Friday, August 6, 2010

PATUNG MAZU Vs PATUNG MA SULU?





BARU-BARU ini saya berpeluang melawat tapak Patung Mazu di Kudat yang menjadi kontroversi selama ini kerana kejahilan pemimpin Sabah, terutama Ketua Menteri Sabah tentang agama Islam sekalipun menantunya, Datuk Haji Ariffin Ariff lulusan Universiti Al-Azhar.

Alangkah malunya saya sebagai seorang Islam apabila melihat komponen patung Mazu dijemur di atas tanah seperti nelayan menjemur ikan masin semata-mata kerana Musa Aman tidak membenarkan ianya dipasang dan terus menghina Tuhan penganut Mazu dengan mengulangi tawaran ‘Firaun’ agar lokasinya dipindahkan ke tempat yang lebih jauh daripada Masjid Assyikirin.

Saya malu kerana melihat Tuhan orang lain dihina Musa Aman yang bertuhankan ‘Wang’ tetapi mengaku beragama Islam sehingga memaksa Mufti Negeri Sabah mengeluarkan fatwa kepada penganut agama lain; tidak ubah seperti mengharamkan Kaum Tiong Hua makan khinzir.

Jika di Kelantan yang digelar ‘Serambi Mekah’ mempunyai Patung Buddha yang terbesar, kenapa Musa Aman mengamalkan hukum rimba seperti yang diamalkan arwah bapanya di ‘Pushtun’ yang berserban besar kerana otaknya kecil dengan melarang Patung Mazu didirikan di tapak yang asal?

Tidak pasti apa yang ada dalam kepala Musa Aman yang sudah merasakan dirinya kebal kerana menanti masa untuk menjadi TYT dan diberi gelaran Tun sebagai syarat untuk berundur; melainkan melakukan kekejaman kepada penganut agama lain sehingga mereka memandang serong ajaran dan fahaman agama Musa Pushtun yang mengaku beragama Islam sekalipun berperangai lebih dasyhat daripada Yahudi dan Komunis.



Majoriti pemimpin Islam di Kudat tidak pernah membantah melainkan Haji Harun yang dijanjikan jawatan Ketua Daerah yang menjadi dalang mencipta plot palsu bantahan umat Islam tetapi berperangai lebih ganas daripada Musa Aman kerana mempunyai Skandal dengan isteri orang.

Saya juga berkesempatan melawat Pantai Bak Bak yang diluluskan sebagai Tapak Mazu yang akan dibina oleh Kumpulan Sari Tan dan ‘penjilat pant*t’ Musa Aman, Datuk Albert Lim sebagai mempersendakan Tuhan penganut Mazu kerana mengadap Laut Sulu dan bukannya Mazu yang dibina Tan Sri Chong Kah Kiat yang membelakangi laut Sulu sebaliknya menghadap Laut China Selatan.

Sehubungan itu, sukacita saya menamakan Patung yang akan didirikan Chong Kah Kiat sebagai ‘Mazu’, manakala Patung yang akan didirikan kroni Musa Aman sebagai ‘Ma Sulu’ kerana menghadap Laut Sulu!

74 comments:

  1. kerajaan negeri cuba untuk menyelesaikan isu ini dengan cara yang baik. apa pun isu seperti ini tidak perlu diperkatakan dengan emosi semata-mata. bersikap profesionallah dan jangan sesuka hati cakap apa yang kita suka.

    ReplyDelete
  2. isu patung mazu masih lagi diperbincangkan, sebaiknya biarlah ia diselesaikan dgn baik.

    ReplyDelete
  3. Mai, kalau anda adalah Maizatul Akamam binti Sahibus Samahah Syed Ahmad Alawi Al Hamman, memang wajar anda berpandangan sedemikian kerana bapa anda adalah 'Taghut' yang digunakan Musa Aman untuk memberikan fatwa karut tentang Mazu. Mufti Sabah dijadikan 'Pelacur' untuk menyelamatkan maruah Musa Aman yang lebih hina daripada Rosmawati yang melacurkan dirinya untuk mendapat kad pengenalan projek, ijazah daripada Australia dan kedudukan tinggi di Yayasan Sabah. Tidak ada bahasa yang indah untuk Musa Aman, 'Taghut' yang menyesatkan umat Islam dan mencetus sengketa agama di Sabah yang selama ini begitu harmoni. Apakah Mai masih ada skandal dengan Adun dan Pembantu Menteri yang bergelar dua datu seperti yang diketahui umum sebelum ini? Bertaubatlah Mai. Jangan jual P**i untuk dapatkan kedudukan kerana anda juga keluar daripada p**i dan membuat suami anda dayus? Terimalah hakikat walaupun pahit.

