boleh kaitkan dengan kemunculan watak mis ida ni.. mungkin sebab PRU, atau isu perebutan kerusi KM atau mungkin untuk kepentingan pembangkang..

    ReplyDelete
  65. Cerita kedai kopi. Trust me. I have my fair share listening to stories like this at the chinese coffee shops. Hurm.

    Instead of lambasting the CM, it is much more better to discuss on how to solve the problems in Sabah.

    ReplyDelete
  66. rasanya Miss Ida ni takkan buat website ni klu tiada apa2 keuntungan.

    ReplyDelete
  67. Nobody is above the LAW lah. Only God is. I guess we will just have to wait and see for PRU13. I would love to see the continuation of this saga..Miss Ida you are a good storyteller but too bad, lots of loopholes in this post.

    ReplyDelete
  68. Miss Ida sebenarnya dulu seorang pelac!!! hahaha tapi suda insaf... sebab itu dia bertudung tapi make up ma c tebal. Dulu2 dia ni penyanyi dangdut trus jadi GRO terkemuka. !!! Macam na???? ble ka???

    ReplyDelete
  69. Miss Ida ni watak sampingan ja ba ni yang mahu buat gimik di alam maya.. Biasalah baru berjinak-jinak dgn internet:P hehhee

    ReplyDelete
  70. Kalau takda bukti, baik diam2 lah Miss Ida. Tak baik burukkan CM...

    ReplyDelete
  71. peliklah c Ms Ida ni..kalau setakat cakap air liur basi saja..tiada orang mau percaya. UNLESS ada strong evidence cam bukti surat mahkahmah atau arahan dari PM sendiri tentang konsesi yang dimaksudkan....

    ReplyDelete
  72. adakah anda dibayar untuk memburuk-burukkan Musa Aman? What did you get? How much did your earn? Peliklah...tiba-tiba dekat PRU13 ..keluar pula berita panas tentang Musa. Adakah anda dan si pembiaya anda rasa terancam dengan kedudukan Musa Aman sekarang ni?

    ReplyDelete
  73. I don't buy this cheap talk...

    ReplyDelete
  74. memang pelik..macam si langsat cakap, tiba-tiba dekat PRU13 banyak pula cerita-cerita panas pasal Musa. cari lah isu lain yang lebih berfaedah k.

    ReplyDelete
  75. Cubalah miss Ida ini cakap tetang kebaikan seseorang, barulah bagus. ini tidak keburukan orang saja. cuba miss Ida cerita Kebaikan Shafie di sini kan bagus. senang juga saya cari cerita tetang dia.

    ReplyDelete
  76. "..adalah difahamkan bahawa kemungkinan besar Musa Aman membohongi Perdana Menteri yang tidak mengetahui rahsianya (Musa)..." mungkin mis ida ni orang yang paling rapat dengan MA sebelum ini sehingga tahu semua rahsia beliau..

    ReplyDelete
  77. ya.. Miss Ida tak sepatutnya memburukkan org lain.

    ReplyDelete
  78. Hmm..Langsat's comment does make sense. Negative stories about Musa suddenly arise when Najib announced that the next election will be earlier than we expected. Miss Ida is definitely being paid by a certain someone. But by who?

    ReplyDelete
  79. Just give it up already la. No one will ever believe the crap you post here.

    ReplyDelete
  80. mis ida tidak sepatutnya menggunakan pelbagai gelaran yang tidak baik kepada KM. macam yang jangkal cakap, kan lebih bagus kalau mis ida cakap pasal kebaikan seseorang.

    ReplyDelete
  81. Xtau kenapa ms ida bersikap begini, tapi apapun untuk mempengaruhi fikiran orang ramai saya fikir
    taktik ini tidak akan berhasil..

    ReplyDelete
  82. kita sepatutnya menghormati KM sebagai orang yang berjasa terhadap negeri Sabah. saya setuju jika jika sekiranya mis ida berbincang mengenai kebaikan dan kemajuan yang telah Sabah alami. kan itu lebih baik..

    ReplyDelete
  83. No man are above the law, just wait and see the outcome.

    ReplyDelete
  84. sepatutnya plaintif itu yang berusaha untuk menuntut haknya.. malah plaintif tersebut telah menang dalam kes saman sivil tapi kenapa Mis Ida yang beriya2 menimbulkan isu ini yang berlaku pada tahun 2004.. sudah tentu plaintif tersebut tidak akan duduk diam atau sengaja duduk diam sebab Rm91 juta tersebut akan terus meningkat dengan kadar faedah lapan peratus..

    ReplyDelete
  85. Mau kasi bikin malu CM saja. Apa muslihat ini? Hormat lah sikit.

    ReplyDelete
  86. Kalau benar belaku, rakyat harus bertindak dalam pilihanraya yang akan datang.

