Thursday, July 8, 2010

SABAHKINI.NET DIBELI MUSA AMAN




SABAHKINI.NET yang mendakwa mereka sebagai laman web bebas sebenarnya tidak bebas kerana kini berada di bawah telunjuk Musa Aman yang telah membeli laman web berkenaan sehingga tidak lagi melaporkan kebiadapan Musa Aman yang rakus kuasa.

Sedarkah Anda bahawa Sabahkini.net enggan mendedahkan jenayah rasuah yang dilakukan Musa Aman iaitu dengan mengarahkan pemegang konsesi kayu balak, Michael Chia Tien Foh membayar wang setiap bulan ke dalam akaun anak Musa Aman yang ketika itu belajar di Perth Australia melalui Standing Instruction (SI) yang merupakan sumbangan tetap setiap bulan.

Bukankah ini rasuah? Kenapa SPRM berdiam? Kenapa Sabahkini.Net menyorok jenayah berkenaan? Bukankah bukti ini cuba disembunyikan Sabaahkini.net semata-mata untuk membantu Musa Aman yang bakal kecundang pada bila-bila masa saja.

Kenapa Michael Chia membiayai anak Musa Aman, dengan memasukkan wang sejumlah antara $4,000 hingga $8,000 dollar Singapura setiap bulan ke akaun Wespac Bank Perth, Australian untuk dua orang anak Musa Aman iaitu, Mohammed Hayssam dan Hazem Mubarak?



Bukankah RM10 juga rasuah? Apatah lagi dengan wang begitu banyak selama lebih lima tahun namun SPRM hanya tutup mata kerana hampir semua pegawai SPRM menerima imbuhan termasuk pangkat daripada Musa Aman.

Wahai rakyat Sabah, bukalah mata seluasnya kerana Musa Aman adalah 'Perasuah Tegar' dan sepatutnya sudah meletakkan jawatan kerana terbukti sebagai seorang penjenayah dengan tidak menjawab Surat Pengisytiharan Harta yang dikemukakan SPRM sebanyak dua kali dan sewajarnya waran tangkap dikeluarkan kepada beliau?

Bukankah menjadi kesalahan menyimpan wang di luar negara tanpa keizinan kerajaan Malaysia, apatah lagi kedudukannya sebagai Ketua Menteri dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sabah?

Jika Ketua Menteri ialah Ketua Perompak, layakkah lagi Musa Aman memerintah Sabah? Di manakah maruah semua menteri kabinet Sabah dan Adun serta Ahli Parlimen Sabah yang masih menyokong Musa Aman?

Dayusssss!

124 comments:

  1. Sabah tidak aman, Musa seorang yang aman

    ReplyDelete
  2. saya masih melihat Sabahkini.net sebagai sebagai laman web yang bebas..

    ReplyDelete
  3. benarkah sabahkini dibeli Musa Aman? ada bukti kukuh? bagaimana pula dgn website Freesabahkini yang mengaku pro Shafie Afdal. ini bererti free sabah kini dibeli oleh Shafie Afdal.

    ReplyDelete
  4. Sya rasa Miss Ida nie kekasih (or stalker maybe??) si Shafie lah..hehe..

    ReplyDelete
  5. Apa buktinya yang Musa membeli Sabahkini.net???

    ReplyDelete
  6. shafie dengan musa lagi..sudahlah tu. tidak bagus bergaduh ni sesama sendiri.

    ReplyDelete
  7. Kenapa SPRM berdiam?... sebab tiada bukti kukuh. kenapa tidak kumpulkan semua maklumat ini dan hantar ke sprm? kenapa mesti mendedahkan semua ini melalui blog sedangkan blog tidak boleh berbuat apa2 melainkan menjadi santapan pembaca?

    ReplyDelete
  8. Itu hanya persepsi individu sahaja.

    ReplyDelete
  9. Hhahaha photoshop, macam2 perangai manusia... Perempuan ni kan pandai2 saja menagapi2kan orang.... sedar la diri kalau suda bertudung, jangan sampai memalukan kaum sejenis.. ingat tu, xpasal2 kena gelar terrorist o... Mau ka????

