Monday, July 19, 2010

DULI YANG MAHA KUASA MUSA AMAN!






KUASA... Duli Yang Maha Kuasa Musa Aman menjadikan Mazu setaraf Ikan Masin yang dijemur? Gambar asal di Tapak Patung Mazu Kudat.


Betapa malangnya rakyat Sabah jika Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak dikaburi mata oleh pengurniaan Pingat SPDK yang membawa gelaran ‘Datuk Seri Panglima’ kepada Wanita Nombor 1 Negara atau First Lady dan ‘Sifat bermuka-muka’ Musa melalui jaminan ‘Fixed Deposit’ sehingga mengekalkan beliau sebagai Ketua Menteri bagi satu penggal lagi.


Jika ‘Mr Clean’ Pak Lah boleh dibeli dengan Blok L & M, diharap Najib tidak mudah lupa atau menjadi ‘Vacuum Cleaner’ seperti Pak Lah, sekalipun tidak mungkin bagi Musa membeli ‘ketegasan Najib’ dengan wang ringgit atau tawaran tanah dan balak; sekalipun tanda-tanda mula kelihatan dengan kekenduran Musa berhubung isu ‘Loji Janakuasa Arang Batu’ yang sebelum ini ditolak dua kali oleh Kabinet Negeri Sabah.


Kerakusan Musa Aman begitu ketara kerana bersetuju menyelesaikan Kes Pampasan Petrojasa Sdn.Bhd tetapi enggan menyelesaikan kes pampasan Consent Order no. K170 kerana ‘Datuk’ yang menjadi salah seorang plaintif berkenaan enggan membayar ‘komisyen’ yang diminta.


Memang agak malang, kerana terlalu lama menunggu salah seorang rakan kongsi Datuk yang menjadi Plaintif telah meninggal dunia namun Musa Aman masih mampu tersenyum enggan membayar pampasan yang diputuskan oleh Mahkamah atau dengan kata lain, Musa Aman makan bangkai orang mati!


Begitu juga dengan satu kes lain yang diputuskan mahkamah, Plaintif telah meninggal dunia dan Musa Aman enggan membantu waris yang menuntut wang pampasan yang diputuskan mahkamah kerana waris tidak sanggup memberikan komisyen kepada Musa Aman.


Kenapakah kes pampasan kepada beberapa syarikat tidak dicabar kerajaan Negeri Sabah ketika tempoh rayuan? Namun kenapa ianya tidak dijelaskan segera sehingga ternyata kerajaan negeri Sabah sebuah kerajaan yang ‘Bankrap’ jika ditolak ‘hutang’ yang wajid dibayar kerana telah mendapat ‘Perintah’ mahkamah.


Mungkinkah Musa Aman mahu mencabar Dewi Laut Mazu dan menggelarkan dirinya sebagai ‘Duli Yang Maha Kuasa’ kerana membiarkan Mazu dijemur seperti ikan masin tanpa dapat dipasang di Kudat; setaraf dengan harapan agar ‘Datuk’ Plaintif yang mendapat Consent Order ‘menyembahnya’ (termasuk menyuapnya) untuk mendapatkan pampasan sejumlah RM130 juta termasuk faedah (Award RM91 Juta)?


Dalam hal ini, apakah peranan SPRM? Menunggu anugerah ‘Pingat’ atau dapat kawasan tanah pertanian dan balak seperti Mantan Ketua Pesuruhjaya SPRM dan pegawai kanan SPRM yang mendapat pingat SPDK dan PGDK; serta Ketua Turus pegawai kanan Kerajaan yang mendapat 500 ekar tanah pertanian kerana membantu Musa Aman meletakkan kesnya dalam ‘Freezer’ sehingga diberi taraf ‘No Case To Answer’.


Jika anda tidak percaya, tanya Macai atau Konsultan Kanan Mantan Pesuruhjaya SPRM yang bernama ‘Henry Voon’ yang kini menjadi ‘VIP’ di SPRM!


168 comments:

  1. Highly hypothetical...no proof to substantiate your claims...macam baca gosip artis2 di majalah2 hiburan picisan!!

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. tuduhan yang diperkatakan terhadap KM tidak mempunyai bukti dan asas yang kukuh..harap tuduhan-tuduhan seperti ini tidak berlaku lagi..

    ReplyDelete
  4. sebenarnya tapak projek (Patung Dewi Mazu) tersebut berhampiran dengan Masjid AsySyarikin di Kudat, menjadikannya sebab kenapa pembinaan patung tersebut dihentikan dan pelbagai pihak telahpun membantah pembinaan patung itu di tapak berkenaan. jika Musa Aman meneruskan pembinaannya, disebelah pihak lagi akan membantah sekeras2nya malah perlembagaan akan memihak kepada mereka kerana Malaysia adalah negara islam. jadi apakah solution yang paling tepat jika setiap tindakan Musa Aman akan tetap berhadapan dengan bantahan rakyat?? salahkah tindakan Musa Aman menyebelahi penduduk Muslim? jika beliau meneruskan pembinaannya, mungkin sekarang ini mis ida akan menuduh beliau membelakangkan agama sendiri dan konsep negara islam..

    ReplyDelete
  5. sepatutnya plaintif tersebut yang kena berusaha untuk mendapatkan haknya, bukannya mis ida. jika Plaintif itu boleh menang di Mahkamah maka mis ida tidak perlu membantu Plaintif itu.

    ReplyDelete
  6. Jika anda tidak percaya, tanya Macai atau Konsultan Kanan Mantan Pesuruhjaya SPRM yang bernama ‘Henry Voon’ yang kini menjadi ‘VIP’ di SPRM!

    Aiii siapa la kami orang biasa mau tanya VIP... lain la miss ida..emm kenapa miss ida tidak tanya dan hebahkan apa yang henry katakan? ada bukti baru la menyengat miss ida oiii...

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  8. CE Ferdinando, ternyata kau tidak tahu latar belakang cerita dan lurah dendam Musa Aman dan menjadi pengikut Musa Aman secara melululu. Pernahkah kau ke Kelantan, Serambi Mekah yang mempunyai Patung Buddha, salah satu yang terbesar di dunia. Begitu jauhnya Masjid Assyakirin daripada tapak Mazu seperti jauh bezanya iman Chong Kah Kiat kepada Tuhannya daripada Musa Aman yang mahu menjadi Firaun dan Tuhan dengan menghina Tuhan orang lain. Kalau kau Islam, mengucaplah. Kalau kau Kristian, jumpalah Paderi atau minta ampun daripada Yesus sebelum kau dilaknat. Tugas aku membantu yang teraniaya oleh Musa Aman. yang kau sibuk kenapa?