    ReplyDelete
  87. kesian KM kita yang di lempar dengan pelbagai tuduhan. Memang Miss Ida ini tidak hormat orang langsung. ikut cakap orang yang arah dia saja. apalah.. Rakyat lebih faham dengan KM dan percaya KM, jadi miss ida tidak payahlah penat-penat mahu buat semua ini.

    ReplyDelete
  88. perkara ini hanyalah kabar angin ja. tak da bukti benar pun.

    ReplyDelete
  89. TIADA ORANG YANG LEBIH TINGGI DARI UNDANG-UNDANG.

    ReplyDelete
  90. FreeSabahKini.

    Bagi dlu bukti yang beliau bantai bini orang. Buktikan dlu yang beliau akan berbuat demikian sekiranya hutang tidak dapat dipungut.

    Jangan buat tuduhan sekiranya bukti tidak dapat dibagi.

    Maaf, saya rasa ini adalah cerita yang cik dengar dari "pengkhianat-pengkhianat" MA yang talam dua muka. Cerita untuk menjatuhkan beliau lebih awal.

    Renung-renungkanlah. Nobody is above the law. And no, I am no shoe-polisher and i'm saying this through my own view.

    ReplyDelete
  91. Tidak boleh dipercayai lansung.

    ReplyDelete
  92. Only strong evidence will make these readers believe you. But for now, your articles are just piece of shit.

    ReplyDelete
  93. I suggest the author to stop writing nonsense articles which is not based on solid proof.

    ReplyDelete
  94. And respect Musa! It is because of him, Sabah is developing.

    ReplyDelete
  95. betul tu Dayang, macam mana orang mau trust sedangkan maklumat yang dia disampaikan dalam bentuk emosi..

    ReplyDelete
  96. Ted, terlalu beremosi. Bawa ke mahkamah tentu kena endang balik.

    ReplyDelete
  97. Media samada media cetak atau web harus bersifat telus, adil dan menyeluruh.

    ReplyDelete
  98. Kalau tidak pandai hormat orang sukar orang lain hormat kamu juga.

    ReplyDelete
  99. hhmm, makin hangat ni.. hehehe

    ReplyDelete
  100. Si Miss Ida ni kalau bab cipta gosip panas dialah nombor satu di Sabah. hehehe
    Tapi tidak mengapa (baca mcm nada Alex raja lawak), yang penting kita tahu Musa Aman adalah CM yang terbaik utk Sabah :)

    ReplyDelete
  101. veron,, sebab itu la dia buat mahkamah sendiri disini..haha

    ReplyDelete
  102. paquin,, dia ada bakat ni buat skrip filem sabah.. dimasa2 akan datang kalau ada movie sabah berkisar tentang politik, dia la tu yang buat..:)

    ReplyDelete
  103. di negara kita undang2 dan perlembagaan adalah yang tertinggi.

    ReplyDelete
  104. LOL..i have to admit it, the blogger is gifted! She should be a script writer instead of a hired blogger. With her wild imagination and good writing skills, there is no doubt her movie will be a blockbuster. I bet the pay is much higher than the pay she get to tarnish Musa's reputation.

    ReplyDelete
  105. When will you ever learn to respect our CM...

    ReplyDelete
  106. I used to think the author is very2x the emotional..but now, I find her very2x the funny! Reading all the articles posted in her blog made me realize Ida has a sense of humor.Who would have ever thought she could be a very funny little old woman. Nearly crap on my pants laughing reading the article:"KENAPA MUSA AMAN KEPINGIN JADI TYT?" Good one der !

    ReplyDelete
  107. Dimalaysia menara kembar Petronas adalah yang tertinggi. ha..ha..

    ReplyDelete
  108. Miss Ida, hormatilah Musa Aman, dia adalah pemimpim kita.

    ReplyDelete
  109. If she/he know the meaning of respect, she/he will never setup this web.

    ReplyDelete
  110. kita harus menghormati musa sebagai ketua menteri sabah...miss ida tidajk seharusnya bertubi-tubi memburukkan nama baik beliau yang bertujuan untuk mempengaruhi/meracuni fikiran rakyat.....

    ReplyDelete
  111. musa aman adalah seorang pemimpin yang berkaliber...jasa2 beliau dalam usaha membangunkan negeri sabah harus diamati dan dihargai...

    ReplyDelete
  112. banyak khabar2 angin yang disebarkan seperti dalam blog ini yang bertujuan untuk mencemarkan nama baik musa aman...rakyat tidak seharusnya mempercayai khabar2 angin tersebut yang sengaja diketengahkan semata-mata untuk memenuhi kepentingan politik segelintir orang....

    ReplyDelete
  113. betul tu siminang...nampaknya the owner blog ini tidak tahu erti hormat...erti kata lain tiada budi bahasa......

