Tuesday, September 7, 2010

MUSA LANTIK GUNDIK SEBAGAI PENGARAH YS




Dengar khabar yang hampir rasmi, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Haji Aman bakal melantik gundik kesayangannya (Concubine), Hajjah Rosmawati Haji Lasuki sebagai Pengarah Yayasan Sabah. Buat masa ini, Rosmawati yang menjadi Bendahari UMNO secara tidak rasmi adalah Pengurus Besar Sumber Manusia di Yayasan Sabah.

Sekiranya perlantikan Rosmawati menjadi realiti, Musa hampir menamatkan misinya untuk membolot semua jawatan penting sebelum bersara secara terpaksa apabila kes Hong Kong meletup pada bila-bila masa dan komplot untuk menjatuhkan Musa semakin hampir mencapai matlamat.

Perlantikan Rosmawati amat penting demi menyelamatkan 45,000 hektar kawasan balak Yayasan Sabah yang disimpan untuk kegunaannya sendiri, terutama ketika terpaksa bersara.
Bagaimanapun perlantikan tersebut tertangguh buat sementara waktu kerana krisis Musa dengan pemimpin LDP.

Menurut laporan sebuah portal, Musa terpaksa meletakkan jawatan kerana gagal mengistiharkan harta kepada SPRM dan enggan mengaku seorang isterinya yang menetap di Australia sebagai isterinya yang sah.

76 comments:

  1. Kalau lah Rosmawati ini seorang gundik kepada Musa Aman sebagaimana yang di dakwa FSK maka sekiranya dia dilantik sebagai Pengarah YS ianya bererti satu penyalahgunaan kuasa yang bolih diheret ke mahkamah.

    Perbuatan ini adalah KOTOR,KOTOR dan KOTOR.Diharap ianya tidak berlaku dan sekiranya berlaku adalah diharapkan semua pemimpin BN membantah.

    Tidak erti puas kah? Sudah pun banyak wang masih nak tambah berlipat ganda lagi sebelum turun.Hai manusia,berapa lama nak hidup? 300 tahun ka? Cukup lah apa yang ada,bukan semua manusia mempunyai rezeki sedemikian.Tamak ini adalah satu penyakit yang akan menghancurkan dan membawa kejatuhan pada diri sendiri.

    Remember Musa,the higher you go the harder you fall.Oleh itu bagus lah 'resign' saja secara terhormat sebelum diturunkan secara paksa.Saya sendiri nak buat kenduri jika dia diganti oleh CM baru.

    ReplyDelete
  2. Perkara ini kekal sebagai khabar angin selagi belum dibuktikan rasmi.

    ReplyDelete
  3. setuju dengan Jonny..ini cuma khabar angin selagi belum dibuktikan.

    ReplyDelete
  4. Saya hairanlah. Bagaimana pula "Miss Ida" dapat tahu banyak perkara tentang Musa? Adakah ia benar atau rekaan. Pastikan ia benar dan mempunyai bukti yang kukuh. Apa-apa pun, Selamat Hari Raya!

    ReplyDelete
  5. dari dulu hingga kini ada2 saja cerita dari FSK ni, tp semuanya kabar angin ja, dah nak raya ni buatlah perkara baik.

    ReplyDelete
  6. "Remember Musa,the higher you go the harder you fall.Oleh itu bagus lah 'resign' saja secara terhormat sebelum diturunkan secara paksa.Saya sendiri nak buat kenduri jika dia diganti oleh CM baru. "

    Ya. Buat la kenduri ko tue. Tapi kalo diganti oleh CM baru yang lebih teruk dari Musa..nah, bikin sayang duit ja. Trus muncul lagi blog baru seperti ini. It's like all over again but much worser. But hopefully I'm wrong.

    ReplyDelete
  7. Datuk Musa tidak akan meletak jawatan sebagai KM lagi. Beliau masih lagi akan memegang jawatan itu atas sokongan daripada rakyat sabah. Jadi untuk pengetahuan FSK, tidak perlu untuk menghantui fikiran orang dengan mengatakan sesuatu yang hanya rekaan semata-mata dan tanpa bukti. Rakyat Sabah boleh berfikir sendiri perkara itu benar atau tidak.