    ReplyDelete
  10. Yang ko sibuk2 pasal sabah nie kenapa? asal sabah ka dayang oii??? Apa kaitan ko nie dengan Sabah? Masalah tau ko nie!!!!

    ReplyDelete
  11. sabah kini adalah laman web bebas, ia tak pro mana2 pihak. sabahkini juga telah digodam oleh pihak yang tidak diketahui. kenapa ia oleh berlaku?

    ReplyDelete
  12. Macam ada saja yang tidak kena. Apa-apa pun kalau perlu disiasat maka siasatlah.

    ReplyDelete
  13. "Wahai rakyat Sabah, bukalah mata seluasnya kerana Musa Aman adalah 'Perasuah Tegar' dan sepatutnya sudah meletakkan jawatan kerana terbukti sebagai seorang penjenayah dengan tidak menjawab Surat Pengisytiharan Harta yang dikemukakan SPRM sebanyak dua kali dan sewajarnya waran tangkap dikeluarkan kepada beliau?"

    apa yang terbukti pula??mana buktinya. bukti cakap kosong adalah dari Miss ida yang ntah-ntah ini.

    ReplyDelete
  14. entah2 kmu ni yang terlibat dalam menggodam sabah kini.

    ReplyDelete
  15. Kalau ada bukti, pasti tindakan dah dikenakan terhadap Musa Aman bah. Kalau setakat andaian, baik tak payah bising2 lah.. Tunggu ja next GE kalau masih tak puas hati!

    ReplyDelete
  16. Kalau Miss Ida ni cakap sabahkini dibeli Musa Aman sbb tak lagi keluarkan berita -ve pasal Musa, so freesabahkini kena beli oleh Shafie ka???
    Miss Ida ni wujud ka? atau sekadar mahu buat gimik dalam arena politik.... huhu.. hairan, ada2 ja idea orang zaman sekarang!

    ReplyDelete
  17. janganlah main tuduh kalau tiada bukti..kalau setakat cakap kosong baik diam jer...

    ReplyDelete
  18. Setakat cakap ja, aku pun boleh. Kalau berani bagilah bukti ba. Biar pihak yg bertanggungjawab handle kes ni.

    ReplyDelete
  19. Betul arnolmajbun... Mana buktinya??? sedap ja cakap yang tak baik pasal Musa... Hiaran btl oo!

    ReplyDelete
  20. Saya rasa bukan macam tu lah, lagipun kes pasal Musa tu dah banyak kali dipaparkan, mungkin Sabahkini itu dah rasa bosan, takut hilang pembaca.

    ReplyDelete
  21. dari kau saja bah tu ida. kalau kau rasa kau berhak mendapat kebenaran atas apa yang disebutkan diatas, maka tidak ada salahnya kau bawa saja la semua bukti2 tersebut direct to SPRM. setakat buat blog begini, tiada gunanya. kau juga yg stress dan menjadi dayus...hahahaha

    ReplyDelete
  22. rasanya Miss Ida ni tak wujudlah, gambar ni pun belum tentu gambar dia. rasanya laman web ini dibuat untuk melaga-lagakan Musa Aman dan Shafie Afdal ni.

    ReplyDelete
  23. Perang cyber di negeri bawah bayu makin hebat. Entah-entah nanti jadi ribut melanda alam cyber negeri Sabah.

    ReplyDelete
  24. Pembaca cuma harapkan paparan yang tetat dan berasas, tak kira ia ber 'PRO' pada siapa.

    ReplyDelete
  25. Walk the talk lady, walk the talk as my friend would say. Ada bukti, dedahkan sumbernya. Jangan disembunyikan dari rakyat kalo ini adalah benar.

    P/s: miss ida - real or just another online personality?

    ReplyDelete
  26. Sampai KM dituduh ketua perompak? Apakah buktinya? Jangan menuduh sembarangan. Fitnah itu dosa besar.

    ReplyDelete
  27. Betul tombolo. Rasanya ada udang di sebalik mee goreng ni kan. naaa, kantoi!!!!!