    ReplyDelete
  9. benarkah cerita ni? bglah bukti.

    ReplyDelete
  10. Gosip, gosip... bah ambik mu..

    ReplyDelete
  11. hahaha FREE SABAHKINI, kau panas ka tu.. janganlah ba sampai tekait sama agama.. duii mcm takda bahan lain ka tu:P
    Yang lain2 tu ba, siapaun kita pro pastikan isu sensitif jangan disebut nanti karau jadinya k..

    ReplyDelete
  12. Pasal Mazu lagi, mengapa bila menyebut pasal Mazu saya terus terfikir pasl Chong Kah Kiat?

    ReplyDelete
  13. Hi IDA banyak sangat benda yang kamu tidak suka pasal Datuk Musa Aman. Terima sahajalah hakikatnya.

    ReplyDelete
  14. jgnlah kmu emosi sgt, tak baik memburukkan orang ni.

    ReplyDelete
  15. Walau apa sekalipun perkara buruk yang dilemparkan kepada KM kita, Datuk Musa Aman tetap Ketua Menteri Sabah.

    ReplyDelete
  16. Hahahah lain cara ko membantu ni miss ida... kami xnak langsung.... cua tanya kalau da orang sukung ko...

    ReplyDelete
  17. FREE SABAHKINI said...

    CE Ferdinando, ternyata kau tidak tahu latar belakang cerita dan lurah dendam Musa Aman dan menjadi pengikut Musa Aman secara melululu. Pernahkah kau ke Kelantan, Serambi Mekah yang mempunyai Patung Buddha, salah satu yang terbesar di dunia. Begitu jauhnya Masjid Assyakirin daripada tapak Mazu seperti jauh bezanya iman Chong Kah Kiat kepada Tuhannya daripada Musa Aman yang mahu menjadi Firaun dan Tuhan dengan menghina Tuhan orang lain. Kalau kau Islam, mengucaplah. Kalau kau Kristian, jumpalah Paderi atau minta ampun daripada Yesus sebelum kau dilaknat. Tugas aku membantu yang teraniaya oleh Musa Aman. yang kau sibuk kenapa?
    July 19, 2010 6:57 PM


    Aii pandai ko suru orang mengucap, yang ko 2 suda mengucap ka? Itu tudung ba...haha hebat ko kan macam ustazah oo...hahahaha mcam mana mau ajar ketam berjalan lurus ar... uits bagi dulu cermin sama c miss ida ni dia ilang cermin suda 2 hahahah

    ReplyDelete
  18. kalau freesabahkini ingin membantu yang teraniaya gunakanlah cara atau saluran yang betul. memburukkan orang lain bukan membantu namanya. selama ini KM telah berusaha menyelesaikan isu-isu rakyat di Sabah. jadi kita perlu menyokong dan menghormati usaha tersebut.

    ReplyDelete
  19. Lollipop, this is out of your context. Would you mind your business for god's sake?

    ReplyDelete
  20. Miss IDa, janganlah kaitkan agama nanti padah jadinya. hahaha Miss ida ini pun bertaubatlah sekali dengan kami. jom kita bertaubat sama-sama.

    ReplyDelete
  21. ada buktikah apa yang ko cakap ni miss ida? dari mana ko dapat semua sumber 'cerita kanak-kanak' ko ni?

    ReplyDelete
  22. kurang matang ko ni miss ida...sekarang ko cuba mengaitkan keagamaan dengan politik...ko ni keliru kah?

    ReplyDelete
  23. Melalui surat PMNS (S) 600-1/2/Jld. 3 (02) bertarikh 7 Julai 2006 yang diterima oleh Ketua Menteri Sabah pada 24 Julai 2006, Mufti Negeri Sabah menyatakan Muzakarah Majlis Fatwa Negeri Sabah telah bersidang pada 27 dan 28 Jun 2007 dan memutuskan;

    “Membina patung atau replika yang menyerupai makhluk bernyawa seperti manusia dan haiwan di sekitar jalan raya dan seumpamanya adalah haram di sisi syarak (Islam) untuk mencegah daripada melakukan sebarang perbuatan syirik kepada Allah serta menutup rapat ruang penyembahan berhala.”

    Sehubungan itu, melalui surat berkenaan Mufti telah mengarahkan pembinaan Patung Buddha berhampiran tapak masjid Asy-Syakirin, Kudat, hendaklah dihentikan demi menjaga dan memelihara sensitiviti umat Islam dan syiar Islam di negeri Sabah khususnya dan Malaysia amnya.

    Malaysia sememangnya mengamalkan kebebasan agama dan tidak ada halangan untuk membina patung tersebut namun kesesuaian lokasi perlu dititik beratkan bagi menghormati agama lain.. atau mungkin Mis Ida ni ada kaitan dengan Chong Kah kiat yang berdendam dengan musa aman?

    ReplyDelete
  24. memburuk-burukkan KM melalui artikel seperti ini tidak sepatutnya berlaku. gunakanlah bahasa yang sopan. hormatilah KM kita. Datuk Musa Aman telah banyak berjasa kepada rakyat Sabah.

    ReplyDelete
  25. Lagi Dt Musa dikaitkan dalam cerita dongeng ini.

    ReplyDelete
  26. "Tugas aku membantu yang teraniaya oleh Musa Aman. yang kau sibuk kenapa?"

    memang tepat tindakan Miss Ida untuk membantu yang teraniaya dan sudah tentu ramai yang menyokong tindakan yang mulia itu. tapi dari sudut mana Miss Ida membantu plaintif tersebut sedangkan secara keseluruhan jelas menunjukkan Miss Ida hanya menggunakan isu Plaintif itu untuk memburuk2kan Musa Aman. alangkah baiknya jika Miss Ida dapat lakukan seperti krew Sabahkini.net dangan menjalankan siasatan, temuramah supaya isunya lebih jelas dan terkini. jangan hanya tahu membangkitkan isu lama dan mengemaskininya dengan sedikit kesimpulan serta sedikit persoalan untuk mengundang lebih banyak persoalan.

    ReplyDelete
  27. sekiranya miss ida ingin membantu yang teraniaya janganlah menggunakan cara memburuk-burukkan orang lain. apatah lagi dengan mengaitkan pelbagai isu dengan CM. ini satu tindakan yang tidak sepatutnya dilakukan.

