Wednesday, September 22, 2010

MUSA AMAN BERJAYA TIPU NAJIB

Di saat akhir pemerintahan Ketua Menteri yang membeli ijazah palsu MBA daripada Australia, Musa Aman Al-Pakistani, beliau terlah berjaya menipu Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dalam Program Juara Rakyat di Sandakan pada 16 September 2010 yang penuh kontroversi.

“Kami diarah paksa semua ahli UMNO dan pendatang asing yang tidak ada dokumen untuk datang. Sayang wang rakyat kena guna untuk bayar pendatang asing. Tapi kami juga yang untung. Cari makan. Musa janji kasi RM300 satu orang yang hadir. Kami kasi mereka RM100 dan kami dapat RM200,” kata seorang ketua Cawangan UMNO dalam perbualan di kedai Restoran Hamid, Batu 7, Sandakan pada 17 September 2010.

Kata Ketua Cawangan yang hanya mau dikenali dengan nama Haji Mutuk itu, ramai juga pejuang Moro yang didatangkan daripada Pulau Jampiras untuk menjaga keselamatan Ketua Menteri dan Perdana Menteri dengan bayaran antara RM500 hingga RM700 seorang.

Namun pengakuan seorang pegawai tentera berpakat Leftenan mengejutkan kerana beliau terpaksa mengarah seluruh platunnya yang terpaksa ponteng kerja untuk menyambut dan memeriahkan majlis berkenaan dengan memakai pakaian biasa.

“Kami tidak ada terima bayaran. Tidak tahulah kalau Ketua kami yang terima,” ujar Leftenan ini yang menafikan tuduhan Pegawai Agensi Penguatkuasa Maritim (APMM) yang dipanggilnya Laksamana kononnya mereka dibayar RM200 bagi setiap anggota yang hadir berpakaian biasa.

Menurut seorang Penolong Pegawai Daerah, pihaknya diarahkan untuk mendatangkan lebih 500 orang daripada Kinabatangan untuk memeriahkan majlis berkenaan dan mengaku dibayar wang makan dan pengangkutan.

Berdasarkan pengakuan mereka yang tidak dapat menutup mulut tanpa mempedulikan kehadiran mata-mata Freesabahkini yang berjaya merakam percakapan mereka, terbuktilah bahawa Musa Aman menggunakan Juara Rakyat sebagai ‘Tali Hayat’ untuk mengikat leher musuh ketatnya, Datuk Seri Shafie Afdal yang semakin hampir menggantikannya.

Betapa bodohnya Musa Aman yang sanggup membelanjakan begitu banyak wang semata-mata untuk menunjukkan beliau hebat tanpa mengetahui Perdana Menteri telah mendapat maklumat selepas berucap bahawa kebanyakan 50,000 orang yang hadir adalah ‘Upahan’ sehingga kelihatan mulut isteri Perdana Menteri, memuncung panjang kerana kecewa dengan penipuan yang dilakukan Musa Aman dan isterinya.

Tuesday, September 7, 2010

MUSA LANTIK GUNDIK SEBAGAI PENGARAH YS




Dengar khabar yang hampir rasmi, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Haji Aman bakal melantik gundik kesayangannya (Concubine), Hajjah Rosmawati Haji Lasuki sebagai Pengarah Yayasan Sabah. Buat masa ini, Rosmawati yang menjadi Bendahari UMNO secara tidak rasmi adalah Pengurus Besar Sumber Manusia di Yayasan Sabah.

Sekiranya perlantikan Rosmawati menjadi realiti, Musa hampir menamatkan misinya untuk membolot semua jawatan penting sebelum bersara secara terpaksa apabila kes Hong Kong meletup pada bila-bila masa dan komplot untuk menjatuhkan Musa semakin hampir mencapai matlamat.

Perlantikan Rosmawati amat penting demi menyelamatkan 45,000 hektar kawasan balak Yayasan Sabah yang disimpan untuk kegunaannya sendiri, terutama ketika terpaksa bersara.
Bagaimanapun perlantikan tersebut tertangguh buat sementara waktu kerana krisis Musa dengan pemimpin LDP.

Menurut laporan sebuah portal, Musa terpaksa meletakkan jawatan kerana gagal mengistiharkan harta kepada SPRM dan enggan mengaku seorang isterinya yang menetap di Australia sebagai isterinya yang sah.