    ReplyDelete
  28. mungkin benar blog ini bertujuan untuk melaga2kan pemimpin. atau mungkin juga ini sebahagian dari taktik pembangkang.. biasa la kan PRU tidak lama lagi..

    ReplyDelete
  29. ini mungkin tujuan PR untuk merenggangkan lagi orang kuat UMNO dengan adanya BLOGGER ini. membuat perselisihan faham antara satu sama lain. janganlah tertipu dengan helah ini.

    ReplyDelete
  30. SabahKini dibeli oleh Musa??betul kah itu..kamu ada bukti ka tuduh macam itu.

    FREE SABAHKINI menjual Shafie..Lakukah juga Shafie itu.

    ReplyDelete
  31. sampai bilalah orang sabah mau sedar diri? musa curi kayu balak dan rampas tanah rakyatpun tidak mau sedar? saya sudah bagi bukti michael chia masukkan wang dalam akaun anak musa pun kamu orang tidak pandai percaya. kalau polis terima rm10 kena tangkap tapi musa ambil juta-juta senyap sahaja. mana sprm? Shafie is the best!

    ReplyDelete
  32. LOL..If shafie is the best (as you claimed), how come I don't see you promoting Shafie in your blog. There is still no reason why Shafie should be the next CM.
    Shafie is NOT yet the best!

    ReplyDelete
  33. masalahnya..ko kan pandai..hahaha dengan gambar macam yang ko sertakan itu, senang saja edit. kan ko memang pandai edit-edit gambar. adik aku 1tahun pun boleh buat macam itu.hahaha jadi ko gunkan kepakaran mu itu untuk menipu orang. ko sengaja edit gambar macam itu untuk meminta sedekah kasian dari orang.

    ReplyDelete
  34. Mana pula ko dapat bukti tue Ida??? Jangan2x ko edit guna photoshop. Ida kan terer photoshop...kan kan kan..Itulah sukar betul mo percaya Ida.

    ReplyDelete
  35. FREESABAHKINI DIBELI SHAFIE AFDAL
    FREESABAHKINI DIBELI SHAFIE AFDAL
    FREESABAHKINI DIBELI SHAFIE AFDAL
    FREESABAHKINI DIBELI SHAFIE AFDAL
    FREESABAHKINI DIBELI SHAFIE AFDAL

    What say you?

    ReplyDelete
  36. apa la kunun yg best sma Shafie tu ar? kalau MA kau tdk puas hati tdk kena tangkap, maka kau patut tnya SPRM la. tak kan tidak berani, tp mengutuk org berani pula. daripada mengutuk MA bagus kau promote shafie kau tu dan tgk brapa ramai yg suka.Penyokong2 MA tak payah la diperkatakan kerana memang sdh terbukti...semoga cik ida insaf seinsafnya.

    ReplyDelete
  37. Crap.She's nothing but crap.*shake head*

    ReplyDelete
  38. memang sah kamurang semua tarak baca. letak kepala di lutut. bukti sudah banyak didedahkan oleh ahli parlimen di parlimen tetapi ketika itu Pak Lah pengecut dan tidak berani buang musa kerana musa tolong settle bayaran perubatan Datin Seri Endon. Kalau tidak percaya kenapa dia dapat rampas Fomema jadi Growarisan di Sabah? akai tarakkah kamurang?

    ReplyDelete
  39. hahahaha.. FREE SABAHKINI, takkan panas kot :P
    Banyak macam mana sekalipun, kalau tak cukup kukuh takda makna juga. hehehe

    ReplyDelete
  40. Tapi kan, kalau lah FREE SABAHKINI ada bukti, bah tampil lah.. Kalau kukuh konpom hasilnya OK juga tu nanti. Tapi kalau setakat main tuduh2 di alam maya ja, alahai baik tak payah!

    ReplyDelete
  41. Betulkah Sabahkini dibeli Musa Aman. Boleh cuba check.

    ReplyDelete
  42. FreesabahKini, macam mana kau tau Musa Aman yang tolong byr perubatan Datin Seri Endon? kau ada kat sana ka time tu? pandai2 ja kau ni wat cerita!