    ReplyDelete
  28. Lain orang lain caranya. Suka akulah. Ini Blog aku dan ikut cara aku. yang kau menyibuk kenapa? Berapa Musa Aman upah kau Ferdinando. Macam nama visaya sahaja? Jangan bandingkan Freesabahkini dengan web lucah melampau seperti Sabahkini.net yang diupah musa aman itu. Memang dia tidak guna kerana pertama kali dalam sejarah Mufti Negeri diguna untuk keluar fatwa kepada bukan Islam. Kali ini keterlaluan.

    ReplyDelete
  29. Kalau Ida ini adil, tentu bukan orang peribadi yang dikutuk, malah semua pekara yang tidak adil akan dikutuk sama sekali.

    ReplyDelete
  30. hehhehe Miss Ida janganlah marah-marah. kalau marah nanti pendek umur pula. Miss ida mestilah fikir jugalah memburukkan orang apa kesalahannya. memang miss ida punya blog, tapi blog pun janganlah terlampau memburukkan orang.hehehe

    ReplyDelete
  31. Ah sudah..macam World War 3 suda dalam blog nei..As a blogger, jangan sembarang menuduh commentors diupah. Their own opinions is their own and yours is yours. There's no need to create unwanted "warzone".

    Besides, I see there are some that doesn't quite fit in this story. Hurm

    ReplyDelete
  32. yea juga tom, mungkin itu hobi dia.

    ReplyDelete
  33. Ya ba kan langsat. Nda puas hati macam mana sekalipun, yg pasti Musa Aman tetap CM Sabah. hehe

    ReplyDelete
  34. Saya ingin juga percaya isi artikal ini tapi tiada 'point' yang boleh menyakinkan saya.

    ReplyDelete
  35. Setuju eika. Salin memburukkan dan marah2 disini takkan ada hasil juga tu.. Bgs kumpul tu bukti dan buatlah apa yg patut. Jgn saja telebih CSI da la. hehe

    ReplyDelete
  36. Ya adam. Kita patut hormati CM kita bah..

    ReplyDelete
  37. hahaha... panas pula si FREE SABAHKINI @ Miss Ida ni. Aduii ba saya tak juga benci si shafie tapi kalau btl la ko ni penyokong si shafie, alahai buruklah nama baik si shafie.. mcm mana juga dia boleh ada penyokong emo mcm ko ni. hahaha

    ReplyDelete
  38. Memang lah blog ni ko punya tapi agak2 la ya... Tunjukkanlah sikap matang dan profesional tu. Biar perangai & tutur kata tu secantik orangnya(mcm dalam gambar), baru cun :)

    ReplyDelete
  39. Miss Ida, kmu sepatutnya mengeluarkan kenyataan yang positif. tak baik burukkan orang lain.

    ReplyDelete
  40. setiap orang ada pendapat masing-masing. mis ida perlulah menghormati pendapat orang lain pula. tak baik marah-marah.

    ReplyDelete
  41. Miss Ida, banyak lagi benda yang berfaedah dapat miss Ida lakukan dari terus memburukkan orang. sudah-sudahlah k.

    ReplyDelete
  42. "Jika anda tidak percaya, tanya Macai atau Konsultan Kanan Mantan Pesuruhjaya SPRM yang bernama ‘Henry Voon’ yang kini menjadi ‘VIP’ di SPRM!"

    bukan kami yang patut jumpa mereka ini. Miss Ida yang patut jumpa mereka menanyakan perkara sebenar supaya tidak ikut suka hati dia saja mahu cakap bukan-bukan.

    ReplyDelete
  43. hahaha...Nampaknya Miss Pundan merajuk dengan komen si Ace Ferdinando..Kalau salah tue, mengaku sahaja lah Miss Pundan.

    ReplyDelete
  44. rasanya tak salah komen-komen yang diberi. semua tak setuju dengan cerita-cerita yang tidak mempunyai bukti yang kukuh. apa-apa pun kita jaga bahasa kita, jangan sampai menggunakan perkataan yang tidak sepatutnya. kan kita dah diajar untuk berbudi bahasa. TQ

    ReplyDelete
  45. Seems to me the blogger couldn't accept constructive criticism very well and decided to become defensive or worse lash back at the commenter. My advice, learn from the criticism and strive to improve.

    ReplyDelete
  46. Agree with Ace Ferdinando. I think FREE SABAHKINI should learn the proper steps of conducting an investigation from Sabahkini.net. This blog clearly doesn't undergo a proper step of investigation and research on the matter the blogger wants to write. I find it difficult to believe this post completely especially when it is written by an emotional writer.

    ReplyDelete
  47. Ms Ida just an icon to make people believe that she is she!!! I doubt the person behind this..is a women hahahaha...entah-entah gentlemen-gentlemen yang ada niat nak jadi next CM

    ReplyDelete
  48. hairan bin ajaib, semua benda yang dicakap dalam artikel yang tersebut di atas menunjukkan seolah-olah si penulis blog atau 'orang di sebalik Ms Ida' ada agenda tersendiri untuk jatuhkan CM

    ReplyDelete
  49. just nak tahu yang betulkah apa yang dicakap dalam artikel ni?? atau dalang di sebalik Ms Ida (identiti yang dicipta) ikhlas membawa bloggers percaya dengan kesalahan Musa Aman?

    ReplyDelete
  50. If you can't accept constructive criticism, then don't blog. Dalam berblogging, perlu ada etika juga.

    Anyway, sepakah Plaintiff yang dimaksudkan tue? Hairan. Macam2 manusia sekarang.

    ReplyDelete
  51. Politik dan agama tidak sepatutnya dicampur. Kedua-dua isu ini adalah sensitif, kalau digunakan dengan cara yang tidak betul, buruk padahnya.

    ReplyDelete
  52. saya setuju dengan ace, lisa.. itulah yang sepatutnya dilakukan untuk menyalurkan maklumat yang terkini dan boleh dipercayai..

    ReplyDelete
  53. betul tu Jonny, sebaik2nya elakkan sebarang yang menyentuh sensitiviti masyarakat. takpa.. mis ida dan semua commentators teruskan sumbangan sebab banyak juga yang boleh dikongsi..

    ReplyDelete
  54. mis ida mungkin mempunyai pendapat sendiri. tapi apa yang penting sebenarnya adalah bukti dan fakta yang tepat dan bukannya tuduhan tanpa berdasarkan emosi..

    ReplyDelete
  55. Siapa kah yang berada dibelakang Miss Ida?

