Sejarah Malaysia tidak pernah mencatatkan secara rasmi bahawa Allahyarham Tun Mustapha pernah menjadi Perdana Menteri Malaysia selama sehari ketika bapa Perdana Menteri sekarang, Allahyarham Tun Abdul Razak mengalami kebuntuan menangani isu Singapura.
Begitu juga sejarah di Zaman Perdana Menteri, Tun Abdullah Badawi @ Pak Lah kerana Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman pernah menjadi Perdana Menteri Malaysia selama satu hari ketika menyelesaikan kemelut Sabah diambang pilihanraya umum Ke-12 dengan menentukan sendiri semua calon pilihanraya.
Kuasa yang diberikan Pak Lah menyebabkan Musa melakukan tindakan ‘Luar Tabii’; termasuk menggugurkan Mantan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Salleh Tun Said; Mantan Speaker DUN Sabah, Tan Sri Pandikar Amin Haji Mulia; Anak Tun Mustapha, Datu Amir Kahar dan ramai yang lain dan menggantikan dengan mereka yang mempunyai kes rasuah termasuk Datuk Musbah Jamli dan mengekalkan mereka yang mempunyai kes jenayah dan skandal seperti Datu Nasrun Datu Mansur.
Musa turut memilih seorang banduan yang baru sahaja dibebaskan daripada penjara Indonesia, Datuk Herman Mohammad dan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) yang menggunakan Kad Pengenalan Projek, Muis Picho sebagai calon pilihanraya mewakili UMNO.
Sebagai Perdana Menteri, Musa berjaya merampas pegangan Allahyarham Hendon dalam FOMEMA dan menubuhkan Gro-Warisan di Sabah untuk mengendalikan pemeriksaan kesihatan buruh asing.
Kuasa Musa begitu ketara sehingga Pak Lah tunduk kepada kemahuan Musa agar Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Ahmad Said Hamdan menutup semua kes rasuahnya dan kroninya dan menukarkan 24 jam Pengarah BPR Sabah, Puan Latifah Md Yatim (Dato’) ke Pulau Pinang.
Penasihat dan Juru Perunding Kanan Datuk Ahmad Said, Henry Voon telah memainkan peranan penting sehingga Peguam Negara dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mohd Nazri Aziz membuat kenyataan ‘No Case To Answer’ dalam semua pertuduhan rasuah dan salahguna kuasa ke atas Musa Aman.
Sebagai mengucapkan terima kasih di atas budi pekerti SPRM, Datuk Ahmad Said, Datuk Mohd Shukri Abdull dan Datuk Jamidan Mohammad dianugerahkan pingat SPDK dan PGDK oleh Kerajaan Negeri Sabah (Musa Aman).
Kini di zaman Dato Seri Mohd Najib menjadi Perdana Menteri, Musa sudah menunjukkan keangkuhannya sebagai ‘Perdana Menteri’ dengan tidak mematuhi arahan Perdana Menteri berhubung patung Kes Mazu dan Pampasan RM91 juta kepada sebuah syarikat konsesi pembalakan.
Mungkinkah Najib akan terkesima dengan pemberian pingat 'SPDK' kepada isterinya, Datuk Seri Panglima Rosmah Mansur sehingga menangguhkan keberangkatan Musa daripada kerusi Ketua Menteri Sabah dan melanjutkan tempoh Musa sepenggal lagi?.
Lebih dasyhat lagi, Musa berani memberi amaran kepada Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baru, Dato’ Abu Kassim Mohammad agar jangan berani mengganggu kroni dan proksinya seperti Nasir Yeo, Michael Chia, Andrew Lim dan sebagainya sehingga tangkapan yang dilakukan seolah-olah ‘wayang lama dengan skrip yang ditulis Musa sendiri’.
Kini tangkapan semua kroninya senyap sekalipun Dato’ Abu Kassim berani mengengkari ‘arahan Musa’ namun dua hari selepas Dato’ Abu menduduki kerusi paling panas di Malaysia itu setelah Datuk Zulkifli tidak disambung kontrak dan Datuk Ahmad Said Hamdan meletakkan jawatan lebih awal; Musa sudah memberikan amaran dan terbukti kini Henry Voon dan Hashim Lim kini menjadi Macai Musa merundingkan semua kes rasuah beliau dan kroninya agar menjadi ‘No Case To Answer’.
Benarkah Dato’ Abu Kassim kata, “Jaga baik-baik orang Datuk Seri (Musa) sendiri, jangan bikin hal dan kalau ada kek jangan makan sendiri, bagi sikit orang lain …”
Hanya Datuk Abu Kassim dan Datuk Musa yang dapat menjawabnya kerana orang yang mendengar perbualan itu sudah dipindahkan keluar daripada Ibu Pejabat SPRM Putrajaya!