    ReplyDelete
  8. Benarkah apa yang diperkatakan? Macam sukar untuk percaya. Setahu saya, tidak pernah saya dengar tentang Rosmawati ini. Kalau betul pun, hanya mereka tertentu sahaja yang tahu. Kita hanya boleh mengandaikannya atau membuat spekulasi. Jika tidak benar, silap haribulan kena saman fitnah sudah jadinya.. oleh itu, erhati-hati ketika berkata-kata.

    ReplyDelete
  9. Siapa itu??pertama kali aku dengar namanya nih...adakah benar dakwaan yg dibuat dalam penulisannya ini?atau mungkin hanya bayangan penulis yg sgt paranoid dengan keadaan sekelilingnya?atau penulis mempunyai agenda lain atau sedang dipergunakan oleh individu2 yg mempunyai kepentingan lain....

    apa yg ditulis penulis boleh saya katakan sebagai khayalan semata2 dan mimpi siang, tiada apa2 maklumat yg boleh dipanggil fakta dan betul disini, hanyalah bayangan semata2...

    tak boleh la terlalu percaya sangat dengan cerita2 mcm ni...kalau dia lampirkan sekali dengan bukti ok jg...tapi masalahnya, bukti pun x...cerita saja banyak buat apa?
    Musa Aman sya rasa takda la teruk sampai begitu sekali...tapi siapa la kita untuk judge orang lain, sedangkan diri sendiri pun tidak terjaga...inikan jaga orang lain punya hal pula..

    ReplyDelete
  10. Sedar kah kamu Sabah sekarang berada pada tahap yg lebih baik dibawah Musa Aman berbanding dengan ketua2 menteri yg terdahulu?fikirkanlah fakta tersebut...
    Sabah sudah berada pada tahap yang lebih baik pada hari ini berbanding dengan beberapa tahun lepas...pelbagai pembaharuan telah dijalankan terutama sekali dalam bidang pembangunan... bukan juga nak kata semua yg berlaku pada hari dari segi pembangunan adalah kerana Musa, tapi mesti ada juga yg disumbangkan itu, kerana dia ketua menteri yang sungguh berkebolehan.

    ReplyDelete
  11. ini cerita lama yang kian dilupakan rakyat, tetapi sengaja ditimbulkan oleh penulis. sehingga hari ini hubungan antara Musa dengan Rosmawati masih samar2.. pa2 pun tidak perlu risau kerana kehangatan cerita ini sudah lenyap.

    ReplyDelete
  12. macam-macam ja cerita yang timbul. tapi cerita ni sukar dipercayaai kerana tiada bukti.

    mis ida ni masih lagi menggunakan gambar zahida rafik..
    kalau betul itu wajah mis ida, cubalah tunjukkan gambar mis ida yang lain. takkan lah mis ida cuma ada 1 gambar ja kan?

    ReplyDelete
  13. Sesiapa yang punya bukti sila tampil ke hadapan.

    ReplyDelete
  14. WOW...WOW...WOW... new story come out. kalau betullah benda ni terjadi, bagus juga bah. kalau tidak pun, apa boleh buat.payah2 fikir, lantik jak si Indahhme @ Miss Ida tu...terus mereka terdiam dan puas hati tu. ha ha ha...konon, Indahme mau buat kenduri kalau MA step down, bah, baguslah...buat kenduri selamat kerana membuat fitnah org. jgn lupa jemput semua blogger sini pg open house di rumah kau ar!...sendiri mau ingat la...!

    ReplyDelete
  15. Musa Aman tak perlu nak letak jawatan jika sokongan rakyat dan pemimpin2 lain masih lagi kukuh. sehingga kini Musa mash mendapat sokongan. beliau akan terus menjadi KM Sabah.

    ReplyDelete
  16. FSK tak perlulah nak memburukkan Musa dgn skandal2 yang tidak benar seperti ini. jika ya pun, biarkan ada fakta yang kukuh.

    ReplyDelete
  17. Here it goes again. Another swinging story. Focus on Raya celebration first la.