    ReplyDelete
  56. Saya rasa ramai ingin tahu siapa di belakang Miss Ida ini.

    ReplyDelete
  57. miss ida ni memang melampau...kalo ya pun, jangan lah sampai memburukkan nama orang lain...kalo salah, tunjukkan bukti yang kukuh dan benar...

    ReplyDelete
  58. zaimi, ni miss ida ni kurang matang...dia x dapat terima kritikan walaupun kritikan tersebut adalah betul dan membina...dia memburuk-burukkan nama baik musa sesuka hati tanpa bukti serta fakta yang benar dan boleh diterima..saya rasa lah kan ada betulnya apa yang si Bi katakan...

    ReplyDelete
  59. bagi saya, semua artikel yang ada dalam blog ni adalah bertujuan untuk memburukkan nama baik ketua menteri kita..walaupun kita bebas untuk menyatakan pendapat kita namun biarlah berdasarkan dengan fakta serta bukti2 yang sahih...diharap miss ida dapat menerima kritikan ini...

    ReplyDelete
  60. Miss Ida, Miss Ida.. entah apa juga yang ko tak puas hati sama CM kita ni.

    ReplyDelete
  61. Saya mahu juga tau kenapa ko beriya-iya burukkan CM kita ni. Cakap tu biar berasas & ada bukti ba, baru ngam..

    ReplyDelete
  62. Saya harap Miss Ida buatlah apa yang patut. Kita ada hak utk cakap apa yg kita suka tapi agak-agak juga la ya..

    ReplyDelete
  63. Kalau mau bikin blog dan kasi chance orang komen, buka hati dan terima komen-komen yang tidak menepati kemahuan kamu.

    ReplyDelete
  64. Nama Musa sudah buruk. Tidak payah diburukkan memang buruk. Daripada 3 juta orang yang ada di Sabah, belum tahu 300 orang yang suka Musa melainkan yang membodek musa dalam blog ini.

    ReplyDelete
  65. yup, memang betul nama beliau sudah buruk.. tapi yang bestnya MA jenis orang yang cool n steady ja.. bukan mcm pemimpin lain yang terus melenting dan tidak kurang juga yang minta org bawahan tlg jwb semua kritikan/tuduhan. dia tidak perlu layan isu2 ini sebab masih banyak isu2 yang lebih penting dari ini.he

    ReplyDelete
  66. dalam 3 juta orang di Sabah hanya 300 sahaja yang tidak suka dgn MA.. haaa tu barulah fakta..

    ReplyDelete
  67. hahaha dalam 3 juta miss iDa cakap hanya 300 orang. adui nah.. salah itu. dalam 3juta orangkan miss Ida, cuma mungkin 300 orang yang tidak suka dia termasuklah miss ida sendiri. jadi ada 299 orang lagilah.

    ReplyDelete
  68. Miss Ida ini, macam mana miss ida tahu pula nama musa aman buruk ini??punya cantik nama dia itu, Datuk Musa Aman..senang diingat dan orang yang baik.

    ReplyDelete
  69. masih ramai lagi yang menyokong Musa Aman.

    ReplyDelete
  70. Kalau nama musa suda buruk, kenapa masih ramai penyokongnya?

    ReplyDelete
  71. FREE SABAHKINI said...
    Nama Musa sudah buruk.Tidak payah diburukkan memang buruk....
    July 21, 2010 5:15 PM

    Then what's the point of you blogging??

    ReplyDelete
  72. walau pun ada pihak yang cuba memburukkan nama Datuk Musa tetapi rakyat Sabah masih percaya dengan Datuk Musa. Sebab itulah sampai sekarang ni Datuk Musa jadi KM Sabah..

    ReplyDelete
  73. Lisa: Your comment paling epic I've ever read. Awesome comeback comment.

    I gotta agree with you. What's the point in blogging if Miss Ida knows Musa's name had been mud-sling enough by "traitors" and those hypocrites?. Bleh..lame..

    ReplyDelete
  74. Beh..I thought this story about Mazu has been buried and not to be out again. Masih ada lagi...Hurm..

    ReplyDelete
  75. Hey chick, don't play with fire or else you will be burnt down.

    ReplyDelete
  76. Miss Ida tidak ada idea sudah itu. tu pasal dia cakap macam itu. Miss Ida tolonglah sedar diri itu macammana. sedarlah dari tidor mu..

    ReplyDelete
  77. Richard said... July 22, 2010 12:06 AM

    normally, as a writer they will find the latest stories, but she(Miss Ida)find the old stories. ??

    ReplyDelete
  78. "It" (the blogger) intention is to revive the old stories to further brainwash the readers. Unfortunately for "it", the readers here are smart enough to know that most of the stories here are being exaggerated.

    ReplyDelete
  79. Not forgetting to mention, lack of solid proof.

    ReplyDelete
  80. Nama Musa aman takkan buruk.. Sebab tu orang mcm Miss Ida ni berusaha memburukkan nama baik Musa Aman. Namun jgn risau, hal tu takkan berlaku. hehhehe

    ReplyDelete
  81. Bawa-bawalah berehat ya Miss Ida. Dah ada bukti baru lah kau berabis semula pertahankan idea ko yang tiada-tiada ni. hehhe

    ReplyDelete
  82. miss ida..bangun dari tidor. jangan bermimpi lagi mahu burukkan Datuk Musa Aman.

    ReplyDelete
  83. Jangan lagi berfitnah, dosa besar.

    ReplyDelete
  84. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  85. Kurt said...

    Not forgetting to mention, lack of solid proof.
    July 22, 2010 9:57 PM

    im totally agree with you bro..no need to believe this kiddo bedtime story...

    ReplyDelete
  86. saya pasti rakyat tahu membezakan apa yang benar dan palsu mengenai khabar2 angin yang disebarkan oleh mis ida berkenaan dengan ketua menteri kita...

    ReplyDelete
  87. Biarla bah si Miss Ida ni. Tak payah percaya ceritanya.. Baca ja untuk rehatkan minda.. hehhee

    ReplyDelete
  88. Betul mike. Rakyat cukup matang buat penilaian. so lantaklah apa yg Miss Ida mo fikir pasal Musa Aman kan. Yg penting sabahan tahu Musa Aman adalah CM yg terbaik. hehhee

    ReplyDelete
  89. Saya harap gosip ni akan reda cepat. Boringlah!!!

    ReplyDelete
  90. Ya hentikan gosip yang tidak berasas ini.

