Tuesday, August 3, 2010

SURAT TERBUKA BUAT TUN DR MAHATHIR



Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh!

Yang Teramat Mulia Tun Dr Mahathir,

SELAKU penyokong Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak, saya memohon jasa baik Tun agar tidak mengganggu atau membayangi tugas Perdana Menteri, terutama dalam usaha memerangi rasuah selepas Tun Ling Liong Sik didakwa di mahkamah.

Saya lebih berminat dengan kes Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman yang dipalit dengan pelbagai Skandal Rasuah dan campurtangan Tun Abdullah Bodohwi telah menyebabkan Musa hampir terlepas kerana orang yang dilantik oleh beliau dan Yang Di Pertuan Agong menganggotai Jawatankuasa Penasihat dan Panel Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) telah memihak kepada Musa setelah wang bertukar tangan.

Memandangkan kes Musa Aman begitu mencemar nama baik UMNO dan Kerajaan Negeri Sabah, maka saya meminta jasa baik Tun agar tidak mengganggu tugas Datuk Seri Najib dalam usaha untuk membersihkan gejala rasuah yang gagal dibersihkan Tun selama 22 tahun memerintah Malaysia; apatah lagi kini rakan baik Tun iaitu Tun Ling Liong Sik didakwa di mahkamah.

Jawatankuasa Khas ini, terutama yang dianggotai oleh Tun dan Tan Sri menjadi platform untuk melepas dan membebaskan Musa Aman daripada segala tuduhan rasuah termasuk Skandal Wisma Bandaraya yang telah dibuktikan secara prima facie namun Peguam Negara dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri membuat deklarasi ‘No Case To Answer’.

Akibat kegarangan SPRM Sabah yang ketika itu diketuai Puan Latifah Md Yatim (Datuk), Musa telah bertindak ‘memindahkan’ Latifah daripada Sabah ke Pulau Pinang dalam tempoh 24 jam selepas rumah Musa Aman dan Kroninya diserbu pada jam dua pagi.

Tun Bodohwi dan menantunya, Khairy telah memainkan peranan untuk memastikan Musa dibebaskan daripada segala tuduhan rasuah termasuk kes Penggubahan Wang Haram dan Membiayai Keganasan yang dilakukan adik angkatnya, Michael Chia Tien Foh kerana semua wang tersebut adalah milik Musa Aman; dengan alasan wang tersebut adalah wang UMNO.

Jika usaha haram mereka ini tidak dihalang, maka saya percaya Malaysia akan malu sekiranya kes Michael Chia mula dibicarakan di Hong Kong dan sudah pastinya Sabah akan jatuh ke tangan pembangkang sekiranya Musa Aman terus menjadi Ketua Menteri dan Ketua Badan Perhubungan UMNO Sabah.

Akibat daripada petualangan SPRM dan pihak berkuasa, rakyat Sabah sudah mula berdiam diri dan ini merupakan satu petanda buruk kerana mereka tidak mengharapkan atau memerlukan BN lagi yang disifatkan sebagai ‘Pekak, Bodoh dan Sombong’ (PBS).

Oleh itu, saya meminta jasa baik Tun agar memberikan sokongan padu kepada Datuk Seri Najib memerangi rasuah dan tidak campurtangan berhubung kes Tun Ling Liong Sik dan bakal Tun Musa Aman.

Sekian, terima Kasih,

MISS IDA

58 comments:

  1. Beliau hanya menjadi penasihat dan saya rasa itu bukan menggangu...

    ReplyDelete
  2. Kalaupun Najib rasa tidak selesa dan melihat bahawa DR M menggangu beliau, saya rasa suda lama beliau bertindak tidak memperdulikan segala apa yang telah dikatakan oleh DR M, Tapi apapun anda berhak untuk menyuarakan pendapat anda....

    ReplyDelete
  3. sebaiknya biarlah SPRM meneruskan sisatan mengenai kes Tun Ling Liong Sik dan Michael Chia hingga selesai. tak perlu membuat sebarang spekulasi jika blum tahu kebenarannya.