    ReplyDelete
  18. Kebanyakkan dalam komen ini menyatakan mahu BUKTI dan menyokong datuk Musa Aman tidak akan berbuat demikian. Oleh itu apa yang patut penulis diminta janganlah suka memberikan sesuatu tanpa ada kebenaran yang boleh diberikan. Cerita tidak guna sekiranya hanya kata-kata kosong yang tidak ada makna langsung.

    ReplyDelete
  19. Jika berkemampuan dan layak, tidak salah untuk beliau menyandang jawatan tersebut. Tapi kena betul2 berkhidmat untuk rakyat dan kalau boleh buktikan dengan mengambil lebih ramai lagi pekerja dari suku kaum KDM yang saya rasa ramai diluar sana berpelajaran tinggi tetapi masih menunggu peluang pekerjaan, tapi kena pilih yang betul2 layak.

    ReplyDelete
  20. Langsung tidak logik bagi saya.Sama seperti menjerat leher ke lorong neraka.

    ReplyDelete
  21. This is serious allegation. Who is Rosmawati? I never heard any pieces of her before.

    ReplyDelete
  22. Kalau tak betul minta saja Musa Aman heret FSK ke mahkamah.Bila ada perbicaraan baru lah rakyat Sabah dapat mengetahui hal sebenar iaitu betul atau tidak hal ini.Itu pun kalau berani.

    Atau minta saja Rosmawati atau Musa Aman bersumpah atas nama
    Allah,Wallahi,Wabillahi,Wattalahi bahawa memang tidak ada talian cinta dan hubungan sulit diantara kedua pihak.Ini mungkin dapat melegahkan bukan saja rakyat Sabah tapi Datin Faridah juga.

    ReplyDelete
  23. Hanya Najib seorang saja yang boleh menukar atau mengekalkan tempat KM.

    ReplyDelete
  24. I bet this is one of the sweetest rumors I ever encountered with, again.

    ReplyDelete
  25. again, as usual a silly story from FSK..

    ReplyDelete
  26. "Dengar khabar yang hampir rasmi, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Haji Aman..."

    hanya khabar saja..biasalah kalo khabar ni mesti dari mulut orang kan..bukan fakta pun ni cerita..

    ReplyDelete
  27. "Menurut laporan sebuah portal, Musa terpaksa meletakkan jawatan kerana gagal mengistiharkan harta kepada SPRM dan enggan mengaku seorang isterinya yang menetap di Australia sebagai isterinya yang sah."

    laporan sebuah portal? lagi lah tidak boleh percaya ni cerita..

    ReplyDelete
  28. "...komplot untuk menjatuhkan Musa semakin hampir mencapai matlamat..."

    komplot dari orang2 yang tidak berwawasan, pentingkan diri sendiri yang hanya tahu perihal kepentingan politik mereka di mana sanggup membelakangi kepentingan negeri dan rakyat. Musa selama menjadi KM bertungkus-lumus membawa Sabah seperti yang ada sekarang..

    ReplyDelete
  29. '...Tidak erti puas kah? Sudah pun banyak wang masih nak tambah berlipat ganda lagi sebelum turun.Hai manusia,berapa lama nak hidup? 300 tahun ka? Cukup lah apa yang ada,bukan semua manusia mempunyai rezeki sedemikian.Tamak ini adalah satu penyakit yang akan menghancurkan dan membawa kejatuhan pada diri sendiri..."- Indahme

    sudah rezeki dia, apa yang mo di sibukkan? jeles kah? LOL
    sikap tamak selalu rugi..demikian kepada mereka yang berkomplot menjatuhkan Musa Aman sebagai KM Sabah disebabkan tamak kuasa..tindakan sedemikian adalah KEJI, KEJI DAN KEJI..

    ReplyDelete
  30. Betul juga Indahme, Musa boleh mendakwa FSk ke mahkamah.
    Tapi sampai sekarang D Musa tidak berbuat demikian mungkin kerana FSK terlalu kurang pembacanya dan tiada pengaruh langsung.

    ReplyDelete
  31. Sekarang masuk babak ketiga siri blog FSK. Babak ini manjadikan kakitangan atau pembantu MA di dalam pentadbiranya sebagai isi cerita.
    Lebih menarik dibandingkan dengan wayang 007.