    ReplyDelete
  91. Banyak yang berkata dalam blog ini Musa Aman CM yang terbaik.Ada kata mempunyai 'excellent rec ord'.Saya nak tanya dari mana dapat fakta ini lol.Jangan lah pujian itu melampau.Bagi saya CM sekarang ini yang paling teruk.Nampak tak keluarga'Aman family' yang paling sombong,temberang dan gaya macam Sabah ini mereka yang punya.Si pakcik jadi mayor KK,si ipar jadi Pengerusi Lembaga UMS,si anak buah jadi CEO,IDS iaitu Badan Think Tank kerajaan,si Menantu jadi Pengerusi SEDCO,si adik jadi Menteri luar dan si abang Pengerusi Sabah Times.
    Nak tambah lagi.Dimana CM yang bolih tanding keluarga Musa Aman.

    Tak lama lagi bos korang di pejabat pun dari keluarga Musa Aman juga.Janganlah nak bela sangat orang ini tak berbaloi kut.Tanah Sabah dah habis lenyap,sapu bersih olihnya,projek beratus juta dan kecil pun habis digasak olih keluarganya.Itu pun nak kata CM terbaik,excellent record?Bila lah rakyat nak buka mata.

    Dalam keadaan sekarang ini kita patut menuntut seorang CM yang telus,bersih,amanah dan mesra rakyat.Bukan seperti CM sekarang ni hanya lulusan Senior Cambridge tapi ada MBA pula.Hairan kenapa First degree tak ada.

    ReplyDelete
  92. KM mesti bersih, telus, berintegriti, amanah, adil, berkemampuan, berjiwa rakyat dan rajin.

    ReplyDelete
  93. Mungkin Kerajaan Negeri masih lagi cari tanah yang sesuai untuk diganti.

    ReplyDelete
  94. Well, Indahme..sebenarnya kalau ada Diploma dan terus bekerja lama ambik MBA tiada masalah. ramai yang tiada first degree tetapi dia ada Diploma dan Master. syaratnya ialah dia kerja lama dan ada pengalaman..dapatlah dia ambik Master tanpa first degree..

    tulah jangan suka tuduh2 kalau tiada asas..

    ReplyDelete
  95. Aikk..300 daripada 3 juta tidak suka Musa Aman? populasi penduduk sabah sampaikah 3 juta?

    ReplyDelete
  96. @Hulubalang

    Musa Aman ada Diploma ka? 'Shortcut degree' banyak,PHD pun bolih ambil berasaskan pengalaman kerja.Banyak di Amerika kut.

    Tak tau ke populasi Sabah 3 juta? Yang tidak suka Musa Aman 2.9 juta bukan 300 lol.

    ReplyDelete
  97. Indahme>

    salah itu, 3juta sokong Datuk Musa Aman di sabah. 0 orang yang tidak suka. Mungkin yang tidak suka beliau itu adalah bukan orang sabah.

    ReplyDelete
  98. Berjasa Kepada Rakyat.. Inilah yang sesuai untuk Datuk Musa Aman. Beliau yang telah banyak berjasa kepada rakyat sabah dan membangunkan sabah. Jasa beliau haruslah kita ingati selalu.

    ReplyDelete
  99. There is no accurate statistic to know the numbers of Musa supporters or non supporters. Don't argue over small matters.

    ReplyDelete
  100. kita tengok Sabah dah makin maju berbanding dulu. pentadbiran CM telah berjasa dalam membangunkan Sabah. sebab itu lah rakyat menyokong Musa.

    ReplyDelete
  101. indahme..

    Musa Aman adalah antara KM sabah yang terbaik, lihat Sabah sekarang, byk perubahan berbanding dulu, pembangunan semakin pesat, bilangan PTI semakin berkurangan, kadar kemiskinan dpt dikurangkan. pendidikan anak2 sabah semakin baik.
    berkenaan dgn jawatan yang dipegang oleh keluarga Musa Aman, tak perlulah nak pertikaikan, mereka mmg layak mendapatnya.

    ReplyDelete
  102. Indahme, kalau ada 100 kebaikan dan 10 keburukan, yang 100 ko tolak dan yang 10 ko jadikan pertimbangan. maknanya ko pun sama2 teruk.. sebab mustahil ko tidak pernah buat salah.. kami bukan membela, cuma tidak mahu sikap memburuk2kan pihak lain dijadikan amalan. kalau amalan ini diteruskan, siapa2 yang ganti KM pun tetap menerima nasib yang sama.

    ReplyDelete
  103. ya.. apa yang dikatakan tombolo tu benar, sabah semakin membangun sekarang semasa pentadbiran Musa Aman.

    ReplyDelete
  104. Permainan nombor disini. Tapi memang betul juga kalau penyokong DMA lebih ramai dari yang tidak sokong, dalam semangat demokrasi, DMA patut meneruskan karier politiknya sebagai KM.

    ReplyDelete
  105. Ramai yang sokong MA dibanding dengan yang tidak sokong.

    ReplyDelete
  106. Saya geli hati bila ada yang mengatakan pentadbiran Musa Aman membawa banyak pembangunan.Kenapa rakyat Sabah masih lagi hidup dibawah paras kemiskinan dan Sabah pula Negeri termiskin di Malaysia.Sabah juga mempunyai taraf kemiskinan yang tertinggi di seluruh Negara.Musa Aman sudah jadi CM 7 tahun dan ini kah akibatnya?Kerana banyak bangunan baru bukan bererti rakyat hidup mewah bahkan penuh kesengsaraan.Ini adalah seperti di Negara Philippine waktu zaman President Marcos.Cuba pergi ke Manila,bangunan berdiri indah tapi dibelakang bangunan tersebut nampak rumah rumah kayu dan atap yang buruk.Rakyat menderita dan miskin.Kalau dilihat ianya seperti gambar dua muka-yang kaya raya dan yang miskin papakadana.

    Menyentuhkan Perkara PTI sekarang ini ada lebih 1 juta.Berita terkini yang dihangatkan olih PBS,sebuah parti komponen BN bahawa mereka akan diberi 'refugee status'.Ini bererti mereka layak memohon 'Permanent Residence'di Sabah.Lepas itu pula layak jadi malaysian citizens.Buat lah andaian sendiri.Tak payah saya nak ajar.