    ReplyDelete
  4. FSK..
    tiada sengketa agama di Sabah. semua orang hidup dalam harmoni dan saling menghormati. saya tidak kenal pula siapa Maizatul Akamam binti Sahibus Samahah Syed Ahmad Alawi Al Hamman.

    FSK jangalah suka membuat serangan peribadi kepada orang lain. kalau FSK menyuruh orang lain bertaubat, apa kata FSK juga bertaubat sama..

    ReplyDelete
  5. Ha Ha Ha baru kau tau Musang Pashan, kepalamu dijadikan Bumi tempat letak dua patung khayalan mu. Mau jadi Islam tulen konon? Perasuah nombor satu dan pengkhianat negara mau jadi hero? Mimang banar apa yang didedahkan Miss Ida kerana tidak pernah ada dalam sejarah Ketua Menteri halang pembinaan patung berasaskan penganut agama lain. Macam mana nanti kalau penduduk di Keningau tempat lahir Musang larang dia bina masjid kerana dekat dengan gereja? Dei tambi, ada akal ka tarak?

    ReplyDelete
  6. Mai, berapa umurmu? Jika kau cukup dewasa, Masihkah kau ingat orang USNO dan Berjaya timbulkan sengketa agama semata-mata ada orang cat lambang salib di Masjid Negeri Sabah di Sembulan sehingga hampir menjadi Mageran kerana bom di sana sini bila PBS menang pilihanraya pada 1985 dan 1986? Aku hanya bertaubat jika Musa aman bertaubat dan membenarkan Mazu didirikan untuk tarikan pelancong terutama Penganut Mazu seramai lebih 100 juta orang di seluruh dunia. Mai baik kau pergi arkib cari surat khabar lama tentang Rusuhan 1986 sebelum kau cakap macam orang Bukit Padang!

    ReplyDelete
  7. hahhaa ni tidak ada masalahlah kalau ikut betul. apa salahnya sekiranya dipindahkan ditempat lain. bukan juga tidak didirikan. masih juga mahu didirikan dan dibini. apalah...pasal ini pun mahu gaduhkah. yang penting kita cuba yang terbaik dan hormat agama sudahlah. Patung ini mahu didirikan juga tapi tempat saja lain. salah ka macam itu.

    ReplyDelete
  8. Mazu to stand or lie down, up to Chong

    By True Sabahan

    The Sabah CM was being generous to Chong's request to build the Mazu statue, since the Kudat Thean Hou charitable foundation is an non-registered organization. Lawfully, no lands will be allocated for any form of construction.

    But the CM is willing to compromise and allow for relocation and compensation for the sake of peace among the people and freedom of religion. Now it is only up to Chong Kah Kiat whether he wants to accept CM's good intentions.

    However, it is known that Chong has refused the offer. But sources tell us that members and followers of the Foundation has offered Chong monetary funds to continue with the building of the Mazu statue.

    A word of reminder for Chong: as an non-registered organization, this kind of fund raising is against the law.

    As a lawyer, he should know better. Technically, the only way Chong wants to have this statue constructed for the people is to take the CM's offer.

    Source: http://www.malaysia-today.net/mtcolumns/letterssurat/33652-mazu-to-stand-or-lie-down-up-to-chong

    ReplyDelete
  9. FSK ini macam mahu menghantui orang sabah dan mencetuskan perbelahan orang sabah saja. Pada para pembaca, jangan terpedaya dengan FSK. Ingat, media sekarang boleh menyebabkan perbelahan. FSK, sekalipun berperangai lebih dasyhat daripada Yahudi dan Komunis kerana mahu orang sabah berpecah belah. betul kejam Media sekarang.