    ReplyDelete
  32. Tunggu dan lihat ja la, hal ni benar ataupun fitnah semata-mata.

    ReplyDelete
  33. Khabar hampir rasmi, maksudnya cerita dari mulut ke mulut la ni yang sayup2 kedengaran.. hehe

    ReplyDelete
  34. Kadang2 kagum juga saya dengan FSK ni. Very kreatif oo, kalah siri penyiasatan CSI:P hahhaa

    ReplyDelete
  35. Pasal Musa letak jawatan pula, selagi beliau belum umukan secara rasmi selagi itulah hal ni kekal sebagai khabar angin.

    ReplyDelete
  36. Saya harap suatu masa nanti kebenaran akan terdedah.. Biar semua orang tahu siapa betul, siapa salah!!!

    ReplyDelete
  37. Kalau lah dibuat kesimpulan daripada komen2 yang diberi oleh pembaca blog ini saya memang akur bahawa majoriti nya mempunyai 'hati pemurah' kerana sanggup memberi laluan muda kepada orang yang telah mencunting arang ke muka rakyat dengan perbuatan curang seperti amalan rasuah,kronisma,nepotisma dan banyak lagi salahguna kuasa sebagai ketua menteri.Malah ada juga bersetuju sekiranya gundik dilantik kejawatan tinggi dan membelakangkan peraturan dan undang-undang yang ada.Disebabkan taksub kepada seorang pemimpin maka segala angkara salah dan buruk menjadi betul dan dipuji.Pemikiran ini bukan saja cetek tapi sangat memalukan.Entah hilang akal atau memang tidak berpengetahuan langsung.Mentaliti kosong atau sudah 'longgar' adalah amat merbahaya kerana disini lah bermula dan lahir seorang fanatik 'psycho'.

    'Psychopath' akan menjelajah dengan memberi komen yang selaras dengan pemikiran penyakit dialami tanpa disedari kerana penyakit tersebut bisu kepada orang yang menghidapnya dan terus berlarutan sehingga ianya menjadi pandemic dan melarat kepada pembaca yang lain dan menjadi wabak yang boleh membahayakan rakyat dan negara.Fikir-fikirkan lah.

    ReplyDelete
  38. saya sudah bosan dengan cerita-cerita dongeng fyk, Ms Ida dan Indahme yang sebenarnya adalah orang yang sama...borrrriiinnggggg

    ReplyDelete
  39. bencilah dengan cerita mengarut dalam blog ni..cuma saya nak juga surf website ni sebab nak tengok kejahilan penulis-penulis blog ni melemparkan suatu fitnah yang tidak berasas..

    ReplyDelete
  40. sampai bila cakap-cakap nonsense seperti ni akan berakhir? adakah sampai c 'anu' ni ditunaikan hajat menjadi CM?

    ReplyDelete
  41. Memang hangat cerita-cerita yang dicipta FSK. Sayang pengomennya balik-balik itu saja.

    ReplyDelete
  42. Datuk Musa ada gundik? Apa punya cerita ini.

    ReplyDelete
  43. Kalau lah dibuat simpulan dari komen-komen dalam blog ini, boleh dikatakan M Ida dan penyokong setia tunggalnya sukar menerima pandangan orang kerana hati yang sempit.

    ReplyDelete
  44. Memang banyak pengomen dalam blog yang anti FSK tapi kalau dibaca komen2 mereka pun boring juga.Langsung tidak ada 'substance' dan sepuluh orang komen dengan isi yang sama.Tambah lagi sepuluh orang tapi komen pun sama juga.Yang penting bukan lah 'quantity' tapi 'quality' komen yang diberi.Tidak guna kalau 100 orang tulis sama saja sekiranya mereka seperti mimik tulisan yang telah pun ditulis sebelum mereka.Beri lah komen2 yang padat.

    Ada juga yang komen macam 'katak baru keluar dari tempurung' seolah-olah tidak tahu langsung apa yang berlaku disekeliling mereka dan apa dia berita hangat didepan mata.Tinggal jauh dalam kampung ka?