    ReplyDelete
  4. betul kata tombolo. SPRM tahu tugas mereka. tak perlulah menuduh selagi belum ada bukti. nanti dah selesai barulah kita tahu semuanya. selagi belum selesai tak payahlah kita pandai-pandai nak kata orang tu bersalah.

    ReplyDelete
  5. naa.. mula suda miss ida bertindak.. tengok lah nanti macam mana hasilnya surat terbuka ni.

    ReplyDelete
  6. Yang Teramat Mulia Tun Dr Mahathir,
    kesian sudah FSK meminta kesian dari Tun kita. Harap FSK mintalah dengan ketua FSK sendiri lah. FSK meminta kesian dengan Tun M, Tun M mahu dengar jugakah dengan perangai FSK yang tidak hormat. Mungkin lepas ditolong nanti, mungkin Tun M sendiri pun akan jadi mangsa oleh FSK nanti. tidak mustahil juga kan FSK?

    ReplyDelete
  7. Syabas Cik Ida.'Berani kerana benar,takut kerana salah.'Teruskan perjuangan FSK untuk menegak keadilan.

    ReplyDelete
  8. Ya, do what you think is right...I wonder if Tun Mahathir will response to your open letter.

    ReplyDelete
  9. surat yang anda tulis ini adalah mempertikaikan segala keputusan yang telah dibuat berkenaan dengan individu tertentu. kadangkala bahasa hendaklah dijaga supaya ia mencerminkan anda mengeluarkan kata-kata berdasarkan kepada pemikiran waras dan intelek. bahasa yang tiada kesopanan mengambarkan anda itu adalah seorang yang tahu mengeluarkan kata-kata kesat tanpa berfikir dengan bijak dan oleh itu, anda tidak wajar dihormati

    ReplyDelete
  10. spekulasi tentang Musa saya lihat sengaja diperbesar-besarkan. Jika benar Musa bersalah, dia wajar dikenakan tindakan namun ia haruslah berlandaskan bukti dan kebenaran. kalau setakat cakap-cakap kosong yang tiada bukti, ia sekadar menyebarkan fitnah yang menunjukkan anda ada niat untuk menjatuhkan beliau.

    ReplyDelete
  11. Langsat,

    Tulis surat bukan bertujuan untuk minta hormat.Cik Ida tulis dengan mengunakan kata-kata yang tepat untuk memperkuatkan hujah-hujah beliau dan kesungguhan beliau terhadap perkara yang ditulis.Jawab tak jawab itu perkara kedua.Tak penting.Yang pentingnya dia menjalankan tugas nya sebagai warganegara Malaysia untuk memaklumkan apa yang beliau fikir.Ini adalah hak beliau dan tidak siapa pun bolih mempertikaikan dan mempersoalkan nya.Cik Ida hanya menunaikan kewajipan sebagai rakyat yang prihatin kepada kepincangan dalam kepimpinan dan pentadbiran Musa Aman dan beliau memohon ianya diperbetulkan.

    Niat beliau adalah niat yang murni yang bertujuan untuk membawa kebaikan kepada rakyat Sabah dengan kepimpinan yang baru.Tafsiran surat tersebut adalah menghala petunjuk kepada jalan yang benar untuk rakyat Sabah bagi memperkukuhkan UMNO/BN supaya mendapat sambutan hangat dalam GE13.

    Pemimpin boleh di tukar ganti untuk tujuan memperkuatkan parti.'Patah tumbuh hilang berganti.'Itu lah pepatah yang patut diamalkan dan dihayati oleh rakyat khasnya ahli ahli UMNO/BN itu sendiri.Jangan pula terus berpegang teguh kepada 'akar yang buruk' kerana ianya sudah tidak mempunyai kekuatan yang boleh diharapkan.