    ReplyDelete
  10. toM, mahukah kalau kau dilarang bersembahyang di Masjid atau gereja ini atau itu? Fasal 11 Perlembagaan Persekutuan telah menjelaskan semua ini. Kalau bapak Musa Aman bangkit dari kuburpun dia pasti marah kerana kacau agama orang. Dalam Perkara 11, Perlembagaan Persekutuan berhubung Kebebasan beragama telah dimaktubkan bahawa;

    (1) Tiap-tiap orang berhak menganuti dan mengamalkan agamanya dan, tertakluk kepada Fasal (4), mengembangkannya.

    (2) Tiada seorang pun boleh dipaksa membayar apa-apa cukai yang hasilnya diuntukkan khas kesemuanya atau sebahagiannya bagi maksud sesuatu agama selain agamanya sendiri.

    (3) Tiap-tiap kumpulan agama berhak—

    (a) menguruskan hal ehwal agamanya sendiri;
    (b) menubuhkan dan menyenggarakan institusi-institusi bagi maksud agama atau khairat; dan
    (c) memperoleh dan mempunyai harta dan memegang dan mentadbirkannya mengikut undang-undang.

    Jadi yang Musa pergi kacau agama orang buat apa? Dia mau jadi Tuhankah?

    Tapak patung sudah dibina, tinggal pasang sahaja. Mahkamah tidak kata ianya Salah dan tidak ada keputusan dibuat berhubung patung mazu berkenaan jadi kenapa musa pandai-pandai halang lagi?

    Katakanlah toM sudah ada isteri tiba-tiba musa aman suka isteri toM yang baru dinikahi semalam, mahukah toM kasi dan musa aman gantikan dengan bekas ratu cantik yang berusia 70 tahun?

    Apatah lagi soal agama. Kalau soal perempuan pun toM tidak mau tolak ansur apa lagi soal agama kan?

    ReplyDelete
  11. Jangkal, berapa Musa Aman bayar ko untuk kerja 'blowjob'? Aku rasa FSK adalah blog paling bebas dan tidak pernah padam sebarang komen sekalipun ramai hentam dia. Pada aku, FSK telah beri nafas baru kepada rakyat Sabah untuk bersuara. Tiada siapa pecah belahkan sesiapa melainkan Ketua Menteri kesayanganmu, Musang berbulu ayam. Mujur orang Kristian dan Penganut Mazu di Sabah sudah bertamaddun, jika tidak mungkin berlaku perang salib. Sedangkan pada 1986 orang Islam cat masjid dan tuduh PBS hina agama Islam, mereka bagaikan orang gila terlepas dari tanjung rambutan letupkan bom dan demo sana sini. Taupun rasa malu, tapi bila pengikut Mazu mahu dirikan patung, kerana rasa dendam dan salahguna kuasa, Musang menzalimi Mazu. Macam mana kalau orang hina Tuhan Musang? He he memang benar kata FSK. Orang suka Tuhan Musang kerana Musang bertuhankan 'Wang'.

    ReplyDelete
  12. Adeh sibuk ko d cni ya miss ida yang tajuk pasal sijil palsu terus pula ko terdiam...xmembalas..

    ReplyDelete
  13. mana suda c indahme tukar nama suda jadi pencari???

    ReplyDelete
  14. Lain ba komen urang2 free SabahKini nie.. jahat.. macam mana mau percaya semua cerita yang ditulis..deiii tidak mau menerima pandangan orang lain... tgo nie komen dia

    Bi said...

    Adeh beza jawapan c dave sama c ida ba, tgo miss ida punya komen:

    Dave, otak engkau letak di lutut atau dalam tempurung kepala?

    Dan tgo Dave punya komen:

    Minta maaf kerana tidak menerangkan dengan lebih detail berkenaan dengan argument saya


    Naaa nilai la sendiri...

    ReplyDelete
  15. ok, perkara utama untuk patung ini dibina kenapa? yang saya dengar FSK bukan agama tunjuan utama..tapi untuk menarik pelancong saja.