    Nasihat saya jangan lah memalukan diri sendiri dengan menunjukan kebodohan itu kepada umum.FSK sudah terbukti dapat menerima segala kritikan dari semua pembaca dengan laluan bebas dan menyiarkan semua komen2 walau pun tidak berpihak kepada nya.Jika FSK berfikiran sempit saya percaya banyak komen2 akan di 'censored' dan ditapis dan banyak mungkin tidak tersiar.Jangan lah ambil 'advantage' sangat kebaikan FSK.Banyak blog yang lain hanya mengeluarkan komen yang berpihak kepadanya tapi bukan FSK kerana ia percaya kepada kebebasan untuk bersuara termasuk mengkritik.

    Manusia walau kedudukan setinggi gunung pun masih mempunyai kelemahan.Hanya TUHAN saja yang sempurna.Olih itu jangan lah terlebih taat kepada seorang pemimpin itu sehingga buta kepada segala kepincangan dan kelemahan yang ada pada diri nya.Pemimpin bukan TUHAN tapi manusia biasa yang penuh dengan hawa nafsu.Kalau binatang itu sendiri mempunyai hawa nafsu kenapa pula bukan manusia.Kalau seorang itu dikatakan mempunyai 2 atau 3 isteri atau gundik adakah kah ia mustahil? Ada kah manusia mempunyai sifat mengatasi Nabi itu sendiri.Patut kah pemimpin dianggap bebas dari segala kejahatan,kejahilan dan kepincangan?Kerana dia seorang pemimpin maka segala kejahatan dianggap sebagai satu pembohongan dan dihalalkan.

    Perbuatan ini berlaku di zaman firaun kerana siapa yang mengkritik perbuatan zalim firaun akan mati.Rakyat tidak boleh membantah.Undang-undang tidak wujud kerana undang-undang hanya keluar dari mulut firaun.Sekarang adalah 21st century jadi jangan lah hidup kulut seperti zaman firaun dan menepikan keistimewahan hidup dengan kuasa ditangan sendiri dan seterusnya bebas untuk mengutuk perbuatan pemimpin yang berbuat salah.Taat setia kepada pemimpin ada tempatnya tapi jauh sekali melalui membabi buta.

    ReplyDelete
  45. waaa..pandai sudah lah Indahme berkata-kata sekarang, tidak seperti dulu lagi la..Ada ku kisah..hahahahaaa biarlah apa yang dikatakan oleh INDAHME dan FSK itu tidak perlulah di ambil kisah. mereka ini memang suka menjadi pengarang cerita tapi tidak kesampaian kot..jangan marah.. Dulu-dulu diorang inilah yang famous and popular sangat2 diMalaysia ini dalam pembuatan cetira budak-budak@cerita donggeng..Sekarang mereka upgrade menceritakan cerita untuk menarik minat orang dewasa sudah. Pandaikan mereka ini. FSK memang berhak untuk bersuaralah, tapi bersuara dengan sesuatu FAKTA dan bukan cerita sang kancil. Indahme pun jadi pak turut cFSK sudah..kesian..

    FSK kata :itu, ini...cerita buaya makan batu...
    Indahme Kata :ooo iya..iya..betul tu FSK...Saya percaya...buaya makan batu API(Memperdayakan orang pembaca)..

    FSK kata : apa kata kita cari masalah..
    Indahme kata: Masalah cari di kedai runcit ka, atau di shopping komplek..

    FSK kata lagi: Ko ini macam tidak betullah indahme..
    Indahme Berkata: Aku memang tidak betul, kerana aku ikut FSK saja..tu pasal aku sama macam FSK..

    FSK kata: Nanti kita fikir..
    Indahme kata: aku ikut ko saja bos..

    ReplyDelete
  46. semua kata FSK ni indahme sokong, dia sendiri pun tak tau benar ka tidak cerita FSK ni, jgn jadi pak turut indahme!

    ReplyDelete
  47. Bagus sekali Free. Kalau boleh cuba kau Free kan Indahme dari kokongan FSK.
    Jika tidak, pasti dia masih bermimpi dan menghayal yang dialah pengomen yang paling ber'kualiti' yang boleh mengomen panjang dalam FSK.