    Terpulang kepada siapa saja untuk berbeza pendapat.Pendirian saya teguh dan tetap.Kita memerlukan pemimpin baru untuk membawa Sabah kearah kecemerlangan dan kemajuan yang pesat dan bukan kemiskinan mendedah.

    ReplyDelete
  12. indah me
    tidak salah jika kita ingin menulis, tetapi penggunaan perkataan hendaklah sopan dan beradab. jika kita menggunakan perkataan yang sopan dan beradab ia mencermin keperibadian dan komitmen kita terhadap sesuatu pekara. perkataaan yang tidak sopan hanya menggambarkan emosi semata-mata.

    niat yang baik perlu disertakan dengan cara yang betul. niat yang baik jika dilakukan dengan cara yang tidak betul, maka tindakan yang dilakukan boleh menjadi salah.

    ReplyDelete
  13. Bercakap tentang keburukan orang lain tidak akan menjadikan kita lebih baik, apa yang perlu kita lakukan adalah berusaha untuk menjadi terbaik tanpa melihat keburukan orang lain kerana setiap perbuatan orang lain mencerminkan diri kita sendiri.

    ReplyDelete
  14. Jika ingin menang dalam pertandingan, jangan mencari kelemahan orang lain tetapi berusaha la untuk mencari kelebihan diri sendiri. Tingkatkan usaha untuk menjadikan kelebihan sendiri maju dan berkembang yang mampu mencabar orang lain, yang kita katakan sebagai persaingan sihat.

    ReplyDelete
  15. Indahme,
    betul itu..memang salah orang menulis surat dengan kata yang tidak sopan apa lagi kepada orang yang terhormat. sekurangnya Indahme ajarlah FSK menulis surat dengan cara betul, kan indahme ini orang yang berpelajaran tinggi. sedekahkanlah ilmu itu pada FSK. janganlah lokek ilmu.

    ReplyDelete
  16. If you want people to take your letter seriously, write it in a professional way.

    ReplyDelete
  17. Based on your picture above. How are you suppose to send your letter to Tun Dr Mahathir without an address on the envelope and a correct stamp?? Unless of course you want him to read directly from your blog which I think he couldn't be bother to read or doesn't even know this blog exist.

    ReplyDelete
  18. benarkah surat ni dihantar kepada Tun Dr. Mahathir? mcm tak ja!

    ReplyDelete
  19. sebaiknya biarlah SPRM menjalankan siasatan mereka. tak perlulah nak masuk campur dan membuat sebarang andaian yang bukan2.

    ReplyDelete
  20. Jika surat tersebut dituliskan dengan cara yang betul, maksud yang tersirat boleh dijadikan lebih berkesan.

    ReplyDelete
  21. kalau boleh jangan sertakan sekali emosi penulis dalam surat tu..

    ReplyDelete
  22. isi kandungan surat ini menggunakan bahasa yang kurng elok, sebaiknya gunakan bahasa yang lebih baik.

    ReplyDelete
  23. itu memang sudah pasti perkataan yang tidak patut digunakan. kenapa FSK berperangai begitu?adakah kecewa kerana keluar SabahKini..sampai berperangai macam bukan orang malaysia. Budi bahasa Budaya kita.

    ReplyDelete
  24. Is this letter suppose to be made funny?

    ReplyDelete
  25. PM mempunyai kuasa mutlak berasaskan undang-undang negara. Beliau harus berani menjalankan tugas tanpa menghirau gangguan dari mana-mana pihak termasuk bekas PM yang sekarang sebagai rakyat biasa.

    ReplyDelete
  26. Komen2 yang dibuat dalam kesemua artikel dalam blog ini adalah sama.Lompat dari sana ke sini guna kata2 yang sama dan dari sini ke sana buat juga komen yang sama.Tidak ada 'input' baru kerana semua seperti meleter perkataan yang sama.Semua komen2 tidak memberi sebarang 'ke ilmuan'yang boleh dihayati.Mungkin ianya ditulis oleh gedebe politik yang hanya tahu berleter tapi fakta nya kosong.Hanya tahu tulis'gunakan bahasa yang sopan,yang baik,jangan guna kata kesat,harus hormat dan banyak lagi dalam konteks yang sama.Mereka ini mungkin sesat blog agaknya sebab blog FSK adalah blog politik dan bukan blog Dewan Bahasa dan Pustaka.Lagi tak faham.