    ".....dan membenarkan Mazu didirikan untuk tarikan pelancong terutama Penganut Mazu seramai lebih 100 juta orang di seluruh dunia."

    kalau untuk pelancongan FSK, dimana pun didirikan pelancong akan datang FSK. tidak kira kalau disebelah kubur mmmm pun orang akan pergi. kalau untuk agama pun, tidak ada salahnya sekiranya mereka bersetuju untuk dipindahkan. tapi sudah isu ini datang orang politik campuraduk, itu yang menjadikan agama tidak tenteram. Politik dengan agama berbeza ya FSK..tahu jugakan FSK agama apa politik apa??

    Orang kampung, bandar, penduduk, masyarat dan siapa-siapa pun tidak juga kisah kalau dipindahkan yang penting sesuai untuk mereka, selesa dan aman damai. tapi hanya politik saja yang tidak mahu pindah2.

    oleh itu, renung2kan dan selamat berjaya..

    ReplyDelete
  16. Sedangkan Tuhan memaafkan umatnya inikan umat sesama umat..ingat la puasa xlama lagi... kenapa perlu membenci sesama umat? Adakah tertulis dalam Quran kita wahai Miss Ida... Kalau la betul tuduhan Miss Ida terhadap Datuk Musa dan tidak dapat mengadilinya di dunia ini, biarlah Tuhan saja yang menghukum beliau. Yang penting Kita beramal sesama... ingat kebaiikan diri adalah penting setelah kita meninggal dunia....

    ReplyDelete
  17. Ada hati nak cakap pasal agama, sendiri pun apa kurangnya.

    ReplyDelete
  18. Adeh lek ba saling ingat mengigati ba, kan sama2 manusia... Leks la..

    ReplyDelete
  19. Apa penting sangat 2 tempat 2? kalau ada suda tempat baru kena bagi, terima jak la kan daripda tidak ada lebih bagus lagi ada... naaaa pandangan saja yer jangan pula ada yang meradang dan reply guna perkataan kesat......

    ReplyDelete
  20. hehehe cepat FSK tukar nama pencari..

    tapi apa yang penting sekarang cuba bantu t=untuk menyelesaikan perkara ini dan jangalah gaduh-gaduh. FSK cubalah bersabar dengan diri itu dan semua pun begitu juga.

    ReplyDelete
  21. Kalau Chong betul2 inginkan patung Mazu itu, xada pilihan lain, terima offer dari Datuk Musa habis cerita.....

    ReplyDelete
  22. I quote this comments from one of the commentators in malaysiatoday.net:

    written by syd, August 06, 2010 14:30:21

    These dungus just don't get it.
    You cannot send a proposal using an unregistered entity. It is like asking an illegal immigrant to apply to build a mosque.
    That Yong guy (Yong Teck Lee??) wants to boost his club business, which is situated next to proposed MAZU site. It is not suitable because there is no waterfront there. You have to enter his clubhouse to see the statue.Otherwise, you go inside the mosque to see it.

    The best place to put the statue is where the public can see it for free, maybe at the kudat waterfront. And if you want to go closer, then amybe there will be a fee charged. But Yong wants to charge everyone just to see the statue. You have to go to kudat to understand the real situation.

    Source: http://www.malaysia-today.net/mtcolumns/letterssurat/33630-press-statement-by-chin-shu-ying-ldp-youth-leader

    ReplyDelete
  23. sabar..sabar..saya yakin pihak berkaitan tengah mencari jalan penyelesaian yang terbaik bagi isu ini. jadi kita tidak perlu memburuk-burukkan orang lain. tunggulah penyelesaiannya.

    FSK tidak perlulah mau marah dengan pengomen di sini. setiap orang ada pendapat masing-masing. jadi terima ja lah.

    ReplyDelete
  24. Naaaa miss Ida perlu pergi ke Kudat untuk melihat keadaan sebenar...

    ReplyDelete
  25. Ahli forumer semua, saya tidak ada kena mengena dengan Pencari atau siapa sahaja. Saya guna FSK dan bukan nama lain. Cuba fokus isu ialah salahguna kuasa. Kenapa tidak keluar arahan masjid pekan kudat dan tokong pekan kudat diroboh kerana terlalu dekat? Sewajarnya, musa jangan kacau mazu. Patung itu adalah simbol tuhan penganut Mazu dan tarikan pelancong. Tidak boleh hina tuhan orang. Apapun agama, harus berbaik sangka dan jangan kacau agama orang lain. Soal pindah tapak tidak timbul kerana tanah itu milik peribadi bukan kerajaan. Hari ini musa hina mazu, esok musa akan jatuh terduduk setelah tidak bertuhan lagi (Wang). Wang haram tidak kekal lama. Sedangkan Qarun yang paling kaya di duniapun mati dalam kehinaan, inikan pula musa yang hanya ada 3 billion sahaja.