    ReplyDelete
  43. His extensive business experience and expertise brought him to lend his services for the benefit of the state and the nation. At the state level, among others, he was appointed as the Executive Chairman of SEDCO, Chief Executive Officer of Innoprise Corporation Sdn. Bhd., Chairman of Innoprise International Incorporated, and Chairman of Sabah Softwood Sdn. Bhd. At the national level, Y.A.B. Datuk Musa Haji Aman led City Finance Berhad as its long standing Chairman…. actually Musa has made a lot of contributions to Sabah but the people out there only raise his mistake or weakness but never told the truth about his contributions..

    ReplyDelete
  44. mis ida ni suka hati cakap orang letak kepala dilutut. mis ida kalau nak buat tuduhan tu biar ada bukti. kalau takat cakap-cakap kosong budak tadika pun boleh buat. sebagai orang dewasa bila bercakap biarlah ada bukti dan penjelasan yang kukuh.

    ReplyDelete
  45. FREE SABAHKINI
    July 14, 2010 5:56 AM

    Just out of curiosity, where might you get your sources from? Is it reliable or did you make it up? Cause I know people like you will do anything to bring that person down. I suppose you were paid by "someone" to do that, heh?

    ReplyDelete
  46. Bitch. Don't try to manipulate the facts. You're simply a dog. Funny.

    ReplyDelete
  47. Hahahah...lucu, tapi apapun Miss Ida, Buka la tudung 2, kesian bangsa sejenis, kerana engkau semuanya telah dicop "nampak baik tapi hancur d dalam, memang mulut pun xda insurans!!!" hahahaha biasa la terrorist kan memang xdapat diubah suda!!! Biarkan minah sekor ni..nanti bila belaiu suda puas akan berhenti la beliau mengaung!!! hahaha mencari bala betul!!!!!!

    ReplyDelete
  48. Itulah dikatakan pencari nahas segala. Apa hal mau kacau orang Sabah ni? Balik la SM!Nanti semput jadinya.

    ReplyDelete
  49. Well, then I have to say, your portal is been paid by someone to spread untrue stories.

    ReplyDelete
  50. Artikel Cik IDA ini terlalu bencikan Datuk Musa Aman. Janganlah sampai macam ini.

    ReplyDelete
  51. Kenapa Michael Chia membiayai anak Musa Aman, dengan memasukkan wang sejumlah antara $4,000 hingga $8,000 dollar Singapura setiap bulan ke akaun Wespac Bank Perth, Australian untuk dua orang anak Musa Aman iaitu, Mohammed Hayssam dan Hazem Mubarak?.

    Cik IDA telah buat kesilapan, kan Datuk Musa Aman berkemampuan buat apa pula suruh Michael Chia membiayi kedua-dua anak Datuk Musa Aman di Australia tu. Ini tidak logik lah...

    ReplyDelete
  52. Memang kata pepatah, pilih-pilih langsat, terpilih pula yang bangsat. Memang bangsat betullah Langsat ini kerana ketika itu tahun 2005 lah bongok. Masa itu Musa Aman baru dua tahun jadi CM. Semua Michael Chia biaya. Sekarang jangan cakaplah memang dia banyak duit krn michael chia yang kayakan dia. ada akalkah langsat yang bangsat ini?

    ReplyDelete
  53. saya tak faham pun apa yang ida ni bagi tau..semua orang tak sokong cik ida sebab cik ida cakap tanpa bukti..masih tak sedar lagi ka semua orang tak suka dengan kenyataan cik ida..

    ReplyDelete
  54. walauweh...hebat betul la cik ida ni tau. semua dia tau psl CM. agak2nya source dia ni reliable kah tdk? biar memilih langsat yg ptg langsat bukan sembarang langsat tp langsat yg pndai memimpin dan tdk memburuk2kan org lain. apa peduli MChia, either dia yg kayakan MA atau tdk...itu diorang punya hal. yg ptg kejayaan MA utk menerajui pembangunan di sabah amat memuaskan dan tdk setanding CM2 terdahulu. apa boleh buat la cik ida kalau semua menyokong MA pun, mesti cik ida stress kan.hahahaha....dari kau sja bah tu

    ReplyDelete
  55. nabil raja lawak cakap.lu fikirlah sendiri..kebenaran pla cakap..FREESBAHKINI lu p tidorlah..

    banyak ia tahu pasal musa, dia ini bukan orang sembarangan ini??/di manakah dia dapat cerita semua ini. menjadi tanda tnaya kan??