    FSK tepat dalam pengunaan kata2 dalam tulisan nya kerana ingin mengambarkan fikiran beliau dan meluahnya dengan kata2 yang boleh memberi kefahaman yang nyata tentang perkara yang di maksudkan.Umpamanya kalau FSK berkata' Musa Aman terlibat dalam rasuah dan harus dipecat.'Pengunaan perkataan itu tidak salah dan bukan tidak sopan kerana ianya kata2 tepat untuk mengambarkan pemikiran beliau.FSK tidak boleh mengunakan perkataan seperti'Musa Aman terlibat dalam rasuah dan harus dipuji dan diberi anugerah.'Ini menguna perkataan yang salah dan tidak boleh diguna walaupun ianya seolah-olah satu bahasa 'sopan'.Lebeh teruk lagi kerana ianya boleh diterjemahkan sebagai bahasa sindiran oleh itu dianggap tidak sopan pula.

    Kalau nak tolong Musa Aman beri lah pembelaan yang tepat,bernas dan berfakta.Janganlah kerapkali cakap tentang 'bahasa' pula.Boring juga baca komen gitu.Beri 'idea' baru lah.

    ReplyDelete
  27. hahaha Indahme boring sudah. tidak perlulah baca. Memang kami sokong Datuk Musa yang sangat-sangat terbaik untuk kami Indahme. Beliau nombor 1 ketua menteri sabah yang ok.hehe

    ReplyDelete
  28. Pandailah Indahme ini berkata-kata..lucu jugalah Indahme. tapi, sekiranya pun tidak puas hati, terus pergi mahkamah dengan bukti yang FSK katakan itu. tunjukkan kebenaran yang kamu cakap ada dengan kamu. lagi senang cerita FSK, tidak juga bertambah dosa.

    ReplyDelete
  29. Indah me nak orang memberikan pembelaan yang tepat, bernas dan berfaka?
    kalau macam tu indah me pun bagi lah kenyataan yang tepat, bernas dan berfakta. barulah indah me akan mendapat komen yang bernas dan berfakta.


    kalau penulis ingin mengambarkan pemikiran beliau sekali pun, ianya perlulah bernas dan berfakta...bukannya sekadar pernyataan semata-mata. betul kan?

    ReplyDelete
  30. ok guys, kita tengok sejauhmana 'fakta2' serta 'bukti2' Miss Ida serta penyokong setianya mampu membawa Musa Aman ke Mahkamah.

    ReplyDelete
  31. mereka tak mampu bawa tu, kerna bukti tak ada.

    ReplyDelete
  32. Artikal-artikal didalam blog ini sama saja dan cuma bertujuan memburukan pihak tertentu. Itulkah sebab komen-komen pun sama saja ikut isi blog ini lompat sini sana.
    FSK sepatutnya masukkan 'imput' baru dalam blog ini supaya pengomen dapat meng'imput' komen baru..

    ReplyDelete
  33. Ted, cuma laku di blog ini saja dan mereka syok sendiri saja di sini.

    ReplyDelete
  34. 'Input' sudah banyak dimuatkan termasuk dahlil dahlil yang keluarkan oleh FSK.Tapi maseh tidak faham,apa pula nak buat.'Sudah terang lagi bersuluh.'

    Banyak yang komen cakap pula pasal dosa seperti Imam dan Ustaz.Dosa boleh berlaku kepada mereka yang membela kejahatan,kezaliman dan salahlaku seperti korang.Jangan lah cakap pasal dosa kalau hanya mampu melihatnya dari sudut yang sempit.