    ReplyDelete
  26. Naaa cuba ko baca komen dari c Lucas...

    ReplyDelete
  27. kalau miss ida cakap Haji Harun mencipta plot palsu berkenaan dengan bantahan umat Islam, saya juga boleh cakap yang miss ida mencipta plot palsu kononnya majoriti pemimpin Islam di Kudat tidak pernah membantah.

    ReplyDelete
  28. Ada orang kata saya da tukar nama.Konon nya nama baru saya 'pencari.'Kenapa pula saya mahu tukar nama kan 'Indahme' itu sedap di sebut.'

    Mereka cakap begitu,khas nya 'Bi' kerana maseh tidak percaya yang ada orang lain masuk blog FSK dan menyokong artikel yang ditulis.Mahu buat andaian pun salah.Sekarang dah buat tuduhan liar.Indahme tukar nama jadi pencari?No,not on this life.Sekarang ini mungkin pencari dah gelak ketawa atas tuduhan ini.Cacat betul korang ini.Tulis lah dengan baik,jangan main hentam saja.

    ReplyDelete
  29. Uiiks sabar kamurang, jangan panas :)

    ReplyDelete
  30. Kalau soal agama saya mahu jadi pihak berkecuali lah. hehehe

    ReplyDelete
  31. Ada betulnya juga apa yg si FSK @ Miss Ida ni cakap ba... cuma bagi saya soal agama ni sagat sensitif jadi kalau komen yg dilontarkan agak emosi, naa itu yg jadi tak best tu... huhu

    ReplyDelete
  32. Apapun saya harap sama2 lah kita bersikap neutral & hormatilah agama org lain juga. Saya yakin hal ni pasti akan selesai juga :)

    ReplyDelete
  33. So selamat berhujung minggu, rehatkan minda, tenangkan jiwa - moga2 bahagia selalu.

    ReplyDelete
  34. Oh, Kalau cerita hal agama sensitif, tapi kalau Musa Aman hina agama dan tuhan orang lain itu 'Halal'? Janganlah hipokrit. Kalau kamu tidak tahu dan penakut jangan komen. Jika kita tidak betulkan sekarang, di masa akan datang kita akan terus berburuk sangka sesama kita tentang Tuhan masing-masing sedangkan semua agama menyeru umatnya kepada kebaikan. Bolehkah buat masjid kiblatnya ke negara Jepun? Mesti ke Mekahkan, begitu jugalah dengan mendirikan patung mazu. Bukan macam orang kuat Musa tanam mayat mak ciknya di Masjid Gum Gum sehingga umat Islam berkiblatkan kuburan mak cik YB zakaria.

    ReplyDelete
  35. FSK, bukan pasal tidak tahu atau penakut, cuma bagi saya semua masalah pasti selesai.. Kalau semua pun asyik mo berkeras dan takda yg berlembut, naa apa akan jadi sama Sabah yg selama ni terbukti tidak pernah ada masalah berhubung keagamaan???

    ReplyDelete
  36. Takkan gara2 Musa FSK mo marah semua pengomen yg bagi komen neutral???

    ReplyDelete
  37. Bleh. Never-ending battle. Enough said.

    ReplyDelete
  38. Bukankah CM dah menawarkan bayaran pampasan dan tanah untuk membina patung Mazu itu? Mengapa perkara ini masih tidak habis lagi?

    ReplyDelete
  39. bila masa datuk Musa aman menghina agama orang??boleh FSK ceritakan macamman perkara ini berlaku??FSK yang hina agama orang mungkin ini dan mahu orang bergaduh kerana FSK suka.

    ReplyDelete
  40. Apa motif sebenar pembinaan Patung Mazu yang dicadangkan di Kudat? Apakah motifnya benar2 untuk menarik pelancong atau memberikan gambaran kepada dunia bahawa majoriti masyarakat Malaysia adalah kaum cina atau sebaliknya perancangan jangka panjang untuk mengubah landskap fizikal Negara dan berselindung disebalik keuntungan ekonomi.