    ReplyDelete
  56. orang pilih musa sebab orang tahu dia boleh memimpin. beliau buat kerja dengan baik..jadi rakyat tiada masalah dengan beliau. janganlah lagi tuduh-tuduh kalau tiada bukti ya. orang semua ni boleh berfikir mana yang baik dan mana yang tidak..

    ReplyDelete
  57. Musa Aman sebelum jadi CM dia mmg kaya. dia tak perlulah nak minta wang dari orang lain.

    ReplyDelete
  58. Makin rancak ni... tapi rasanya Musa Aman memang terbaik.. Tengok ja la komen2 yg ada, semuanya pun tahu menilai kebaikan Musa Aman :)
    Good, good :)

    ReplyDelete
  59. I sense the owner of this blog suda memanas sampai panggil langsat as "bangsat"..

    Micheal Chia kasi supply money dengan anak2 CM? Oh really? Right. I think this source of yours either doesn't know the fact that he is rich way before he enters the political scene. It can be another way round. Ever heard standing orders? I guess you don't know that either..Bleh..

    If you are a journalist, you can be sued for slandering and defamation. But then again, you don't really care anyway as long as your "love" for Shafie Apdal is still hot, you don't care whether it's facts or truths..Yeah, keep it up and you will get "burned"..

    ReplyDelete
  60. Hahaha.. I baru noticed oo Richard. Memang sah si Miss Ida ni telampau emosi. Kalau inilah contoh sikap penyokong Shafie alahai... habislah sabah. Ini baru 1 org sudah berani cakap perkataan kasar "bongok"... aduii, ketara betul la tak layak jadi pemimpin kalau sikap penyokong nombor satu mcm tiada2. huhu

    ReplyDelete
  61. musa aman memang pengkhianat kepada rakyat sabah. sudahlah nenek moyangnya khianat kepada paduka mat saleh kini dia pula jadi pengkhianat kepada najib. celaka punya musang.

    ReplyDelete
  62. mis ida suka ja main tuduh-tuduh.semua orang tahu kemampuan musa dalam memajukan negeri sabah. beliau telah menjadikan sabah ni semakin maju. orang yang bernama pencari ni sembarang ja bagi komen.negeri kita semakin hari semakin maju, kau mau macam mana lagi?

    ReplyDelete
  63. jgnlah kamurang emosi sgt dlm blog ni.. he.. bincang baik2.. tp Miss Ida ni, napa nak juga memburukkan Musa Aman? dia kan pemimpin kita, kita seharusnya menyokong dan menghargai sumbangannya terhadap pembangunan negeri Sabah.

    ReplyDelete
  64. ni lagi sorang..apalah si pencari ni..komen tu biar lah guna bukti..kalau setakat komen gitu-gitu ja budak sekolah rendah pun boleh buat. Musa sudah banyak berbakti kepada negeri Sabah. mis ida apa yang dia sudah sumbangkan untuk Sabah? jadi tidak payah lah mau ikut-ikut mis ida tu..

    ReplyDelete
  65. kamurang??yala tidak kan kami ini hantu.memang la kami ini orang.hehe

    ReplyDelete
  66. Musa disifatkan lebih sesuai menjadi CEO nombor satu di Sabah ini berbanding Shafie kerana mempunyai ‘track record’ yang baik dalam mentadbir negeri Sabah. Sementara Shafie pula dilihat prestasinya semasa menjadi menteri di beberapa kementerian peringkat persekutuan, sering membawa kepada kontroversi dan situasi kelam-kabut kepada rakyat..

    ReplyDelete
  67. kenapa kamu pilih Shafie??bagi saya 1 sebab jasa dia yang paling besar..cepat..cepat..

    ReplyDelete
  68. kalau kita lihat tajuk artikel ini, siapa2 yang ikut perkembangkan Sabahkini tidak akan setuju kerana Sabahkini juga kerap mendedahkan kepincangan kerajaan, menteri dan ketua menteri..