    Membongkar kesalahan pemimpin adalah pahala dan mereka yang membela kesalahan tersebut mengkhianati rakyat dan mereka inilah yang membuat dosa.

    Kenapa Ted Medresher janganlah tunjuk kebodohan itu kat kita.Dalam kes yang berunsur jenayah kita tidak ada kuasa untuk mengheret orang ke Mahkamah.Itu kuasa kerajaan melalui Badan Badan yang ada hubung kait dengan jenayah tertentu.Kalau lah orang biasa seperti kita ini boleh membawa penjenayah keMahkamah saya ingat Negara sudah jadi huruhara.

    Ini lah yang saya selalu tekan kan kepada mereka yang buat komen.Tunjuklah yang saudara ada pengetahuan sedikit dan jangan pula berlagak seperti ketua 'gangster' dan hanya pandai tulis olok-olok saja.Jangan lah pula menghebohkan kebodohan dan kecacatan yang ada pada saudara.Bukan saja sendiri malu tapi kawan kawan saudara pun ikut malu juga kerana begitu nyata menyokong orang yang sudah 'crack' dan 'longar skru'seperti saudara.

    Untuk pengetahuan korang adalah tidak salah memburukan seorang itu jika benar.Disebalik nya adalah salah dan berdosa jika memberi pujian kepada orang yang bersalah.Masih juga tak faham?

    ReplyDelete
  35. "Dalam kes yang berunsur jenayah kita tidak ada kuasa untuk mengheret orang ke Mahkamah."

    indah me..
    kalau ada bukti kita boleh tunjukkan bukti tu kepada pihak berkuasa. jadi tindakan yang perlu boleh diambil.

    kalau setakat menghebohkan di blog macam ni apa lah yang boleh dibuat? kalau benar FSK ada bukti, buat apa lah dia simpan bukti tu? tunjukkan lah..

    saya tidak nampak sebarang input yang dinayatakan oleh FSK dan indah me sendiri. yang ada hanyalah "omong kosong" yang sesiapa pun boleh buat macam tu. sesiapa pun boleh cakap yang bukan-bukan dalam blog macam ni kan? jadi yang penting adalah bukti dan tindakan.

    ReplyDelete
  36. Indahme= ' Miss Ida '. The pink lady.

    ReplyDelete
  37. MAI, walaupun anda pandai loyar buruk, tetapi anda tidak faham apa peranan media seperti blog ini. Dalam Skandal Watergate, mereka tidak dedahkan bukti sebaliknya bukti diserahkan terus kepada pihak berkuasa dan hanya menyatakan secara ringkas. Malangnya di Malaysia, SPRM juga adalah perasuah tidak ubah seperti lantik kambing jaga sirih. Perlukan didedahkan bukti di blog ini sedangkan Miss Ida dedahkan Michael Chia masukkan wang ke akaun anak Musa Aman dikatakan Miss Ida buat-buat guna Photoshop tetapi mereka buta Miss Ida ambil data berkenaan daripada www.sabahkini.net yang tidak berani blow up nama anak Musa aman kerana telah dirasuah! He he kerana ini Miss Ida buat Freesabahkini yang bebas daripada cengkaman Musa Aman. Jadi sebelum komen yang menunjukkan kebodohan, jadilah orang bijaksana dengan terus membaca pendedahan demi pendedahan yang Miss Ida buat. Dalam Skandal Port Klang Free Zone, media tidak dedahkan bukti tetapi desakan siasatan dan pendedahan berlaku penyelewengan berjaya mengheret Tun Ling Liong Sik ke mahkamah. Blog hanya menjalankan peranan mendedahkan dan pihak berkuasa menyiasat. ada fahamkah adik-adik? Mai sudah menyusu pagi ini?

    ReplyDelete
  38. tp media tidak seharusnya megeluarkan berita2 yang tidak benar dan berunsur2 fitnah untuk menjatuhkan orang lain.