    Menyentuh pula pasal kebaikan dan keburukan yang di bangkitkan olih seorang bernama 'Ted'.Jawapan saya adalah seperti berikut:

    Saya ini adalah orang biasa dan bukan pemimpin.Berapa kesalahan yang saya buat tidak penting kepada masyarakat.Kalau saya ada 5 isteri pun dan banyak 'girlfriend'sekalipun ianya bukanlah berita hangat yang orang awam ambil peduli sebab saya adalah rakyat biasa.Saya buat 1000 kesalahan pun orang tidak kesah atau ambil peduli kerana itu bukan lah satu berita hangat kepada mereka.Cari reporter untuk siarkan pun susah kerana mereka tidak minat.Sayang 'space' surat khabar saja.Siapa mau baca pasal saya rakyat biasa,tidak ada pangkat dan kedudukan.

    Lain pula kalau seorang pemimpin apatah lagi seorang CM.Tak perlu banyak kesalahan,1 dah cukup.Ianya akan dijadikan satu berita hangat di TV dan akhbar.Pemimpin itu akan di kejar sana sini olih reporter untuk mengulas perbuatan beliau.Apa yang saya mahu sampaikan kepada saudara ialah seorang pemimpin rakyat tidak harus membuat sebarang salahlaku.Sekiranya ada dia patut 'resign' sebagai 'gentleman'.Tak payahlah tunggu siasat bukti.Kan sendiri tau kesalahan sendiri.Banyak pesalah yang dihadapkan kemahkamah terlepas dari hukuman kerana kurang bukti.Mereka terlepas on 'technicalities glitch'.Tapi adakah mereka betul tidak bersalah?Banyak orang yang makan rasuah di negara ini masih bebas dan hidup mewah kerana SPRM tidak mempunyai bukti untuk menangkap mereka.Rakyat hanya gunakan mata untuk memandang dan nilai sendiri sekiranya gaji bulanan pemimpin itu cukup untuk mereka hidup seperti Bill Gates.Betul tak?

    Kalau Musa Aman mempunyai 100 kebaikan dan hanya 1 keburukan ianya cukup untuk beliau letak jawatan.Tak payah tunggu banyak banyak keburukan nanti teruk negeri ini pula.Inilah bezanya diantara seorang pemimpin dengan rakyat biasa.Rakyat biasa banyak keburukan,tak apa.Pemimpin pula lain,kerana dia dibayar gaji kerajaan dan diberi banyak keistimewan dan kuasa,hanya satu kesalahan,'OUT YOU GO'.No tolak ansur.

    ReplyDelete
  107. tp bagaimanapun cerita2 mengenai musa aman ini blum tantu benar ka tidak, ia cuma kabar angin. takkan kerana kabar angin ni saja nak letak jawatan.

    ReplyDelete
  108. "..Sekiranya ada dia patut 'resign' sebagai 'gentleman'.Tak payahlah tunggu siasat bukti.Kan sendiri tau kesalahan sendiri.Banyak pesalah yang dihadapkan kemahkamah terlepas dari hukuman kerana kurang bukti.."

    bukan tugas pesalah membuktikan yang beliau bersalah, tapi tugas mahkamah yang membuktikan yang beliau adalah bersalah. jangan disebabkan tidak ada bukti maka Indahme mengharapkan supaya orang itu bersikap 'gentleman' semata2 untuk mengakui kesalahannya. jangan gantikan bukti dengan 'gentleman' kerana kedua2nya sangat jauh berbeza. Indahme sendiri tahu mereka terlepas disebabkan kekurangan bukti, jadi lebih baik Indahme dan penulis blog ini bersungguh2 mengumpulkan bukti untuk membantu SPRM daripada bersungguh2 meyakinkan orang awam yang kononnya beliau benar2 bersalah.

    jangan mendesak orang yang kamu tuduh bersalah itu supaya menghukum diri sendiri..

    ReplyDelete
  109. tidak logik jika kucing gagal tangkap tikus, tapi yang disalahkan tikus.. sepatutnya yang disalahkan dan diberikan latihan adalah kucing. oleh itu, jangan salahkan Musa Aman kalau mahkamah tidak dapat membuktikan yang beliau bersalah. sepatutnya Indahme salahkan mahkamah atau minta penulis blog serahkan segala bukti yang ada untuk membantu mahkamah. bukannya memaksa Musa Aman menghukum dirinya sendiri.

    ReplyDelete
  110. ya.. Musa aman belum dibuktikan bersalah pun, kenapa dia perlu letak jawatan jika tak bersalah.

    ReplyDelete
  111. Miss Ida sudah menyabitkan kesalahan DM di dalam freesabahkini.

    ReplyDelete
  112. duli yang maha kuasa ida miss.

    ReplyDelete
  113. indah me..
    bukan orang tidak mau percaya dengan apa dikatakan cuma memang tida bukti pun..macam-macam cerita yang ditimbulkan tapi tiada bukti..

    ReplyDelete
  114. Betul bah. Macam ada orang bilang nampak ufo, kalau sekadar cakap, apa pun boleh dicerita. Betul tidak dia sendiri yang tahu.

    ReplyDelete
  115. Bicara di mahkamah tanpa bukti, kena halau hakim nanti. Fitnah sesuka hati, jaga-jaga kena 'sue'.

    ReplyDelete
  116. Kadang-kadang ada gambar sebagai bukti pun orang tidak percaya.

    ReplyDelete
  117. confirm yang Ms Ida bukan Ms Ida...dalang disebalik blog..sedihnya lah...

    ReplyDelete
  118. PRU13...susahlah mau picaya cerita pasal Musa Aman ni...betulkah? bukti mana...kalau cakap air liur saja..susah juga mau picaya..

    ReplyDelete
  119. apa yang mau gaduh2 pasal Musa Aman ni..

    ReplyDelete
  120. cukuplah..malas sudah saya dengan cakap-cakap kosong dalam blog ni. tak sudah-sudah cakap pasal dosa Musa Aman. sendiri punya dosa belum tahu lagi...

    ReplyDelete
  121. sdah2 lah nk burukkan orang ni.. baik cerita pasal perkara yg baik2.

    ReplyDelete
  122. haha, betul tu jungle.. mau jaga dosa orang tapi dosa sendiri tidak terjaga..

    ReplyDelete
  123. Dosa ini macam macam.Dosa kepada Tuhan.Dosa kepada Ibu/bapa.Dosa kepada isteri/suami.Dosa kepada kawan.Dosa kepada rakyat.

    Dalam politik seorang pemimpin itu akan berdosa kepada rakyat,setelah dipileh terlibat pula dalam gejala rasuah,nepotisma,kronisma dan lain lain salahlaku.Mat Salleh kata,'You have failed the people,betray their trust and therefore failed in discharging your duties as required of you as a leader by indulging in improprieties such as corruption,nepotism and cronyism'.Siapa makan cili dialah rasa pedas.

