Saturday, August 21, 2010

SIAPA PM, MUSA AMAN ATAU NAJIB?



Sejarah Malaysia tidak pernah mencatatkan secara rasmi bahawa Allahyarham Tun Mustapha pernah menjadi Perdana Menteri Malaysia selama sehari ketika bapa Perdana Menteri sekarang, Allahyarham Tun Abdul Razak mengalami kebuntuan menangani isu Singapura.

Begitu juga sejarah di Zaman Perdana Menteri, Tun Abdullah Badawi @ Pak Lah kerana Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman pernah menjadi Perdana Menteri Malaysia selama satu hari ketika menyelesaikan kemelut Sabah diambang pilihanraya umum Ke-12 dengan menentukan sendiri semua calon pilihanraya.

Kuasa yang diberikan Pak Lah menyebabkan Musa melakukan tindakan ‘Luar Tabii’; termasuk menggugurkan Mantan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Salleh Tun Said; Mantan Speaker DUN Sabah, Tan Sri Pandikar Amin Haji Mulia; Anak Tun Mustapha, Datu Amir Kahar dan ramai yang lain dan menggantikan dengan mereka yang mempunyai kes rasuah termasuk Datuk Musbah Jamli dan mengekalkan mereka yang mempunyai kes jenayah dan skandal seperti Datu Nasrun Datu Mansur.

Musa turut memilih seorang banduan yang baru sahaja dibebaskan daripada penjara Indonesia, Datuk Herman Mohammad dan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) yang menggunakan Kad Pengenalan Projek, Muis Picho sebagai calon pilihanraya mewakili UMNO.

Sebagai Perdana Menteri, Musa berjaya merampas pegangan Allahyarham Hendon dalam FOMEMA dan menubuhkan Gro-Warisan di Sabah untuk mengendalikan pemeriksaan kesihatan buruh asing.

Kuasa Musa begitu ketara sehingga Pak Lah tunduk kepada kemahuan Musa agar Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Ahmad Said Hamdan menutup semua kes rasuahnya dan kroninya dan menukarkan 24 jam Pengarah BPR Sabah, Puan Latifah Md Yatim (Dato’) ke Pulau Pinang.

Penasihat dan Juru Perunding Kanan Datuk Ahmad Said, Henry Voon telah memainkan peranan penting sehingga Peguam Negara dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mohd Nazri Aziz membuat kenyataan ‘No Case To Answer’ dalam semua pertuduhan rasuah dan salahguna kuasa ke atas Musa Aman.

Sebagai mengucapkan terima kasih di atas budi pekerti SPRM, Datuk Ahmad Said, Datuk Mohd Shukri Abdull dan Datuk Jamidan Mohammad dianugerahkan pingat SPDK dan PGDK oleh Kerajaan Negeri Sabah (Musa Aman).

Kini di zaman Dato Seri Mohd Najib menjadi Perdana Menteri, Musa sudah menunjukkan keangkuhannya sebagai ‘Perdana Menteri’ dengan tidak mematuhi arahan Perdana Menteri berhubung patung Kes Mazu dan Pampasan RM91 juta kepada sebuah syarikat konsesi pembalakan.

Mungkinkah Najib akan terkesima dengan pemberian pingat 'SPDK' kepada isterinya, Datuk Seri Panglima Rosmah Mansur sehingga menangguhkan keberangkatan Musa daripada kerusi Ketua Menteri Sabah dan melanjutkan tempoh Musa sepenggal lagi?.


Lebih dasyhat lagi, Musa berani memberi amaran kepada Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baru, Dato’ Abu Kassim Mohammad agar jangan berani mengganggu kroni dan proksinya seperti Nasir Yeo, Michael Chia, Andrew Lim dan sebagainya sehingga tangkapan yang dilakukan seolah-olah ‘wayang lama dengan skrip yang ditulis Musa sendiri’.