    Jangan Miss Ida dan Indahme bersungguh2 menyokong projek pembinaan ini sebagai gambaran bahawa Kudat atau negeri Sabah begitu terdesak untuk menarik pelancong bagi membangunkan ekonomi Sabah sehingga sanggup mengetepikan soal sensitiviti kaum lain, sedangkan Sabah masih mempunyai pilihan lain untuk tujuan itu. Faktor ekonomi perlu disesuaikan dengan kepentingan setempat dan keutamaanya mestilah kearah penyatuan masyarakat dan persefahaman antara kaum dan Negara.

    Walaupun Malaysia menjunjung kebebasan beragama dalam kalangan masyarakat di Malaysia, namun ini tidak bermakna setiap agama boleh melakukan apa sahaja terutama yang bersifat berlebihan seperti yang tergambar dalam projek pembinaan ini. Kes pembinaan tiga patung Buddha di Kelantan juga tidak terpakai di Kudat kerana di Kelantan ia dibina di kawasan majoriti masyarakat Siam serta tidak mengundang bantahan penganut agama lain. PEMBINAAN PATUNG KEAGAMAAN HARUS BERTUJUAN UNTUK HAL EHWAL PERIBADATAN, BUKAN UNTUK PELANCONGAN KERANA TUHAN BUKAN UNTUK DIJAJA TETAPI UNTUK DISEMBAH.

    Hairan, kenapa sebuah patung yang tertinggi di dunia harus dibina di Malaysia sedangkan masyarakat cina bukanlah kelompok majoriti di Malaysia. Kenapa bukan masjid terbesar di dunia??? Jangan disebabkan kita gairah dengan slogan ‘Malaysia Boleh’ maka tindakan kita semuanya ‘Boleh’ tanpa menghiraukan realiti dan sensitiviti masyarakat setempat.

    Dalam konteks ini, saya menyokong penuh keperihatinan Ketua Menteri Sabah , Datuk Musa Aman yang menyatakan bahawa sebarang keputusan berhubung isu patung Mazu ini dibuat demi kepentingan semua masyarakat dan juga untuk mengekalkan keharmonian sedia wujud dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di Kudat.

    ReplyDelete
  41. berkaitan dengan isu ni. tak perlulah kita perbesar-besarkan. kita patut saling menghormati dan mengambilkira isu sensetif. semoga penyelesaian terbaik dapat dibuat.

    ReplyDelete
  42. ya.. apa yng dinyatakan Ace tu benar. apa yang dilakukan oleh Musa Aman bukanlah menghina agama lain. pembinaan patung Mazu itu perlu berada di tempat yang betul.

    ReplyDelete
  43. I've been looking for this blog for a while, is Datuk Musa Aman that bad??? But i can see many of commentators here supporting him...

    ReplyDelete
  44. As I said, she is trying to create a bad image to draw us in. And then she will say something like- Yeah, all of you are nuts, supporting his statements for whatever reasons and blah blah blah. Come on, be a grown up.

    ReplyDelete
  45. Kita nak cakap pula pasal keharmonian antara kaum.Keharmonian dari sudut mana dan dari bangsa yang mana?Harmoni ini bermaksud kesafahaman antara kaum dalam segi kehidupan masing2,menghormati budaya dan adat masing2 dan seterusnya agama masing2.

    Menyentu tentang Mazu ianya tidak bolih dijadikan isu agama sebab ianya tidak akan menghentikan satu kaum menuding jari ke kaum yang lain.Jika ianya menjadi isu agama maka setiap kaum akan berdiri teguh mempertahankan kebenaran masing2 dan tidak ada penghujung nya.

    Ace jangan lah pula nak jadi wira agama.'Api itu mestilah di matikan sebelum merebak bukan pula dikipas habis habisan.Agama lain di Malaysia ini banyak juga menabur jasa bagi memajukan Malaysia.Ace jangan terlampau pandang rendah kepada kaum minoriti kerana kaum minoriti kalau bersatu diantara mereka bolih dijadikan satu kekuatan juga.