    ReplyDelete
  124. tidak semua pemimpin terlibat dalam salahlaku!

    ReplyDelete
  125. indah me..
    memburuk-burukkan orang lain tanpa bukti juga dosa kan? jadi berhentilah memburuk-burukkan orang lain k.

    ReplyDelete
  126. Hai, selamat bertemu kembali. saya baru kembali dari bercuti dan belum mau berkarya lagi. Cuma ingin melihat kerancakan semua rakan kita berhujah. Bravo Indahme yang dapat mematahkan hujah Ace Ferdinando. Kalau semua tak percaya, kita serah kepada HUKUM KARMA. Sehebat Firaun akan mati juga. Sebelum anak cucu anak negeri sabah kencing di Kubur Musa Aman, ada eloknya beliau meletakkan jawatan kerana muka tak tahu malu. wang yang ditangkap di Hong Kong adalah wangnya. Orang utan di Imbak Canyon pun tahu musa simpan wang di Hong Kong. Itu pengkhianat namanya. Saya ada bawa rahsia baru dari Hong Kong tentang Musa Aman. He he he nanti kita bincang. Byeee

    ReplyDelete
  127. baru balik bercuti ke? kan bgs kau cuti ja trus!

    ReplyDelete
  128. rahsia apa kau nak bawa ni? klu tak ada bukti tak perlulah nk tunjukkan.

    ReplyDelete
  129. @Supra,

    Kenapa macam awak takut sangat Cik Ida keluarkan rahsia.Lagi pun bukan pasal awak.Dia nak buat pendedahan kepada seluruh rakyat Malaysia bukan awak seorang saja.Ini kan blog beliau jadi dia ada hak nak buat apa juga.Kalau awak tak minat,tak mengapa kerana ada lagi 28 juta rakyat Malaysia yang ingin tahu apa cerita sebenarnya pasal Musa Aman.

    Saudara patut berterima kasih dengan Cik Ida kerana membiarkan segala tulisan awak disiarkan dalam blog nya.Sekarang macam naik kepala pula nak ajar orang buat kerja.Sekolah atap ke?

    ReplyDelete
  130. ya betul FSK, mana bukti? dan yang lebih pelik ialah anda dan kroni anda menggunakan gambar-gambar grafik yang pelik dengan muka Musa terpampang pada gambar tersebut...tidak professional dan lagilah orang-orang tidak percaya dengan apa pun yang anda tulis..

    ReplyDelete
  131. apa rahsia yang Mr FSK tu bawa...tidak sabarlah nak tahu...

    ReplyDelete
  132. Jungle,

    Masaalah lah saudara ini semua.Semua tunjuk tidak erti.Malu lah.

    Kalau belajar di Maktab atau University dalam bidang 'theatre',lakonan atau graphics,paparan mestilah dibuat mengikut gambaran yang dibayangkan terhadap sesuatu benda untuk mendapat lebih perhatian dan 'impact' pembaca atau penonton.Keberkesanan nya akan lebih menyerlah dan mudah difahami.

    Umpamanya kalau you ditulis sebagai firaun,gambar pun macam firaun lah,kalau ditulis sebagai katak,gambar pun katak lah.Ini pun tidak tahu.Tau tulis perkataan 'bukti' saja.

    Saya bukan lah dalam jurusan ini tapi 'common sense'lah.Guna pakai banyak banyak 'common sense' baru tau erti baca blog.

    ReplyDelete
  133. takpa relek dulu.. tunggu apa ole2 yang Miss Ida bawa dari Hong Kong.. mungkin dia dapat rahsia dari ICAC ni..

    ReplyDelete
  134. apa agaknya ole2 miss ida dari Hong Kong ni ya? harap biarlah ia sesuatu yang bgs.

    ReplyDelete
  135. harap ia biarlah ada fakta kukuh. jgn isi kosong ja tiada fakta.

    ReplyDelete
  136. Indahme sangat0sangat sokong dengan FSK. Barangkali Ida dan Indahme sama orangnya.

    ReplyDelete
  137. Janganlah kita mengeluarkan tuduhan yang tidak berdasar tidak kira penulis ataupun pembaca.

    ReplyDelete
  138. Jangan salahkan pembaca yang tidak sehaluan dengan web ini. Tidank semestinya mereka sokong pihak tertentu, mungkin ada yang nak tahu kebenaran.

    ReplyDelete
  139. indah me..
    adalah tidak wajar jika kita menggunakan gambar yang tidak baik untuk menggambarkan seseorang itu walaupun indah me kata ianya untuk memberikan "impact" yang berkesan. bukankah itu tidak menghormati orang lain namanya? gunakan bahasa yang baik dan orang juga akan menggunakan bahasa yang baik terhadap anda..TQ

    ReplyDelete
  140. Apakah 'impact' yang berkesan setelah gambar tersebut sudah digunakan?
    Harap Indahme dapat buat penjelasan.

    ReplyDelete
  141. @azmi,

    Saya ini bukan guru sekolah atau lecturer.'Impact' dia ialah siapa yang ada dalam gambar itu kena makan 4 panadol sekali tunggang.Faham tak?

    ReplyDelete
  142. Indahme lucu juga awak ini aa..pakar juga me sekarang ini. oooo begitukah cerita nya Indahme...mmm bagitahulah awal-awal, tapi aku tidak faham jugalah. kenapa Miss Ida macam ini pula?

    ReplyDelete
  143. kalau boleh pun bahasa itu gunalah bahasa sopan. budak-budak tadika lagi mungkin sopan dari FSK ini. so, belajarlah sopan sikit kalau boleh.

    ReplyDelete
  144. harap miss ida akan gunakan bahasa lebih bersopan. baru org suka!

    ReplyDelete
  145. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  146. jumlah semua komen 147 tapi kebanyakkannya keluar tajuk..

    ReplyDelete
  147. MAkin komen, makin jauh dari tajuk.

    ReplyDelete
  148. heloo...di TV1 tadi keluar berita tentang penulis blog yang aka dikenakan tindakan setimpal jika terlibat dalam menghina dan memfitnah!!! seramnya...hahaha

    ReplyDelete
  149. kroni-kroni disebalik topeng make up tebal Ms Ida...tak posa ke..atau he he..topeng je. topeng manusia di sebalik???