Kini tangkapan semua kroninya senyap sekalipun Dato’ Abu Kassim berani mengengkari ‘arahan Musa’ namun dua hari selepas Dato’ Abu menduduki kerusi paling panas di Malaysia itu setelah Datuk Zulkifli tidak disambung kontrak dan Datuk Ahmad Said Hamdan meletakkan jawatan lebih awal; Musa sudah memberikan amaran dan terbukti kini Henry Voon dan Hashim Lim kini menjadi Macai Musa merundingkan semua kes rasuah beliau dan kroninya agar menjadi ‘No Case To Answer’.

Benarkah Dato’ Abu Kassim kata, “Jaga baik-baik orang Datuk Seri (Musa) sendiri, jangan bikin hal dan kalau ada kek jangan makan sendiri, bagi sikit orang lain …”

Hanya Datuk Abu Kassim dan Datuk Musa yang dapat menjawabnya kerana orang yang mendengar perbualan itu sudah dipindahkan keluar daripada Ibu Pejabat SPRM Putrajaya!

Thursday, August 12, 2010

HUGUAN SIOU SELAMATKAN MUSA AMAN?


TALI HAYAT.... Berjayakah Pairin menjadi tali hayat Musa Aman yang telah mula ditolak pengikut dan rakyatnya?

Setelah Musa Aman Al-Pakistani sudah hampir disingkir Perdana Menteri kerana salah laku demi salah laku dan enggan berganjak daripada Kerusi Ketua Menteri Sabah dan masih menunggu tempoh TYT yang ada sekarang berakhir, Huguan Siou, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan memberi nafas baru dengan mengajak agar Parti Komponen Di Sabah menyokong Umno demi perpaduan dan mengekalkan semangat ‘bersatu’.

Ini adalah taktik terakhir keturunan Dusun-Pashan yang moyangnya, Gunsanad Kina menjadi pengkhianat sehingga Panglima Mat Salleh dibunuh Inggeris dan kini Musa Aman mengkhianati Sabah dengan menjual semua balak keluar Negara dan mensabotaj ekonomi Sabah melalui jenayah Penggubahan Wang Haram dan Membiayai Keganasan.

Musa sudah mengetahui bahawa beliau tidak lagi dapat mengambil hati Dato’ Najib setelah dua surat penting Najib, iaitu berhubung dengan Mazu dan Kes hutang kerajaan negeri sejumlah RM91 juta tidak dilayannya seolah-olah Najib hanya budak suruhan pejabat Musa.

Tahukah anda, Najib membatal lawatan rasmi ke Sandakan pada Julai lalu untuk program bersama rakyat dan menangguhkannya selepas hari raya kelak atas nasihat rakannya kerana Musa terpalit dengan pelbagai skandal sehingga mencemarkan nama baik Sabah dan Perdana Menteri.

Dalam keadaan nazak, karier politik Pairin sudah berada di penghujung membuatkan beliau kembali U-Turn kepada Musa yang sudah mula disingkir oleh pemimpin BN Sabah sehingga tidak ada orang yang mahu berkawan dengannya lagi, sekalipun Kroni yang telah dikorek rahsia semasa dalam tahanan reman oleh SPRM.

PBS tidak mungkin memenangi walau satu kerusi di kawasan Majoriti KDM kerana Tsunami politik PRU-13 lebih besar dan akan menenggelamkan PBS daripada politik Malaysia, termasuk membunuh dna menguburkan politik mereka dalam satu liang lahad tanpa keranda!

Saturday, August 7, 2010

MUSA AMAN, ‘ANJING’ YANG MENGGIGIT TUAN



Saudara Saudari Penyokong Musa Aman,

Saya melihat isu Mazu sebagai mencabul Fasal 11 Perlembagaan Persekutuan kerana Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu tidak membuat sebarang ‘ruling’ berhubung Mazu, melainkan masalah teknikal berhubung pertubuhan Thean How yang tidak berdaftar.

Kejayaan Musa di mahkamah bukan satu kemenangan baginya semata-mata kerana pertubuhan yang diasaskan Tan Sri Chong Kah Kiat tidak berdaftar dan tidak mempunyai locus-standi untuk mengemukakan saman terhadap semua responden.