    ReplyDelete
  39. GUNNER, buktikan Freesabahkini keluarkan berita berunsur fitnah? Siapa kau? Tuan Majistret? Loyar atau pencacai najis Musa Aman? Burden of proof terletak di atas bahu Musa Aman untuk menafikan Wisma Bandaraya miliknya dan wang di Hongkong, Australia dan Singapura yang disimpan atas namanya bukan miliknya? Baghal punya Gunner.

    ReplyDelete
  40. Task force on State Govt staff integrity
    Published on: Thursday, January 14, 2010
    Kota Kinabalu: The State Government is setting up a task force to monitor the integrity of State civil servants in implementing development projects, said Chief Minister Datuk Seri Musa Aman.
    He said the task force to be headed by Director of State Public Services Department (JPAN) Datuk Nordin Siman, known as the State Integrity Monitoring Task Force, would start operating after its officers have been identified.
    Members of the Task Force would also include officers from the Malaysian Anti-Corruption Commission, the State Public Complaints Bureau, the Integrity Unit of the Chief Minister's Department and other related agencies.
    The formation of the Task Force was decided during the State Management Integrity meeting chaired by the Chief Minister at Wisma Innoprise, Wednesday.
    "The State Government is actively focussing on the State's development for the peace and prosperity of the people through, among others, the State Development and Progress Direction plan and various policies and development agenda, including the latest mechanisms which are the National Key Result Areas (NKRA) and the Key Performance Indicators (KPI).
    "As such, to ensure the success of each plan, implementation and development programmes, integrity values must include the actions of all public service personnel," he said.
    Among the responsibilities of the task force was to monitor the effectiveness of integrity programmes' implementation and the delivery system of public services.
    It would also be making surprise checks or "Mystery Shopping" on all government agencies and preparing immediate reports for the State Secretary, Datuk Sukarti Wakiman, or heads of related departments, and suggest improvement measures.
    In diversifying its method of monitoring and reporting, he said the popular social networking website, Facebook, might also be an initiative that the Government could implement. Musa who is also Finance Minister said department heads must be committed in improving efficiency and integrity among their officers through action-orientated measures.
    The department heads must also constantly monitor high-risk jobs as well as prepare an action plan to conduct job-rotation among their officers, to be open to criticisms and ideas, sensitive to the needs of the department, able to work together with all and fair to all subordinates.
    "Appropriate action will be taken against department heads who failed to strengthen integrity," he said. At the same time, each department needs to review with the view to make the procedures easier.
    "In fact, organisation restructuring on department, division and unit need to be done in order to remain relevant and abreast with current development," he said.
    Musa said the State Government would be giving a huge allocation to train its staff in order to make them more competent in discharging duties entrusted to them.
    Disciplinary action must also be taken as the last resort in addressing discipline issues.
    "What is important is guidance and counseling to be given to problematic officers," he said, adding that the creation of a counseling officer post in every Ministry should be seriously considered.
    He said immediate action must be taken against those found breaching the laws to prevent the negative practice from spreading.
    Musa said the Government appreciates the contribution and commitment of its members through the annual performance assessment system, which should be extended to those showing high integrity.
    Special incentive should also be given to officers or whistle blower who gave information of wrongdoing in his or her office, he said.

    ReplyDelete
  41. Ada orang tuduh Miss Ida ini pencuri. Sekarang dia kena tunjukan bukti bahawa dia bukan pencuri.

    ReplyDelete
  42. Integrity kat badan sendiri harus berseh sebelum buat Task Force untuk jaga tepi kain orang.Jangan sampai orang kata 'a pot calling the kettle black.'

    ReplyDelete
  43. Boleh tahan kamurang punya debat ni.. Bah, saya mo tau juga siapa bakal jadi juara debat di forum FSK. hehehe

    ReplyDelete
  44. what's the use to win the debate. What is important is that we are aware who is wrong and who is right. There is no doubt that Musa has many flaws,but we should be grateful to the contribute he made for Sabah.
    P.S: Indahme or FSK, there's no need to reply my comment.