    ReplyDelete
  114. emm macam blog ni tiada kesudahannya..semakin panas dan hangat macam goreng pisang

    ReplyDelete
  115. saya simpati dengan penulis blog ini dan tok-tok dalang di sebalik blog ini...PRU13...biasalah, jatuhkan orang lain untuk mengangkat diri sendiri yang uzur dan tak mampu...

    ReplyDelete
  116. setahu saya pembangunan yang dibawa Musa Aman adalah perkara terpenting bagi rakyat Sabah. Apa yang ada di depan mata, itulah yang dipercayai rakyat. Apa yang berlaku di belakang tabir, itu sukar dipercayai kerana tiada hitam putih!

    ReplyDelete
  117. di sabah pula 1borneo adalah shopping komplek terbesar di borneo..haha Siapa punya pemimpin, Datuk Musa Aman jua kan..

    ReplyDelete
  118. tengok tu, datuk Musa Aman merancang sabah dengan baik dan tidak menumpukan semua di bandaraya kota kinabalu tetapi di persekitarannya seperti Putatan, Penampang dan juga area menggatal. betapa bijaknya pemimipin kita datuk Musa Aman dengan orang-orangnya.

    ReplyDelete
  119. jawapan kepada kenapa ramai pihak yang ingin memburuk2kan Musa Aman ialah... mereka tidak mampu bersaing cara sihat dengan MA dan tidak mampu melakukan apa yang MA boleh lakukan. oleh sebab itu mereka menggunakan cara kotor ini untuk menjatuhkan beliau.

    ReplyDelete
  120. mana2 pemimpin yang menggunakan cara kotor untuk mendapatkan kerusi KM menunjukkan kepimpinan yang bakal beliau bawa juga bersifat kotor.. jika ini berlaku, sabah dan rakyat akan berhadapan dengan bencana yang lebih teruk dari sebelum ini.

    ReplyDelete
  121. kita mempunyai badan perundangan untuk menentukan seseorang itu bersalah atau tidak. apa juga keputusan mahkamah sepatutnya tidak dipertikaikan diluar mahkamah kerana itu juga satu kesalahan..

    ReplyDelete
  122. waa.. ramai yang bersifat matang:) good2 teruskan usaha. jangan terpedaya dengan si Miss Ida ni.

    ReplyDelete
  123. Miss Ida, hormatlah CM kita k. Kalau ya pun tak suka DMA, janganlah terlalu mengutuk!

    ReplyDelete
  124. kalau 3 juta orang minta Miss Ida hormat CM, belum tentu lagi tergerak hatinya tu.. jadi biarlah masa yang akan menjelaskan segala2nya.:)

    ReplyDelete
  125. Ted Medresher said...

    jawapan kepada kenapa ramai pihak yang ingin memburuk2kan Musa Aman ialah... mereka tidak mampu bersaing cara sihat dengan MA dan tidak mampu melakukan apa yang MA boleh lakukan. oleh sebab itu mereka menggunakan cara kotor ini untuk menjatuhkan beliau.
    July 21, 2010 7:49 PM

    saya setuju sangat2 bro..kita tidak mahu pemimpin seperti ini yang tidak profesional,berkewibawaan, dsbg..berbeza dgn mereka, Musa Aman seorang yang profesional,beretika,bertindak mengikut saluran yang betul dan tidak memburuk-burukkan nama baik orang lain..pemimpin seperti Musa Aman lah yang kita mahu untuk memimpin kita..

    ReplyDelete
  126. Musa Aman, bagi saya dan ramai lagi rakyat di sabah adalah pemimpin yang berwibawa serta berkebolehan untuk memimpin kita dalam perjuangan untuk membangunkan negeri sabah...

    ReplyDelete
  127. sudah menjadi budaya di Malaysia, yang dibawah akan berusaha menjatuhkan yang diatas. mana2 pemimpin selepas ini tetap akan berhadapan dengan situasi yang sama..

    ReplyDelete
  128. ivan..

    begitulah dalam politik, akan ada usaha untuk menjatuhkan orang lain.

    ReplyDelete
  129. Fitnah, fitnah, fitnah. Hentikan fitnah serta merta.

    ReplyDelete
  130. Jangan guna tektik kotor untuk jatuhkan lawan.

    ReplyDelete
  131. No man above the law. CM respect and obey the law.

    ReplyDelete
  132. Orang no 2, no 3 sedang menunggu orang yang didepan mereka undur supaya mereka boleh mengganti.

    ReplyDelete
  133. Kalau rasa tidak puas dengan tindakan kerajaan, bawa kes ini ke mahkamah lagi,

    ReplyDelete
  134. penulis ada katakan yang isu ini akan dibahaskan di Parlimen dalam masa terdekat ini.. bila tu?? kalau betul, kita tunggu dan lihat ja hasilnya nanti..

    ReplyDelete