Patung Mazu adalah masalah agama dari perspektif pelancongan dan bukannya masalah pentadbiran kerana Mahkamah tidak dapat membuat sebarang keputusan berhubung isu Mazu kerana Fasal 11 Perlembagaan Persekutuan telah memenangkan Chong Kah Kiat dan Mazunya.

Musa adalah ‘anjing yang menggigit tangan’ tuannya yang memberi makan kepadanya selama ini kerana pada 2002 dan 2003 Musa terlibat dengan Skandal Politik Wang UMNO dan hampir diambil tindakan, namun Chong menyelamatkan beliau dengan melantik Musa sebagai Menteri Kewangan dan seterusnya mencadangkan beliau sebagai Ketua Menteri Sabah.

Nasib Musa agak baik ketika itu kerana Pak Lah melantik dia sebagai Ketua Menteri ketika Mahathir sedang bercuti tetapi malang kerana Musa cepat lupa jasa Chong yang mengitar semula Musa daripada sampah ‘menjadi kertas lap tandas’ untuk dijadikan tisu menghapuskan tahi mata Pak Lah yang kuat tidur sehingga tidak sedar Musa sudah membayar bil perubatan Datin Seri Endon.

Sebagai gantinya, selepas kematian Endon, Musa rampas Fomema di Sabah dan menukar nama Fomema kepada Gro Warisan untuk mendapat untung segera yang ditakrifkan sebagai membayar hutang bil perubatan Endon.

Namun dalam hal Mazu, Musa tidak boleh perlekehkan Tuhan orang lain sehingga sanggup mempermainkan Chong yang bersusah payah melantik dan memberi kepercayaan kepada beliau sebagai Ketua Menteri sedangkan ketika itu ramai yang layak dan bersih daripada Skandal Rasuah.

Musa jangan fikir dia boleh bebas daripada ‘tulah’ Dewi Laut Mazu kerana Allah tidak pernah meletakkan sempadan untuk memperkenankan doa mereka yang teraniaya sekalipun mereka bukan Islam.

Jika Musa terus membiarkan Patung Dewi Mazu di atas tanah, nescaya dia juga akan terhempas dan berkecai tidak lama lagi sama seperti nasib yang dialami oleh Mantan Presiden Taiwan, Chen Sui Bian yang kini berada di penjara Taiwan menunggu kesnya diadili pihak berkuasa Taiwan atas tuduhan rasuah dan penggubahan wang haram serta membiayai keganasan.

Semasa Chen berkuasa di Taiwan, saling tak tumpah seperti Musa Aman yang dikatakan kukubesi, pendendam, kebal, berkuasa penuh dan mendapat sokongan besar pengikutnya; akhirnya terperosok ke dalam penjara atas kezaliman yang dilakukan kepada rakyat Taiwan; apatah lagi Musa yang lebih zalim kerana mengongkong agama dan menghina Dewi Laut Mazu.

Semoga Allah membuka hijab yang menutupi muka pengikut Musa yang terlalu fanatik dan memberi ilham kepada Datuk Seri Najib menyingkirkan Musa Aman kerana ‘pekung rasuah’ yang dilakukan Musa Aman boleh menjangkiti Kerajaan 1Malaysia sebelum ditolak rakyat pada PRU ke 13.

Salam Ramaddan.

MISS IDA

Friday, August 6, 2010

PATUNG MAZU Vs PATUNG MA SULU?





BARU-BARU ini saya berpeluang melawat tapak Patung Mazu di Kudat yang menjadi kontroversi selama ini kerana kejahilan pemimpin Sabah, terutama Ketua Menteri Sabah tentang agama Islam sekalipun menantunya, Datuk Haji Ariffin Ariff lulusan Universiti Al-Azhar.

Alangkah malunya saya sebagai seorang Islam apabila melihat komponen patung Mazu dijemur di atas tanah seperti nelayan menjemur ikan masin semata-mata kerana Musa Aman tidak membenarkan ianya dipasang dan terus menghina Tuhan penganut Mazu dengan mengulangi tawaran ‘Firaun’ agar lokasinya dipindahkan ke tempat yang lebih jauh daripada Masjid Assyikirin.