    ReplyDelete
  45. Someone who has many flaws like Musa Aman should resign and the people should condemn him for betraying the trusts given to him.

    This is the 21st century and the people are highly educated therefore they cannot accept a leader who behaves like a feudal lord,simply taking what he wants from this country,enriching himself and his entire family while the people remain poor.

    I am really surprised why there are still people out there still want to mention about his contribution when after being CM for 7 donkey years,Sabah is still the poorest state in Malaysia and the state with the highest poverty rate.In other words we are standing side by side with Kelantan.

    But then,Kelantan is no surprise because it is ruled by PAS,an opposition party.Sabah has no excuse because it is administered by UMNO/BN for more than 10 years.Musa Aman being the longest serving CM fails to turn Sabah into a prosperous State.Question is,what has he been doing for the last 7 years.Building shopping complexes where he has interests?Building Wisma UMNO on his land?Making money from timber concessions and big contracts?Or just being another slumberjack.

    I do not wish to respond to Jacinta's comment but it is just too irritating when we are reminded to be grateful to someone like Musa Aman.He is just too undeserving.

    ReplyDelete
  46. FSK, kenyataan yng kau keluarkan ni tak ada asas yg kukuh, jika perkara itu tak benar, ia mmg berunsur fitnah dan provokasi.

    ReplyDelete
  47. Saya setuju dengan permulaan surat ini yang menyeru agar mantan PM tidak menggangu tugas PM Dato Seri Najib.

    ReplyDelete
  48. Kenyataan diatas menyatakan bahawa jika ada sokongan dari pihak paling atas, segalanya boleh diselesaikan.

    ReplyDelete
  49. Semua orang ada pilihan atau pemimpin kesayangan mereka. Imelda Marcos, Isteri kepada diktator Filipin yang memboroskan berbillion wang milik Filipin, masih lagi ada penyokong.
    Itu hak mereka.

    ReplyDelete
  50. Dapatkah Tun membaca surat ini? Kalau tidak baik kirim terus ke emailnya.

    ReplyDelete
  51. Baik tidak pemimpin itu rakyat tau bah. Kalau orang lain sokong kita hormat saja pilihan orang bah.

    ReplyDelete
  52. Sakit hati Miss Ida/indahme kalau ada orang sokong D Musa.

    ReplyDelete
  53. Baik Tun Mahathir tidak ganggu pentadbiran sekarang.

    ReplyDelete
  54. Saya baru saja singgah di Sabahdaily.com sebentar tadi dan saya lihat nama2 semua yang komen kat sana macam 'familiar' saja.Komen2 mereka pun sama saja di sana dan di sini.Baru saya faham rupa nya mereka ini hanya suka 'melepak' dalam blog blog di mana mereka boleh bermain-main diantara mereka.Mereka ini adalah samseng internet yang suka merayau ke blog blog untuk bertapak dan bersukaria diantara mereka.

    Komen mereka tidak membawa sebarang kesan kerana ianya hanyalah bertujuan untuk bermain diantara mereka dan setakat mengolok.Kalau dilihat komen mereka di blog blog ini adalah sama dan menunjukan ketiadaan pemikiran.

    ReplyDelete
  55. hahahahaaa iya ka Indahme..begitu juga dengan Indahme and FSK tu..melepak2 buang boring kan xda kerja..hahahaha join minum2 kopi ka kan bagus indah me..ala lupa, puasa pula kan indahme..

    ReplyDelete
  56. itu baguslah itu Indahme..sekurangnya dorg jujur dan adil. dimana2 pun diorang komen dan buang boring. buat apa orang buat blogger kalau tidak ada seorang pun yang tolong komen, jadi kira bertuahlah ada orang lain yang tolong kan. hahahaa kalau mcm fsk ni xda sorg pun komen..memang boringlah fsk mahu buat semua ini..hehehehee

    ReplyDelete