    ReplyDelete
  69. Sudahlah, jangan kita menunding jari kepada sesiapa. Penulis ada pandangannya sendiri, pembaca juga ada pandangan sendiri. Bukan saya mahu membantu pihak yang mana, tapi tengoklah kamu orang, bertengkar seperti budak-budak.

    ReplyDelete
  70. toM said... July 16, 2010 6:01 PM

    tom.. saya tau jasa dia..:)
    1. masa dia jadi menteri KPDNHEP, negara menjadi kecoh kerana kekurangan bekalan diesel disebabkan pengenalan sistem kuota diesel yang tidak sistematik dan banyak cacat-celanya sehingga mengundang kepada penyelewangan sistem.

    2. beberapa negeri mengalami masalah kekurangan minyak kelapa sawit khususnya dalam paket 1 kilogram. Persoalannya ialah bagaimana Malaysia sebagai pengeluar utama minyak sawit dunia boleh menghadapi masalah kekurangan bekalan dalam negara.

    3. usaha pengwujudan Jabatan Kemajuan Luar Bandar di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar & Wilayah (KKLW) di Sabah yang menghiris perasaan rakyat Sabah secara keseluruhannya.

    tom, ko minta 1 sebab, saya bagi ko 3 sebab, yg 2 tu percuma.. :)

    ReplyDelete
  71. Bukan maksud saya jangan memberi pandangan masing-masing. Tapi juga kenalah ada batasnya, jangan asyik mengunakan ayat yang kesat ataupun nama yang tidak baik. Tak baguslah kalau macam tu.

    ReplyDelete
  72. I'm aware that the statements which u have posted in this article act as a proof of the corruption activity between Micheal Chia and Musa Aman but what bothers me is, where and how did you get the statement????

    ReplyDelete
  73. I hope you realize that we readers are not that dumb to think the statement is a real evidence. If its a real evidence, you should just hand it over to the authorities instead of wasting your time blogging it here.

    ReplyDelete
  74. byk juga jasa Shafie Afdal ni.. tp jasa nak bebankan rakyat. he..

    ReplyDelete
  75. Ramai yang inginkan bukti, Miss Ida tolong keluarkan bukti dengan apa yang anda katakan!!!

    ReplyDelete
  76. lama tak online, punya ramai da bagi komen.. Tapi semua komen pun tak menyeblahi si Miss Ida ni.. ayoo apa cerita oo Miss Ida...nampak sangat Miss Ida ni tak profesional sebab tu ramai yang tak percaya hasil tulisannya.. kesian..

    ReplyDelete
  77. Tiada bukti la ba tu Bi.. Tu lah kata-katanya ni sukar dipercayai.

    ReplyDelete
  78. Bah Miss Ida cepatlah bagi bukti. Jangan tunggu lama2, nanti lama2 penipuan mu terbongkar. hehehe

    ReplyDelete
  79. RM10 pun rasuah? Alaa...mana buktinya? Tak pahamlah...account siapa yang ditunjukkan? Kami rakyat biasa tak nampaklah...tulisan kecik cam tu..lain kali biarlah jelas dan penuh satu skrin komputer barulah NAMPAK

    ReplyDelete
  80. Ms Ida ni adalah seorang lelaki kerana dia berselindung di sebalik tudung dan bedak yang tebal dan contact lense kelabu....

    ReplyDelete
  81. Biasalah politik...PRU13. Dah dekat-dekat PRU13 ni macam2lah peluru yang dikeluarkan untuk menghentam Musa Aman...saya dapat teka di sebalik blog ini ialah.....kroni siapa?? hahaha

    ReplyDelete
  82. sudah-sudahlah tue pundan. Balik2x Musa.. ndak bosan ka crita pasal org yg sama.. mana crita pasal ko punya Shafie is the best..

    ReplyDelete
  83. Bukti ko pun tidak convincing enough....mcm mana org mo percaya ko Miss pundan.