Saya malu kerana melihat Tuhan orang lain dihina Musa Aman yang bertuhankan ‘Wang’ tetapi mengaku beragama Islam sehingga memaksa Mufti Negeri Sabah mengeluarkan fatwa kepada penganut agama lain; tidak ubah seperti mengharamkan Kaum Tiong Hua makan khinzir.

Jika di Kelantan yang digelar ‘Serambi Mekah’ mempunyai Patung Buddha yang terbesar, kenapa Musa Aman mengamalkan hukum rimba seperti yang diamalkan arwah bapanya di ‘Pushtun’ yang berserban besar kerana otaknya kecil dengan melarang Patung Mazu didirikan di tapak yang asal?

Tidak pasti apa yang ada dalam kepala Musa Aman yang sudah merasakan dirinya kebal kerana menanti masa untuk menjadi TYT dan diberi gelaran Tun sebagai syarat untuk berundur; melainkan melakukan kekejaman kepada penganut agama lain sehingga mereka memandang serong ajaran dan fahaman agama Musa Pushtun yang mengaku beragama Islam sekalipun berperangai lebih dasyhat daripada Yahudi dan Komunis.



Majoriti pemimpin Islam di Kudat tidak pernah membantah melainkan Haji Harun yang dijanjikan jawatan Ketua Daerah yang menjadi dalang mencipta plot palsu bantahan umat Islam tetapi berperangai lebih ganas daripada Musa Aman kerana mempunyai Skandal dengan isteri orang.

Saya juga berkesempatan melawat Pantai Bak Bak yang diluluskan sebagai Tapak Mazu yang akan dibina oleh Kumpulan Sari Tan dan ‘penjilat pant*t’ Musa Aman, Datuk Albert Lim sebagai mempersendakan Tuhan penganut Mazu kerana mengadap Laut Sulu dan bukannya Mazu yang dibina Tan Sri Chong Kah Kiat yang membelakangi laut Sulu sebaliknya menghadap Laut China Selatan.

Sehubungan itu, sukacita saya menamakan Patung yang akan didirikan Chong Kah Kiat sebagai ‘Mazu’, manakala Patung yang akan didirikan kroni Musa Aman sebagai ‘Ma Sulu’ kerana menghadap Laut Sulu!

Tuesday, August 3, 2010

SURAT TERBUKA BUAT TUN DR MAHATHIR



Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh!

Yang Teramat Mulia Tun Dr Mahathir,

SELAKU penyokong Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak, saya memohon jasa baik Tun agar tidak mengganggu atau membayangi tugas Perdana Menteri, terutama dalam usaha memerangi rasuah selepas Tun Ling Liong Sik didakwa di mahkamah.

Saya lebih berminat dengan kes Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman yang dipalit dengan pelbagai Skandal Rasuah dan campurtangan Tun Abdullah Bodohwi telah menyebabkan Musa hampir terlepas kerana orang yang dilantik oleh beliau dan Yang Di Pertuan Agong menganggotai Jawatankuasa Penasihat dan Panel Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) telah memihak kepada Musa setelah wang bertukar tangan.

Memandangkan kes Musa Aman begitu mencemar nama baik UMNO dan Kerajaan Negeri Sabah, maka saya meminta jasa baik Tun agar tidak mengganggu tugas Datuk Seri Najib dalam usaha untuk membersihkan gejala rasuah yang gagal dibersihkan Tun selama 22 tahun memerintah Malaysia; apatah lagi kini rakan baik Tun iaitu Tun Ling Liong Sik didakwa di mahkamah.

Jawatankuasa Khas ini, terutama yang dianggotai oleh Tun dan Tan Sri menjadi platform untuk melepas dan membebaskan Musa Aman daripada segala tuduhan rasuah termasuk Skandal Wisma Bandaraya yang telah dibuktikan secara prima facie namun Peguam Negara dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri membuat deklarasi ‘No Case To Answer’.

Akibat kegarangan SPRM Sabah yang ketika itu diketuai Puan Latifah Md Yatim (Datuk), Musa telah bertindak ‘memindahkan’ Latifah daripada Sabah ke Pulau Pinang dalam tempoh 24 jam selepas rumah Musa Aman dan Kroninya diserbu pada jam dua pagi.