    ReplyDelete
  48. Memang Indahme akan sokong dengan FSK kerana mereka ini bukan orang lain. Kawan sehidup semati katakan. Apa pun Indahme tidak perlulah cakap sekiranya tidak pasti perkara ini benar atau tidak.

    ReplyDelete
  49. Oh Indahme, sekiranya kau fikir kau amat berkualiti, tubuhlah blog sendiri. Tak perlulah ikut-ikut dan membuat komen dengan pengomen yang tidak berkualiti dalam fsk, nanti terjejas standard kamu.

    ReplyDelete
  50. Every commentators here has their right to agree or not to agree with the author's article. There's no need to prove who is in the right side or wrong side.

    ReplyDelete
  51. However, i do think that FSK needs to write his/her/their article based on solid proof. How do FSK expect people to believe the article written if there is no solid proof provided.

    ReplyDelete
  52. Doesn't matter who is right or wrong. Just don't believe whatever written here.

    ReplyDelete
  53. Saya sokong FSK semua pula sibok kat saya.Tapi tidak sedar yang semua itu sokong Musa Aman dengan membabi buta.Dah kena sogok ka?

    Lain kali sebelum tuduh saya apa2 tengok lah muka sendiri tu.Kenapa sangat terikat dengan Musa Aman.Apa di kata korang ikut saja lah.Dia suruh lompat sungei penuh buaya korang lompat saja dan apa pun dia cakap korang ikut saja lah.Saya sokong FSK dikritik pula.Tak sedar sendiri pegang ekor Musa Aman dan tidak lupa juga seperti Free yang jadi Pak Turut Musa Aman.

    FSK sudah buka cerita dan terpulang kepada pembaca mahu percaya atau tidak.Kebenaran tetap kebenaran dan tidak kisah lah apa dia komen2 diberi.

    Saya beri komen dalam blog ini bukan bertujuan untuk mendapat pujian.Itu jauh sekali.Tapi hanya lah untuk memberi pandangan saya dan sekiranya pandangan itu menyinggung perasaan segelintir orang itu tidak disengajakan.Siapa makan lada dia lah terasa pedas nya.

    Komen2 saya memang mempunyai kesan2 tertentu kepada pembaca dan itu lah sebab banyak memberi kritikan terhadap saya.Jika tidak maka mustahil pula ia mendapat perhatian.Secara tidak sengaja pengkritik saya telah memberi'tauliah' kepada komen2 yang saya berikan.Ini saya hargai dan teruskan komen2 saudara terhadap saya.Tak lama lagi 'popular' lah saya kerana saudara sekelian.

    Apa pun artikal FSK mempunyai kesahihan nya kerana bukan senang mencipta cerita sedemekian.Ianya bukan dongeng tapi satu fakta yang sudah diketahui orang.Mereka yang tidak percaya hanya lah berpura-pura saja dan berlagak hipokrit.Mereka ini adalah pak dan mak angguk kepada Musa Aman jadi setelah mengetahui rahsia terbongkar berlagak pula untuk mempertahankan dia dan berlakon dengan kata-kata penafian.

    Mengulas tentang komen mizi terhadap saya suka saya terangkan bahawa saya ini orang yang suka duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan semua orang.Tak kisah kepada saya orang itu cacat,bodoh kaya atau miskin.Saya sedar diri saya yang juga penoh dengan kekurangan.Sebagaimana yang saya kata kan sebelum ini hanya TUHAN yang sempurna.Jadi tidak payah lah pandu saya untuk mencapai halatuju saya.

    ReplyDelete
  54. I don't care. I'm free to say anything I want to. I'm here to jot down my thoughts. Point blank.

    ReplyDelete
  55. Orang boleh berkata apa2 sahaja untuk menyokong pernyataan dia sendiri. Bagi saya, apa yang penting ialah saya menulis dengan pandangan saya sendiri.

    ReplyDelete
  56. Kalau sokong Datuk Musa, dikatakan kena sogok. Jadi yang sokong FSK, kena sogok oleh FSK juga bah.