    ReplyDelete
  84. sepatutnya waran tangkap telah dikeluarkan beberapa tahun yang lepas tapi kenapa sampai sekarang tidak ada tindakan? itu maknanya beliau tidak bersalah.. jangan plak menuduh yang beliau telah beli semua badan2 berkuasa...

    ReplyDelete
  85. nampaknya tak da yang menyokong Miss Ida, kesian!

    ReplyDelete
  86. kalau kau memburukkan orang yang baik, sapa nak sokong kau.

    ReplyDelete
  87. betul tu tombolo..kalau mis ida memburukkan orang baik, tiada orang yang mau sokong dia..

    ReplyDelete
  88. Walauapaun yang ditulis oleh Miss Ida, orang ramai tidak akan mempercayainya lagi! hal ini kerana semua yang telah ditulis oleh Miss ida hanya la berlandaskan emosi yang hanya memperlihatkan imej yang buruk. Masuk perangkap sendiri!

    ReplyDelete
  89. apapun saya yakin sabahkini tak dibeli Musa Aman.

    ReplyDelete
  90. bagi saya, kita sepatutnya berusaha untuk saling mambantu dalam membagunkan negeri Sabah dan negara. pekara seperti memburukkan pihak lain tidak perlu berlaku.harap Mis ida sedar.

    ReplyDelete
  91. Kalau pun dibeli bukti untuk menyokong anda miss Ida mana? Bagi tengo la...buat apa simpan sendiri2...

    ReplyDelete
  92. Tidak mungkin berlaku. Pakailah otak, kalau mau beli semua web yang menentang KM, berbaloikah? Mampukah?

    ReplyDelete
  93. bEGITU BESAR PENGARUH SABAHKINI SAMPAI KM MAU MEMBELINYA?

    ReplyDelete
  94. Betul kata Bi, tunjukan bukti.

    ReplyDelete
  95. saja mau ajak sabahkini berperang dengan freesabahkini supaya nama freesabahkini naik dengan cepat.. atau sebahagian dari kaedah promosi supaya FSK dapat duduk sebaris dengan SK..he

    ReplyDelete
  96. Emm atau pun dia nie c mutalib yang kena buang dari SabahKini...emmm hahaha

    ReplyDelete
  97. Musa Aman kan KAYA. Kenapa pula dia mahu si Micheal Chia membiayai anaknya?? Sot ba ko nie.. Suka2x ja buat crita yang tidak logik.

    ReplyDelete
  98. Bukti pun tidak cukup menyakinkan...Macam diphotoshopkan.

    ReplyDelete
  99. Saya rasa manalah Musa Aman mahu membazirkan wangnya untuk beli Sabahkini.net.

    ReplyDelete
  100. ni cerita dari ni free sabahkini lah yang paling tembirang...sedarlah ko...jangan memburukkan orang sedangkan diri sendiri pun buruk.....

    ReplyDelete
  101. macam2 cerita ko memburukkan Musa semata2 untuk menaikkan nama Shafie yang kini kian dilupakan oleh rakyat sabah...bolehkah kalo ko 'bercerita' tentang si shafie saja tanpa memburukkan nama orang lain?

    ReplyDelete
  102. duduk di atas memang mengundang ramai musuh...ni perkara biasa dalam politik....tapi jangan lah sampai memburukkan nama orang lain...Musa banyak berjasa sama negeri..kalo shafie, seingat saya, tiada..kalo ada, ko buat lah cerita pasal jasa nya tu...ni memburukkan orang lain...betul2 buruk perangai lah ko ni...jangan2 idola ko tu pun buruk perangai...

    ReplyDelete
  103. Sabahkini ditutup, jadi biarlah ia ditutup. Tidak ada impak langsung pada pembaca.

    ReplyDelete
  104. Jonny, masih boleh ikut perkembangan Sabahkini di http://sabahkinimirror.blogspot.com/

    ReplyDelete
  105. apa pentingnya sabahkini smpai Musa nak membelinya? Musa Aman tak perlu beli sabahkini pun.

    ReplyDelete
  106. Betul juga, apa bikin beli sabakini?