Tun Bodohwi dan menantunya, Khairy telah memainkan peranan untuk memastikan Musa dibebaskan daripada segala tuduhan rasuah termasuk kes Penggubahan Wang Haram dan Membiayai Keganasan yang dilakukan adik angkatnya, Michael Chia Tien Foh kerana semua wang tersebut adalah milik Musa Aman; dengan alasan wang tersebut adalah wang UMNO.

Jika usaha haram mereka ini tidak dihalang, maka saya percaya Malaysia akan malu sekiranya kes Michael Chia mula dibicarakan di Hong Kong dan sudah pastinya Sabah akan jatuh ke tangan pembangkang sekiranya Musa Aman terus menjadi Ketua Menteri dan Ketua Badan Perhubungan UMNO Sabah.

Akibat daripada petualangan SPRM dan pihak berkuasa, rakyat Sabah sudah mula berdiam diri dan ini merupakan satu petanda buruk kerana mereka tidak mengharapkan atau memerlukan BN lagi yang disifatkan sebagai ‘Pekak, Bodoh dan Sombong’ (PBS).

Oleh itu, saya meminta jasa baik Tun agar memberikan sokongan padu kepada Datuk Seri Najib memerangi rasuah dan tidak campurtangan berhubung kes Tun Ling Liong Sik dan bakal Tun Musa Aman.

Sekian, terima Kasih,

MISS IDA

MUSA AMAN GUNA IJAZAH PALSU?



BENARKAH Musa Aman yang sekadar lulusan Senior Cambridge disahkan mempunyai Ijazah Master of Bussiness of Administration (MBA) daripada University of Edith Cowan, Australia? Jika benar bila masanya dia belajar sedangkan 24 jam dia sibuk dengan perniagaan dan pentadbiran?

Mengikut sumber yang boleh dipercayai, Ijazah MBA Musa Aman memang tulen tetapi bukan beliau yang menduduki peperiksaan atau menjalani pengajian di sana sebaliknya orang kepercayaan beliau, Nizam Abu Bakar Titingan!

Alangkah berbangganya rakyat Sabah apabila mendapati Ketua Menteri mereka mempunyai MBA apatah lagi setelah membaca Biodatanya dalam sebuah portal http://www.ums.edu.my seperti berikut;

“Though actively engaged in business and politics, Y.A.B. Datuk Musa Haji Aman kept a strong desire and interest to improve his academic stature, especially in the field of business management. His commitment towards it finally paid off, when he was given the opportunity to work towards a masters degree with Edith Cowan University. In 2000, he successfully completed his graduate programme leading to a master in Business Administration (MBA).”

Dalam soal ini, apakah Nizam agen Ijazah Palsu sama seperti yang diperolehi oleh Datuk Musbah Jamli dan Datu Akjan?

Logiknya, bolehkah mendapat MBA jika Musa tidak pernah memiliki Ijazah pertama daripada mana-mana Universiti di dunia atau di bawah laut?


Mungkin benar kata orang, ada wang semua boleh dapat. Musa hanya perlu mengupah Nizam untuk menjalani pengajian MBA dan dengan muka yang tidak tahu malu Musa meletakkan kelulusan berkenaan dalam semua urusan rasmi.

Jika berita ini benar, maka saya amat malu mempunyai Ketua Menteri yang tidak tahu malu. Kita tidak malu jika Ketua Menteri kita tidak mempunyai ijazah seperti Tun Sakaran dan Tun Mustapha tetapi kita malu jika Ketua Menteri menggunakan Ijazah palsu.

Bak kata pepatah China, ‘Babipun pandai naik pokok pinang’ dan harap Musa dan Nizam tidak berperangai seperti Babi yang panjat pokok pinang dengan terus menipu rakyat Sabah.

Beranikah Nizam bersumpah? Kenapa Musa lantik Nizam jadi orang kanan dan abang Nizam, Taufik Abu Bakar Titingan sebagai Pembantu Menteri? Jika Nizam atau Taufik masih ada maruah, saya cabar mereka letak jawatan.