    Saya ini orang Melayu juga,bangsa Islam tapi Ace punya komen ini seolah-olah memperkecilkan bangsa dan agama lain.Tak bagus cakap begitu.Bila sudah jadi 'religious extremist?'Kalau cakap agama tu,sensitif lah pada perasaan orang lain.Ini pula macam dia saja ada 'feelings'.Bangsa lain tak ada ka?

    ReplyDelete
  46. Indahme ada feeling jugakah. ingat tidak ada pula ni. baru aku tahu Indahme ada perasaan yang sensitif juga.

    kalau tahu begitu, kenapa harus sokong FSK untuk agama orang. Kita sepatutnya cuba untuk me"neutral" perkara ini supaya tidak ada salahfaham. tidak salah sokong orang, tapi tengok dari segi perkara apa yang kita akan sokong.

    ReplyDelete
  47. ya. Indahme patut neutralkan isu ini, bukan memperbesarkannya.

    ReplyDelete
  48. Harap pekara ini dapat selesai secara aman.
    Tiada agama yang mangamalkan mencaci, menfitnah, bergaduh, berlawan dan cara paling bagus ialah menyabar serta berunding.

    ReplyDelete
  49. Saya tidak ada megeluarkan kata-kata sindiran terhadap agama lain seperti Ace.Saya menghormati semua agama di Negara ini dan bukan seorang fanatik seperti Ace yang ingin kan Masjid terbesar di dunia dibina di Malaysia atas sebab orang Islam adalah majoriti.Dia kata orang cina tiada hak bina patung besar kerana mereka kaum minoriti.Ini lah yang di panggil 'malay chauvinist' yang angkuh dengan 'ketuanan melayu'hingga lupa kepada Negara yang diduduki berbilang kaum dan agama.

    ReplyDelete
  50. kita harus hormati agama orang lain. sebaiknya isu berkaitan agama tak perlu dibangkitkan.

    ReplyDelete
  51. Apa mantra cakap itu benar dan tepat.Ace patut minta maaf secara terbuka kepada kaum cina kerana memperkecilkan mereka.

    ReplyDelete
  52. tiada isu lain selain isu nak burukkan orang ni? bulan puasa ni buatlah perkara baik.

    ReplyDelete
  53. kepada semua kaum cina seluruh Malaysia terutamanya yang singgah di Blog Free Sabahkini, saya memohon maaf atas kenyataan saya sebelum ini yang disifatkan telah memperkecilkan kaum cina.

    Sebenarnya kenyataan yang saya buat sebelum ini bukanlah atas sifat peribadi saya dan bukan bermaksud untuk memperkecilkan kaum cina, tetapi sekadar menjelaskan kedudukan sebenar dan realiti berkenaan dengan isu Patung Mazu dari sudut pandangan saya sendiri. Terpulang kepada para pembaca untuk menilai sendiri kenyataan saya (Ace Ferdinando said... August 8, 2010 5:57 PM)dan saya sekali lagi memohon maaf jika kenyataan saya itu keterlaluan.

    Sekian,

    Ace Ferdinando,

    ReplyDelete
  54. Ace Fernando dah memohon maaf, Miss Ida dan Indahme juga kena memohon maaf kerana mggunakan kata2 yang kesat, lebih baik kita semua bermaaf- maafan, sya pun minta maaf jika ada silap.

    ReplyDelete
  55. Untuk menjadi seorang insan mulia berpandukan kemahuan Tuhan, itu dari hati dan tidak bergantung pada saiz tempat ibadat kita.

    ReplyDelete
  56. Sama kita bermaaf-maafan dalam bulan mulia ini. Hari biasapun kita bersopan dan bukan bersopan dalam bulan puasa sahaja.

    ReplyDelete
  57. Indah me ko belum lagi minta maaf sama saya sebab ko cakap saya BUDUH!!! cepat ko minta maafff!!!!

    ReplyDelete
  58. Ntah mana la saya tau hahaha syukur la kalau dia pandai minta maaf...

    ReplyDelete
  59. Bulan puasa bulan mulia, jangan buat dosa.