    ReplyDelete
  107. Itulah bodohnya semua penjilat dan pencacai najis musa aman. bukti yang kemukakan adalah daripada akaun sebenar Michael Chia di Singapura. Kalau tidak betul, Musa Aman mesti saman. Memang musa aman mahu beli Sabahkini.net dan hantar Ramli Marhaban runding. Hasilnya, Sabahkini.net tidak lagi mengutuk Musa Aman. he He tidak percaya tanya Ramli Marhaban.

    ReplyDelete
  108. sama2 kasih juga kasum.. waaa Miss Ida tahu semua rahsia MA.. adakah Miss Ida juga sedang menunggu supaya Ramli Marhaban datang berunding dengan Miss Ida supaya menjual Free Sabahkini untuk MA?

    ReplyDelete
  109. tapi kalau sekadar dalam blog, semua bukti2 itu tidak ada effect dengan MA malah tidak ada tindakan yang boleh diambil terhadap beliau.

    ReplyDelete
  110. macam-macam tuduhan..sama juga bukti kukuh tak da pun..sekarang ni mis ida kata "musa aman mahu beli Sabahkini.net dan hantar Ramli Marhaban runding.Hasilnya, Sabahkini.net tidak lagi mengutuk Musa Aman." buktinya mana?

    ReplyDelete
  111. Saya sudah tahu tu, Ted. Dah beberapa hari saya mengikuti blog Sabahkinimirror. Thanks anyway.

    ReplyDelete
  112. Jonny, saya ingatkan ko tidak tau.. maknanya ramai yang sudah tahu la ni kan. mungkin miss ida ja yang tidak tau.. huhu

    ReplyDelete
  113. penulis sepatutnya telah sedar dari awal lagi bagaimana respon yang bakal dia terima.. jadi persediaan untuk terima kritikan tu sepatutnya telah ada.

    ReplyDelete
  114. FREE SABAHKINI said...

    Itulah bodohnya semua penjilat dan pencacai najis musa aman. bukti yang kemukakan adalah daripada akaun sebenar Michael Chia di Singapura. Kalau tidak betul, Musa Aman mesti saman. Memang musa aman mahu beli Sabahkini.net dan hantar Ramli Marhaban runding. Hasilnya, Sabahkini.net tidak lagi mengutuk Musa Aman. he He tidak percaya tanya Ramli Marhaban.
    July 21, 2010 5:19 PM

    hairan juga saya macamana/ bagaimana miss ida boleh dapat maklumat seperti ini..setahu saya, semua maklumat siasiatan adalah sulit sehinggalah siasatan selesai dilakukan di mana pendakwaan dilakukan di mahkamah..
    hairan...hairan...

    ReplyDelete
  115. disebabkan tiada bukti yng kukuh, maka timbul lah artikel2/ blog2 yang seperti ini untuk mempengaruhi rakyat dengan tujuan untuk menjatuhkan Musa Aman bagi memenuhi kepentingan politik segelintir orang..

    ReplyDelete
  116. maklumlah dalam dunia politik...apa pun boleh jadi...yang tidak benar pun dikatakan benar seperti khabar2 angin dalam blog ini...well, pasal tu lah kali artikel2 sedemikian diklasifikasikan sebagai kahbar angin/ rumors..

    ReplyDelete
  117. mike, penulis sebenarnya salah tempat kemukakan bukti. kalau benar dakwaan ini, kenapa tidak bawa ke mahkamah kan?? kalau orang awam bacapun, apa yang dorang boleh buat? kena melalui undang2 juga.

    ReplyDelete
  118. bukti mana??hehehe tidak ada bukti tidak payahlah mahu cakap apa-apa. yang penyata ko bagi ini main edit saja. tidak mahulah. oleh itu, janglah memburukkan orang aa. kalau tidak ada kebenarannya.

    ReplyDelete
  119. bukti ada tapi tidak mahu buat laporan.. atau mungkin takut yang sebenarnya bukti itu sekadar rekaan..

    ReplyDelete
  120. inilah masalah sebenarnya ini. kalau betul kita tidak juga mahu salahkan orang macam miss Ida ini. ini cakap kosong sahaja. miss Ida sudahlah ok..

    ReplyDelete