    ReplyDelete
  57. kesianlah dengan INDAHME..terasa sangat-sangat sudah dia itu. macam-macam sudah dia meleter dan membebel bukan-bukan. Tidak tahu sudah mahu kata apa jadi paksalah bercerita sendiri. Apa pun tetap datuk Musa Aman yang terbaik. Bukan kerana wang atau apa tapi kerana jasa yang beliau berikan kepada Sabah dibawah bayu..

    ReplyDelete
  58. Musa Aman terbaik? Mimpi di siang hari ka? Cuba terangkan bagaimana Musa Aman seorang CM yang terbaik kalau Sabah masih negeri kedua termiskin di Malaysia hanya dibelakang kelantan.Tidak lupa juga Sabah adalah negeri yang termiskin dibawah kepimpinan UMNO.Ini bukan rekaan tapi statistik yang dikeluarkan olih kerajaan.

    Kesian juga ali asgar ini.Nak puji idola nya tapi bukan pakai otak hanya ikut perasaan.Hanya suka2 tulis saja.Ini lah dikatakan syok sendiri.

    FSK tidak mempunyai wang untuk sogok saya tapi Musa Aman banyak pula.Saya sokong FSK atas kehendak saya untuk menegakan kebenaran supaya rakyat Sabah tahu siapa sebenar pemimpin mereka.Lurus,bengkok,hipokrit,jujur atau penyamun.

    Sudah sampai masa nya Sabah dipimpin olih seorang pemimpin yang jujur dan bersih.Kita tidak lagi menghendakan seorang pemimpin yang dipanggil 'vacuum cleaner' kerana rakyat Sabah sudah lama menderita dalam kemiskinan dan pemimpin2 pula kaya raya.Hinggga bila pula rakyat Sabah akan menderita?Dimana ka keperihatinan pemimpin terhadap rakyat?Rakyat bukan memerlukan bangunan2 indah seperti shopping kompleks disana sini tapi nasi diatas meja setiap hari.Kalau pergi ke kawasan desa di Sabah kita bolih nampak betapa pahitnya kehidupan rakyat disana.Ini ka CM terbaik?

    ReplyDelete
  59. "Sudah sampai masa nya Sabah dipimpin olih seorang pemimpin yang jujur dan bersih"- Indahme

    Indahme,
    Then who do you propose to be the next CM of Sabah??? Don't tell me Shafie Afdal.

    ReplyDelete
  60. Sudah sampai masa nya Sabah dipimpin olih seorang pemimpin yang jujur dan bersih??tanda seribu tanya kepada INDAHMEE yang bijak.

    Inilah masalahnya, Siapa yang ko rasa yang jujur dan bersih? cuba ko bagi contoh pemimpin mana yang ko maksudkan itu?Jujur dan Bersih?

    Pemberitahuaan untuk Indahme yang bijak..Dalam politik ini kita sendiri susah untuk menilai seseorang mana yang bersih, jujur dan sebaliknya. hahahaahahahaaa Politik ini macam-macam ragam dan perangai. jadi kalau indahme cakap yang pemimpin jujur dan bersih, PAS sendiri pun tidak mungkin akan jujur 100%. Jadi ko fikir la sendiri ya Indahme yang tahu cakap saja.

    "Kesian juga ali asgar ini.Nak puji idola nya tapi bukan pakai otak hanya ikut perasaan.Hanya suka2 tulis saja.Ini lah dikatakan syok sendiri."

    Sendiri pun sama juga Indahme ini..Syok sendiri juga sama macam ali..hahahaaa

    ReplyDelete
  61. Indahme paling bersih dan jujur. Kita calonkan dia jadi pemimpin negeri.

    ReplyDelete
  62. Siapa calon pemimpin Sabah yang jujur dan bersih?

    ReplyDelete
  63. Jika pemimpin sekarang menepati ciri-ciri yang dikehendaki rakyat, kita terus menyokongnya.

    ReplyDelete
  64. Sabahan tidak akan memberi peluang pada pihak yang tidak bertanggung jawap merendahkan pemimpin negeri.

    ReplyDelete
  65. Orang yang berfikiran rasional tidak mungkin mempercayai apa yang ditulis dalam fsk.
    Dengan skill yang teruk mengubah suai gambar pemimpin dan penuduhan menggunakan perkataan yang tidak sopan, jangan lagi membaca blog ini.