    ReplyDelete
  60. Kalau masih ada budak-budak di sini, pergi baliklah ke sabahdaily.com kerana di sana kamu boleh main-main. Di sini tempat orang dewasa dan akhil baligh. Bulan puasapun aku kena jalankan tugas, amar makruf, nahil mungkar. Musa Aman melakukan kemungkaran. macam mana nanti kalau Cina atau Kristian jadi CM, mereka potong bawang. balas dendam. Ketika itu mana kamu mau lari? Aku rasa mereka yang sokong musa aman menzalimi tuhan orang lain sebagai athies atau tidak beragama. betul tak?

    ReplyDelete
  61. Datuk Musa Aman memang seorang pemimpin yang baik hati dan dengar tentang keluhan rakyat... Sejak beliau memangkuh jawatan KM telah banyak perubahan ke atas Sabah...Semakin hari semakin membangun... shopping complex dimana2, peluang pekerjaan juga dimana2.

    ReplyDelete
  62. 'macam mana nanti kalau Cina atau Kristian jadi CM, mereka potong bawang. balas dendam.'

    Apa maksud ini?

    ReplyDelete
  63. Pasti dapat jalan penyelesaian kes mazu ini.

    ReplyDelete
  64. Bukankah kerajaan sudah memutuskan patung mazu akan dibina dilokasi yang lebih sesuai.

    ReplyDelete
  65. Keharmonian kaum di Malaysia lebih penting atau membina patung terbesar itu lebih penting?
    Saling hormat menghormati itu lebih penting atau membina masjid terbesar di dunia lebih penting?

    ReplyDelete
  66. Apa boleh buat jika tempat pembinaan itu tidak sesuai.

    ReplyDelete
  67. Rupanya Miss Ida juga mahir dalam memberi nama pada patung-patung.

    ReplyDelete
  68. Harap Kerajaan Negeri dapat menentukan tapak yang sesuai untuk membina patung itu dengan secepat mungkin.

    ReplyDelete
  69. Saya sebagai warga sabah yang lahir dan membesar di kudat amat kesal dengan tindakan beberapa individu yang menimbulkan sentimen perkauman di kudat.

    1. Isu patung mazu perlu diselesaikan dengan baik.Perlu ada perbincangan dua pihak.Bukannya bergaduh. Otak letak di kepala,bukan di lutut.

    2. Ekonomi penduduk daerah kudat perlu ditingkatkan melalui mempelbagaikan kegiatan ekonomi yang menyumbang kepada pendapatan rakyat.

    3. Simpang Mengayau perlu dimajukan dengan aktiviti pelancongan dan perniagaan. Jalan raya teruk, tiada perkhidmatan pelancongan, hotel, dan lain-lain. Macam mana mau tarik pelancong?

    4. Ekonomi antara etnik di kudat perlu diseimbangkan. Macam UMNO menyeimbangkan ekonomi orang melayu dengan orang cina di semenanjung malaysia. Kalo setiap etnik ada ekonomi yang bagus, kuasa membeli dan berbelanja meningkat, fikiran menjadi matang, ekonomi pun naik.

    5. Apa jadi di Thailand skrg?ekonomi dan pelaburan merosot, banyak syarikat kecil dan besar jatuh bankrupt, rasist, bunuh membunuh dll. Mau ka jadi begitu?Belajar dari sejarah dan sekeliling.Baru betul.

    6. Ahli cendikiawan mengatakan: Manusia terdiri daripada tiga kelompok. Kelompok paling rendah adalah kelompok yang saling mencari kesalahan dan kelemahan orang lain. Kelompok pertengahan adalah kelompok yang sering mengulas dan memperkatakan tentang peristiwa (event) dan perkara. Kelompok yang teratas adalah kelompok yang sentiasa berfikir tentang idea yang positif. Fikirkan di mana kedudukan diri kita masing-masing.

    Saya tujukan kepada sesiapa tidak kira pangkat dan latar belakang. TQ

    ReplyDelete
  70. entah2 kau ni yang panjilat 'pant$t'...hahahaha lucunya lah si Ms 'panjilat' tuuutttt ni..

    ReplyDelete
  71. saya rasa blog Ms Ida ni ada banyak yang lucu dari kebenaran! Lucunya c Ms 'panjilat pant$t' ni...ni yang hibat kau ni...

    ReplyDelete