    ReplyDelete
  150. Yang saya tahu Cik Ida berani menampilkan diri nya bukan macam Jungle seolah olah pengecut yang berselindung disebalik hutan tebal.Entah manusia ka,hantu ka atau 'predator' yang hilang sekejap,timbul sekejap dan tak henti henti cari mangsa.Badan manusia tapi muka pula macam haiwan.

    ReplyDelete
  151. Tapi bukan kalau muslim strictly xboleh guna bahasa kasar ka? emm suda la bertudung, bukan mau cakap apa la tapi, paham2 sendiri la ba kan.. bukan juga mau cakap diri ni sempurna, sebab memang semua tidak sempurna tapi, tau2 la sendiri kan macam mana mau jaga nama baik...Daripada sibuk cerita pasal musa kenapa tidak cerita pasal masalah2 yang membelengu kita semua? contohnya pemungut duit parking yang dilakukan oleh budak2 pilak d kk.. setiap malam ada 2? ada siapa2 yang ingin berdepan dengan budak2 tersebut.

    ReplyDelete
  152. Bi,, saya tidak tau pula tu.. kan bagus kalau itu yang dihebohkan..

    ReplyDelete
  153. Ya ini cerita betul kalau kamu p kk di bahagian segama la terutamanya, beberapa orang budak2 asing tunggu orang masuk parking terus minta bayar...heyyy susah kan....sy xpasti la kalau ada polis yang pernah meronda dikawasan itu....

    ReplyDelete
  154. Kata Musa Aman pandai tadbir Sabah.Sekarang pandai pula meraung dan merungut.Bayar sajalah dan lepas itu ucapkan terima kaseh kepada Musa Aman kerana dibawah pentadbiran nya perkara ini banyak berlaku.Ini lah dinamakan pembangunan baru dan pesat yang mendapat pujian dari korang sekelian.

    ReplyDelete
  155. hahaha (sakit perut gualah)

    Indahme said...

    Yang saya tahu Cik Ida berani menampilkan diri nya bukan macam Jungle seolah olah pengecut yang berselindung disebalik hutan tebal.Entah manusia ka,hantu ka atau 'predator' yang hilang sekejap,timbul sekejap dan tak henti henti cari mangsa.Badan manusia tapi muka pula macam haiwan.

    ReplyDelete
  156. kau jugalah Indahme...hahahaha..bulihbah kalau kau...

    ReplyDelete
  157. macam haiwankah aku? tima kaci...

    ReplyDelete
  158. Atukkoiii siapa gia mau ka c duit sama pendatang, tambah la diurang itu manja... salah satu cara untuk dorg ini fed up di cni, jangan bagi mereka sumber untuk berkembang...

    ReplyDelete
  159. Takan la ba ko expect Datuk Musa Turun p pukul itu pilak...atukkk miagal doh sinsing.... kita pun bulih ba 2 bergabung tenaga p pukul itu pilak... ini la masalah kita ni, bergaduh sesama tapi itu pilak2 kita takut pula pukul.....saya rasa tidak guna kita bincang pasal artikel ini, baik lagi kita bincang bagaimana untuk menyelesaikan masalah yang didepan mata kita. banyak lagi rumah2 sewa yang disewakan kepada pendatang oleh urang kita sendir... tidak pandai sedar2 perbuatan tersebut mengundang lebih banyak pendatang...

    ReplyDelete
  160. itulah yang sepatutnya dilakukan Bi, pelbagaikan isu untuk kebaikan semua bukan sekadar memenuhi tuntutan emosi. tapi itu hak empunya blog, terpulang la dengan dia..

    ReplyDelete
  161. Ted, kena concern juga la kan blog macam ini... Namun biarla pembaca yang menganalisis sendiri.... tapi disini kita juga boleh membincangkan tentang masalah2 yang berbangkit... contohnya masalah PTI dan masalah2 pembangunan di sabah...

    ReplyDelete
  162. Saya geli hati bila ada yang mengatakan pentadbiran Musa Aman membawa banyak pembangunan.Kenapa rakyat Sabah masih lagi hidup dibawah paras kemiskinan dan Sabah pula Negeri termiskin di Malaysia.
    Indahme...
    kenapa baru skrg mempertikaikan pentadbiran para menteri terutama sekali MA. kenapa tidak dari dulu...jika pemimpin2 yg dahulunya telah memimpin dgn baik sekali, alangkah kemiskinan tdk akan berlaku pada masa pemerintahan MA. Kenapa Indahme tidak berfikir sepanjang2panjangnya sebelum membuat andaian. huh...CM yg ke-7 skrg la yg berjaya membuat perubahan dan bukannya menyebabkan kemiskinan dikalangan rakyat.

    ReplyDelete
  163. @Nanny,

    Dulu saya maseh bawah umur dan dilarang berpolitik.Secara kebetulan dah cukup umur Musa Aman pula jadi CM jadi itu lah sebab baru tulis sekarang.

    ReplyDelete
  164. Jadi ko la miss ida nie kan Indahme.. ko la yang tulis semua ni artikel ni kan...macam ko masuk jerat nie tau...

    Indahme said...

    @Nanny,

    Dulu saya maseh bawah umur dan dilarang berpolitik.Secara kebetulan dah cukup umur Musa Aman pula jadi CM jadi itu lah sebab baru tulis sekarang.

    ReplyDelete
  165. @Bi,

    Awak ni orang bodoh berlagak pandai.

    ReplyDelete
  166. Adeh jangan cakap bodoh2 ba ada saya cakap jahat sama ko meh???? lain ko nie tau..... adeh mana ada orang mau percaya kalau kamu sndiri bertindak jahat..... Xprofesional o ko nie di pengaruhi emosi kebencian yang datang dari setan (selalu jahat2 kan datang dari setan) opppssss jan mare yerrr.... lek ba... ko bukan kenal saya dan saya pun bukan kenal ko pun...deiiii melenting pla dia...lek ko ar gaman... kalau ko mau cari gaduh ko p cari gaduh sama PTIs... okey :) pis no war!!!

    ReplyDelete
  167. Dulu saya maseh bawah umur dan dilarang berpolitik.Secara kebetulan dah cukup umur Musa Aman pula jadi CM jadi itu lah sebab baru tulis sekarang.
    Indahme,

    hehehe...berpolitik tidak memandang umur even budak darjah 1 pun kalau pandai & pintar berpolitik dia ada hak. hahaha....makanya bila berpolitik kena renung jauh2 sebelum merumus sesuatu hal. jgn main tibai jer....uhu...nti sendiri yg malu. ba....apapun mimang aramaitie kau punya artikel yg tdk munasabah ni.hahahaha....

    ReplyDelete