Thursday, July 8, 2010

BERJAYAKAH ALBERT LIM TUTUP KES MICHAEL CHIA?




BERJAYAKAH Datuk Albert Lim Yu Ming, Pengarah Winterm Sdn. Bhd, Jutawan Balak Tawau yang sebelum ini telah dibebaskan daripada tuduhan merasuah Penolong Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM), Datuk Jamidan Abdullah sejumlah RM100,000 pada 18 September 2000 di Hotel Shangrila, Tanjung Aru, Sabah membantu ‘Adik Angkat Musa Aman’, Michael Chia Ten Foh menutup kes rasuah yang sedang dihadapinya?

Michael Chia yang ditangkap di Lapangan Terbang Chek Lap Kok, Hong Kong pada jam 2.30 petang, 14 Ogos 2008 oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Hong Kong (ICAC) ketika membawa wang tunai $16 juta dollar Singapura menuju Kuala Lumpur telah didakwa di Mahkamah Sesyen Sandakan bersama Lo Man Heng pada 18 Jun 2008 atas pertuduhan memperdaya Chong Siak Nyen, pemilik Peluamas Sdn.Bhd agar menyerahkan Surat Kuasa (Power of Attorney) berhubung pemilikan 100,000 meter padu kayu balak milik syarikat kroni UMNO Sabah.

Kedua-dua mereka dituduh dengan 14 tuduhan menipu dan rasuah, didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan dan dibebaskan Hakim Indra Ayub dengan ikat jamin RM20,000 dengan deposit RM5,000 setiap seorang dan dua penjamin tempatan setelah mengaku tidak bersalah.

Mengikut maklumat yang diterima, Michael Chia telah menyerahkan sejumlah RM1.5 juta kepada Datuk Albert Lim sebagai pendahuluan daripada jumlah RM3 juta yang dijanjikan untuk menutup kes rasuah yang dihadapinya bersama Lo Man Heng.

Albert Lim telah menjanjikan fail kes Michael Chia dan Lo Man Heng akan ditutup sebelum hari raya aidil fitri hanya tinggal tidak sampai empat hari sahaja lagi melalui jaminan yang diberikan oleh seorang pegawai kanan SPRM yang berpangkat ‘Datuk’.

Persoalannya apakah kes ‘81 Dalil’ yang difailkan Datuk Dr Jeffrey Kitingan terhadap Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Haji Aman yang ditarafkan sebagai ‘no case to answer’ dan ditutup Peguam Negara melalui kaedah modus operandi penyelesaian yang sama?

Jika kes Musa Aman yang dilengkapi dengan bukti berjaya ditutup, apatah lagi kes kecil seperti ini gagal diselesaikan oleh Albert Lim yang kini merupakan ikon penting di Sabah kerana berjaya menjadi pemudah cara untuk merunding kes atau menutup kes siasatan SPRM yang sedang berjalan.

Dipercayai Albert Lim menggunakan khidmat seorang lagi ‘agen khas’ SPRM iaitu Hashim Lim untuk mempengaruhi ‘sekumpulan pegawai kanan’ berhaluan kiri yang berniat untuk menjatuhkan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Ahmad Said Hamdan.

Hashim Lim sebelum ini telah 'menjual nama' Datuk Seri Rosmah Mansor dan Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak' kononnya menjadi 'Macai' kepada dua tokoh 1Malaysia ini untuk mengaburi para peniaga atau mereka yang menghadapi apa juga masalah berkaitan rasuah dan projek dengan mengenakan bayaran perkhidmatan yang 'berpatutan'.

Mampukah Albert Lim yang memiliki 'Sijil Anak Negeri Sabah' yang sebelum ini dikotori dengan isu penyalahgunaan senjata api menyelesaikan kes rasuah yang dihadapi Michael Chia dan Lo Man Heng dalam tempoh yang ditetapkan atau Ahmad Said berpeluang ‘menangkap basah’ pegawai kanan yang mempunyai agenda tersirat untuk menggulingkannya sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM?

Pegawai kanan berkenaan dikhabarkan sebelum in pernah bertugas di Sabah dan sehingga kini mempunyai hubungan rapat dengan Ketua Menteri Sabah?

Alangkah rendahnya moral dan hilangnya kredibiliti SPRM jika 'Kes Rasuah' boleh dijadikan perniagaan lumayan di zaman kemelesetan ekonomi global?

16 comments:

  1. Miss Ida, saya rasa, teknik photoshop kamu tu kenalah berlatih lagi.

    ReplyDelete
  2. kenapa pla kes ini nak dikaitkan dengan Musa Aman pla? dia tiada kaitan lah dgn kes ini.

    ReplyDelete
  3. banyak pekara yang cuba ditimbulkan oleh miss ida..tapi tiada bukti langsung..dalam kes ni Musa Aman tiada kaitan pun..

    ReplyDelete
  4. ini ibarat bercerita dengan budak-budak sajalah IDA. cerita yang tidak ada perkara yang betul dan bukti. orang cakap itu, ikut..orang cakap ini, ikut juga..kalau orang cakap binatang kancil makan harimau, begitu juga IDA akan cakap.

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. jadi IDA, kalau mahu cari bukti dulu sebelum menyatakan sesuatu..janganlah jadi macam kerbau yer..ikut kata TUAN saja. macam IDA buat inilah.

    ReplyDelete
  7. rasanya penulis juga dibayar untuk tujuan menjatuhkan semua yang disebutkan atau kononnya mempunyai kaitan dengan musa aman. sekiranya cukup bukti, kenapa tidak buat laporan???

    ReplyDelete
  8. miss ida ni sesuka hati ja nak libatkan Musa Aman dalam kes ini. apa bukti kau? klu tiada bukti jgnlah keluarkan kenyataan mcm ni.. fitnah tu.. dosa besar!

    ReplyDelete
  9. BERJAYAKAH ALBERT LIM TUTUP KES MICHAEL CHIA?. Perlu bukti yang kukuh. Siasatan terperinci juga harus dilakukan.

    ReplyDelete
  10. Tidak perlulah kaitkan perkara ini dengan Musa Aman. Siasat sajalah.

    ReplyDelete
  11. biarlah kes ini disiasat hingga selesai, tak perlulah nak wat spekulasi yang bukan2.

    ReplyDelete
  12. Bukan senang jadi Ketua Menteri. Bukan saja perlu menghadapi cabaran dari pembangkang malah perlu berwaspada pada musuh dalam selimut.

    ReplyDelete
  13. Why CM always being relate to many of this accusation? Is there conspiracy behind?

    ReplyDelete
  14. My eyes are bleeding looking at the picture. By the way, i'm not being ignorant or rude or anything but Albert Lim who? I notice also you mention Hashim Lim..Is it the same person or what? please clarify..

    ReplyDelete
  15. Siapakah Albert Lim ini? Besar juga pengaruhya sehigga mampu mempengaruhi SPRM?

    ReplyDelete
  16. begitu senangkah mau tutup kes?

    ReplyDelete