    ReplyDelete
  66. Sesiapa saja yang terlibat dengan rasuah tetap rendah dan hina.

    ReplyDelete
  67. Orang tanya Indahme siapa calon yang jujur dan bersih, tapi lain pula dia jawab...tsk tsk.

    ReplyDelete
  68. Dia tidak dapt memilih siapa yang bersih dan jujur kerana memang dia pun tidak tahu siapa yang betul-betul layak. Dia jadi pening sekarang lain ditanya lain pula dijawap. Mungkin dia tersilap langkah dan kata-kata maka itu dia bleee sendiri..

    ReplyDelete
  69. @Zol dan Free,

    Saya jawab komen polo dan bukan pertanyaan kamu kerana bagi saya tidak berbaloi untuk di jawab.Lain kali bacalah komen2 diatas keseluruhan nya dan jangan pula tertumpu dengan komen sendiri.Syok sendiri ka? Orang tidak memperdulikan soalan dia nak marah pula.Paksa kita jawab ka?

    Itu lah lain kali sebelum tulis komen kena redahkan perasaan dulu sebab kalau tulis dengan perasaan marah kat orang nanti apa orang tulis pun tak faham.Mahu minta layan pula.Kita layan lain orang dia naik darah.Tak malu.Ini ka mutu penyokong Musa Aman.Tidak ada standard lah!

    ReplyDelete
  70. hahahahahaaa tidak payahlah kamu marah-marah. Aku tengok macam Indahme tengah mengamuk itu. Jagalah kamu Zol dan Free..marah nanti cIndahmeee itu sama kamu. Aku tidak tahu aa..dia kalau marah bahaya juga itu. makan orang itu. tengok komen dia sekarang macam marah sangat uda itu. hati-hati dijalan indahme, kacian kan..orang yang bersih dan jujur itu tidak akan terjawap??kerana ia adalah mesteri(Idahme tidak tahu,dia cakap-cakap saja itu)??jadi kita tunggu saja siapa indahme katakan itu..

    ReplyDelete
  71. Indahme kan suka menjawab soalan pengomen di sini, kenapa pula tidak menjawab soalan pengomen Lisa, Lafizah, dan Nazatul? Adakah Indahme sendiri tidak tahu siapa calon pemimpin Sabah yang jujur dan bersih???

    ReplyDelete
  72. In my opinionla, even if there is clean and honest candidates out there, I don't think they will forever stay the same. Money will somehow change them and this lead to corruption.

    ReplyDelete
  73. @logop

    I am directing this reply to you cos' I have to be very specific now lest there are people out there who are so excited about their own comments that they are now acting foolish amongst themselves and playing monkeys thinking that they have at last found some babanas to eat.Just let them be in that state for as long as they like as they are not worthy of any rebuttals.

    With regards to your comments I think it is not fair to pre-judge a leader before he even assume office or given the chance to lead.That being the case then we will forever be in a doldrum in choosing an alternative leader to lead us.There has to be a chance given to someone new and then judged accordingly in his performance while in office.If the people continue to stick to the stigma that any new leader will be equally corrupt then we will never be able to break the jinx thats haunting us regarding our present leader.To quote President Obama campaign slogan 'Change we can' we the people must be brave to bring changes in the present leadership.

    The people are the power in a democratic state.We cannot forever be living under a coconut shell thinking that changes will bring more harm than good.Our children perhaps could be the leader that one day will lead this country and for us to hold to such notion that new leaders will continue to be corrupt is akin to having the same opinion on our children and future generations.A good leader will come one day and we must pray hard that such leader will be able to lead this country well and bring it to new and greater heights.

    ReplyDelete
  74. Sorry to interrupt. Sesiapa yang layak mengundi tetapi belum lagi mendaftar sebagai pengundi, sila mendaftar!

    ReplyDelete
  75. Hey xhbis2 Peluru painball pun sudah habis tapi ini cerita masih lagi ada.....mungkin bila ada yang kena nie baru la diam....hey hey hey....

    ReplyDelete